Blog ini berkisahkan...

Cerita-cerita semut, harimau dan binatang-binatang liar. Ketahuilah macam mana semut dengan berbekalkan semangat yang kuat dan sikap bekerjasama yang hampir perfect dapat menjatuhkan harimau yang tidak bertaring tapi lidah bercabang. Kalau nak tahu cerita sebenar, teruskan baca blog ni.

Sebenarnya,...

Ishykiel ingin berkongsi dengan korang semua, informasi terkini mengenai personal finance, internet marketing dan internet business, teknologi, self development dan lain-lain lagi untuk semua yang sudi menerima. Of course, do so at your own risklah. -Ahakz-

Mencari Ilmu untuk Kebaikkan Dunia dan Akhirat

Lama aku tak bebual dengan korang. Banyak perkara yang terjadi dalam masa aku tak post. Bukannya aku tak bersemangat lagi nak share dengan korang semua pengalaman dan ilmu yang ada. Tapi, masa kadangkala tak mengizinkan dan aku sering kesibukkan setiap hari mencari ilmu, mencari rezeki dan menghidupkan lagi erti kehidupan.

Aku seseorang yang sukakan ilmu pengetahuan dan sering mencari peluang untuk mempelajari sesuatu tentang perkara-perkara yang berlaku di sekeliling kita. Aku bersyukur kerana sejak kebelakangan ini, banyak ilmu yang telah dapat aku perolehi yang dapat membantu aku lebih memahami erti : Kejayaan Dunia dan Akhirat.

Ia merupakan sesuatu yang aku cari-cari dan aku sungguh berbahagia telah mendapat petunjuk dari Illahi. Aku tahu yang aku ni serba kekurangan dan perlu meminta dari yang mempunyai segala-galanya.

Sedikit demi sedikit, aku mendapat kesedaran bahawa dunia yang fana’ ini dan akhirat yang kekal abadi, sebenarnya sehaluan dan tidak boleh dipisahkan sehingga tiba masanya nanti. Aku minta maaf kepada semua pembaca yang mungkin tertanya-tanya, apa yang telah terjadi kepada penulis blog ini. Memang, ada sesuatu yang terjadi dan aku harap perubahan ke atas diriku ini dapat memanfaatkan semua insan yang dapat berjumpa dengan aku dan juga pembaca blog ini.

Hai. Aku sedih. Banyak yang perlu diperbaiki tetapi biarlah aku mulakan dengan niat dan mengambil selangkah ke hadapan sebelum berlari.

InsyAllah, aku akan hasilkan ebook yang telah aku janjikan. Aku belum lupa dan aku tidk terlena. Aku hanya hilang sementara supaya apa yang pembaca aku baca merupakan mutiara dan bukan kata-kata kosong yang tidak berharga.

Semoga semua yang membaca blog ini mendapat Kejayaan Dunia dan Akirat.

-Salamz-

Ardy Ishykiel

Mari Belajar dari Warren Buffet

Member kita kat atas ni diiktiraf sebagai orang yang terkaya di dunia oleh Forbes International. Dia mendapat kekayaannya dari pelaburan-pelaburannya.

Untuk mempelajari dengan lebih mendalam lagi tentang nasihat-nasihat pelaburannya untuk pelabur-pelabur Berkshire Hathaway (Syarikat pelaburannya yang Utama), sila ke lelaman yang mengandungi nasihat dari Warren Buffet . Ia mengandungi banyak rahsia dan strategi pelaburan.

Tima kacih!

Sedikit Jenaka untuk Hilangkan Stres

Jenaka

Kat post ni, aku selitkan sedikit beberapa jenaka yang aku rasa boleh menenangkan fikiran dan membuat kita happy. Jadi, tunggu apa lagi, relaks, sit back dan enjoy!

1. Bukak Baju

Semalam, bini aku suruh aku bukak kain batik dia.

Kemudian, dia suruh aku bukak baju panjang dia.

Lepas tu dia jentik aku kat telinga dan cakap ngan aku jangan pakai pakaian dia lagi.

-Ahakz-

2. Apek Mintak tolong

Satu kampung keluar tengok apek sorang apek ni tengah tolak barang-barang dia. Apek tu pekik, “Tolong Tolak! Tolong Tolak!” Semua orang pun turun ah apa lagi tanya apek tu. “Apek. Apek. Kita semua tolong tolak lu punya barang.” Apek tu dengan muka selamba macam Bradd Pitt pun cakap, “Wa bukan suruh lu olang tolong tolak wa punya barang. Wa ada sini jual Tolong (Sayur Terung) dan Tolak (Sayur Ketola)”.

-Ahakz-

3. Meeting Doktor-doktor

Satu hari yang menawan. Sekumpulan doktor psikologi baru saja keluar dari seminar tentang membantu pesakit-pesakit psikologi. Tiba-tiba sorang daring mereka berkata, “Orang asyik datang pada kita je untuk berbincang tentang rasa bersalah dorang dan apa yang sering mereka takutkan. Tapi kita lak, takda orang untuk kita beritahu masalah kita”, semua doktor-doktor tu pun mengangguk kepala.

Satu minit kemudian, seorang dari doktor tu berkata, “Kita kan professional, apa kata kalau kita beritahu satu sama lain tentang masalah-masalah dan pengakuan kita?”

Tiga doktor yang lain pun bersetuju.

Doktor pertama berkata, “Aku kan sebenarnya macam nak bunuh semua pelanggan-pelanggan aku. Apa? Dorang ingat dorang aje ke ada masalah? Aku takda masalah ke? Kalau ikutkan hati, akumacam nak ambik mesin gun dan tembak semua kat kepala, biar headshot macam aku main Counter Strike.”

Doktor yang kedua pulak berkata, “Aku ni pulak suka beli benda mahal-mahal dan suka berjoli dan berfoya-foya dengan pompuan-pompuan jambu yang aku kenal kat kelab malam. Bini aku tak tahu ni semua. Aku bikin secara diam-diam je lah kan. Jadi, untuk support aku nya lifestyle lah kan, aku cuba perah seberapa banyak duit dari pelanggan akulah. Dorang ni semua bengap dan bodoh. Apa dorang tahu. Apa aku suruh dorang beli, dorang beli. Bodoh macam bangau.”

Doktor yang ketiga pulak berkata, “Pernah aku nasihatkan beberapa pelanggan pompuan aku bercerai dengan laki dorang. Lepas tu, aku cari chance lah dengan dorang yang kesunyian. Aku mintak dorang belikan aku barang mahal-mahal, jadi macam sugarlady lah dorang. Fuyou, kaya aku dibuatnya.”

Doktor yang keempat pulak mula membuat pengakuan, “Aku tahu aku tak patut buat benda ni, tapi macam mana pun aku tahan, tetap aku gagal. Aku ni tak boleh simpan rahsia.”

-Ahakz-

Hilangkan Depression

Tekanan Perasaan

Aku rasa semua orang pasti pernah menghadapi tekanan perasaan atau depression dalam hidup mereka. Ini adalah sesuatu yang agak payah atau impossible untuk dielakkan kerana hidup ni pasti akan ada rintangan dan apa yang selalu dipanggil liku-like kehidupan. Tapi apakah itu Depression dan apa yang boleh dilakukan untuk mengurangkan atau menghilangkan Depression ni?

Depression sebenarnya adalah sesuatu yang berakar umbi di fikiran kita. Ia berlaku apabila seseorang itu menghadapi sesuatu masalah yang pada fikirannya adalah sesuatu yang tersangat besar sehinggakan dia sebagai seorang individu tidak dapat menanganinya dan menyelesaikannya. Ia membuat si individu itu rasa tidak ada jalan keluar bagi dirinya tentang permasalahan itu dan sekaligus membuat dirinya merasakan bahawa dia tidak berupaya lagi dan tidak mempunyai kuasa untuk membuat sesuatu perubahan yang lebih baik tentang masalah yang dihadapinya.

Oleh itu, Depression ni adalah suatu penipuan pada diri kita sendiri kerana si pemikir sebenarnya ada kuasa dan kebolehan untuk mengubah nasibnya dan oleh itu mampu menyelesaikan masalah itu. Kerana minda dan akalnya telah menetapkan yang apa yang dihadapinya sesuatu yang sudah pasti tidah dapat diselesaikan, kekuatan mental, physiologi dan spiritualnya terus rapuh dan masalah yang dihadapinya sudah pasti menjadi seperti sesuatu yang lebih besar dari apa yang sebenarnya.

Oleh itu, bagi orang yang menghadapi masalah, adalah lebih baik jikalau dia memecahkan masalah itu kepada bahagian-bahagian yang kecil. Kemudian, aturkan strategi untuk menyelesaikan masalah tersebut dari satu bahagian ke satu bahagian yang lain. Jikalau kita hadapi sesuatu masalah itu sekali gus, sudah pasti kita akan melihatnya sebagai satu gunung yang tidak boleh diharungi. Tetapi, jikalau kita memecahkan gunung itu kepada bukit-bukit kecil yang mampu kita tangani, kita akan merasakan diri kita ni berkemampuan untuk menyelesaikan masalah itu.

Kita harus ingat juga bahawa bagi setiap masalah yang diberikan kepada kita, pasti ada jalan keluarnya. Oleh itu, janganlah kita mudah terpedaya dengan masalah kita sendiri dan cuba memikirkan cara-cara kita boleh menguatkan semangat kita untuk menghadapi apa jua masalah.

Di bawah adalah atur cara untuk kita menangani Depression.

1. Tuliskan masalah kita di atas kertas dan cuba lihat di mana puncanya masalah tersebut.

2. Pecahkan masalah tersebut kepada beberapa bahagian kecil.

3. Aturkan strategi untuk menyelesaikan setiap bahagian masalah.

4. Isikan minda kita dengan energi dan pemikiran positif bahawa setiap masalah dapat dikurangkan dan akhirnya diselesaikan.

5. Ambil tindakan dan terus jalankan strategi yang telah kita aturkan.

6. Cari seseorang yang dapat membantu kita dengan memberi nasihat yang baik dan mendorong kita secara positif.

7. Terus mengambil tindakan dan sentiasa berdoa dari Tuhan yang Maha Esa agar membantu kita mengharungi segala dugaan.

Aku harap, korang dapat sedikit manfaat dari post ini. Semoga berjumpa lagi!

-Ahakz!-

Best WordPress Themes

wpthemeAku buat research sikit untuk mendapatkan wordPress themes yang gerek-gerek. Aku terjumpa beberapa website yang banyak memberikan aku links kepada theme-theme yang best-best dan canggih-canggih.

Aku tak nak kasi korang terlalu banyak links. Cuma 45 links aje dan ia adalah:

1. 100 WordPress Themes yang Power - Kompilasi yang dibuat oleh Smashing Magazine

2. BlogPerfume - Resources terbaik berkaitan WordPress

Dua Wordpress theme yang aku personally suka adalah:

1. GossipCity - Warna dan layout theme ini simple dan menarik.

2. Blubbr - Simple abis dan memberikan fokus kepada isi dan kandungan blog.

Bagi aku, apa yang penting dalam sesuatu theme asalah:

1. Mudah untuk digunakan.

2. Mudah untuk edit dan modify.

3. Design yang simple dan tak terlalu over.

4. Pencipta theme tersebut seseorang yang boleh dipercayai dan mampu menolong orang yang menggunakan themenya.

5. Warna theme kena dan padat dengan topik blog tersebut.

Kalau korang ada theme-theme yang korang suka dan minati, berikanlah comment korang.

-Ahakz-

Seminar Wealth Creation oleh Adam Khoo & Datuk Kamsah

Tadi aku attend seminar kat atas ni. Banyak yang aku pelajari dari seminar ni. Aku bayar $120 untuk hadiri seminar yang berkongsi ilmu tentang cara-cara seseorang boleh berjaya dalam keusahawanan dan perniagaan.

Aku nak share dengan korang apa yang aku pelajari. Aku rasa, ada baiknya kalau akau buat ebook untuk korang tentang apa yang aku pelajari. Semoga korang boleh meraih manfaat dari perkongsian ini.

Tunggu jap k.

-Ahakz-

Harga Emas Naik ke paras US$945 hari ni.

Harga emas naik lagi dan ini juga disusuli dengan kenaikan harga silver di paras US$17.40 per ounce. Aku rasa harga Silver akan naik ke paras US$19.00 tak lama lagi kerana harga Silver selalunya akan mengikut harga emas dan perhubungan mereka diambil kira dengan menggunkan Gold-Silver ratio.

Kalau ratio ni semakin meningkat, ia menunjukkan harga emas yang naik dengan lebih banyak dari segi peratusan dari Silver. Kalau ia berkurangan, ia selalunya menunjukkan kenaikkan harga Silver yang lebih cepat dari emas. Selalunya, para pembeli dan penjual emas dan silver akan jual silver dan membeli emas jika gold-silver ratio berkurangan kerana selepas kenaikkan harga silver, selalunya akan disusuli dengan kenaikkan harga emas pula.

Pada post aku yang lalu “Harga Emas“, pada tanggal 27 Desember, aku menulis tentang harga emas yang telah mencecah US$827.80. Kalau korang membeli emas masa tu dan menyimpannya,korang dah pun kaup untung sebanyak lebih sedikit dari 10%. Not bad kan? Lebih dari apa yang bank kasi dengan interest yang pada aku agak sedikit dan tidak boleh membantu kita dari proses kemiskinan akibat kesan-kesan inflasi.

Harga minyak pun telah naik dan melepasi paras US$100. Ini buat aku macam nak jual kereta aje dan naik bas.Tapi, susah pulak aku nak travel sana sini nanti. Jadi, aku rasa aku akan kurang travel jauh-jauh kalau tak ada sebab-sebab penting dan mustahak. Tapi aku rasa kalau macam gini hidup ni aku asyik dibelenggu dengan tidak kecukupan wang. Jadi marilah kita sama-sama cari jalan untuk mempertingkatkan ilmu, mempertingkatkan daya penghasilan kita sendiri dan cuba mencari rezeki yang halal.

Bila aku jumpa cara-cara best untuk mencari rezeki, aku akan share dengan korang semua. Sekarang, aku kena pergi attend seminar Ewen Chia, tentang internet marketing.

-Ahakz-

Seminar Technical Analysis MetaStock

Jumaat ni dan Sabtu ni (22nd Feb dan 23rd Feb) ada seminar tentang technical analysis saham dan komoditi. Aku akan hadir untuk seminar ni bersama dua orang kawan aku yang juga berminat untuk mengenali dengan lebih dekat lagi tentang selok belok pelaburan. Kalau korang berminat untuk belajar sedikit sebanyak tentang Technical Analysis, jemputlah hadir pada hari kat atas di Raffles Place, seminarnya percuma dan bolehlah jugak korang belajar macam mana orang baca graph dan price history of shares untuk membeli saham.

Untuk mendapat lebih maklumat tentang seminar ni, sila klik di sini: FREE MetaStock Seminar. Kalau nak sign up pulak, silalah klik di sini: Registerlah.

Bagi sesetengah pelabur yang melabur duit mereka dengan membeli saham direct daripada market, mereka menggunakan Technical Analysis yang dapat memberi mereka isyarat sama ada untuk beli atau jual sesuatu saham. Aku pun pakai technical analysis bila aku ingin buat sesuatu decision tentang pembelian dan penjualan saham. Itu adalah sebahagian dari apa yang aku lakukan sebelum membuat keputusan. Ada lain perkara yang perlu diambil kira juga.

Kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut tentang technical analysis, pergilah ke site ni: TASS.org

Terima kasih kerana membaca! Semoga kita semua boleh jadi kaya satu hari nanti. :p

-Ahakz-

Cerita Semut dan Belalang

Aku rasa korang mesti dah pernah tengok kartun Semut dan Kartun belalang Walt Disney yang telah ada agak lama jugak. Kalau korang tak pernah tengok , biar aku ceritakan sikit tentang kartun ni.

Kartun ni berkisah tentang belalang yang sentiasa bersuka ria semasa musim panas, apabila makanan dan minuman selalu banyak. Si belalang ni suka pulak suka mengejek si semut yang asyik bekerja, bertungkus lumus mencari makanan dan menyimpannya di dalam sarangnya sebagai persiapan musim sejuk. Si semut terus tidak mengendahkan si belalang yang merasakan bahawa si semut ni makhluk yang tak cool langsung.

Tanpa disedari, musim sejuk pun akhirnya tiba dan si belalang ni terus kesejukkan dan berasa sungguh lapar kerana pada masa tu susah nak cari makanan dan minuman. Si semut pulak duduk selesa di dalam sarangnya, menikmati hasil pekerjaannya semasa waktu-waktu senang pada musim panas. Akhirnya, si belalang dengan badannya yang kurus dan keadaannya yang hampir mati terpaksa mengetuk pintu si semut meminta pertolongan dari sang semut. Si semut dengan hati yang mulia, menerima belalang di rumahnya dan seperti banyak kartun Walt Disney, mereka berbahagia bersama minum teh panas di depan timbunan kayu yang dibakar untuk memanaskan diri mereka.  

Aku rasa, ada banyak yang boleh kita pelajari dari cerita Semut dan Belalang ni. Kalau korang dengar radio, tengok berita atau baca berita, korang pasti akan terdengar keluhan orang ramai tentang harga barang dan kadar inflasi yang terus meningkat. Berapa ramai orangkah yang faham mengapa ini terjadi dan berapa ramai orangkah yang bersedia untuk menangani masalah kenaikkan barang yang sedang terjadi sekarang?

Aku rasa, ada ramai jugak orang di luar sana yang tak faham akan bagaimana ekonomi bergerak dan apakah yang menyebabkan ia naik dan apa yang menyebabkan ia turun. Sedarilah saudara dan saudari semua, kita perlu pelajari bidang ilmu ekonomi dan perkara-perkara yang berkaitan dengan personal finance supaya kita dapat berbuat seperti apa yang semut lakukan semasa musim panas, iaitu membuat persediaan untuk musim sejuk yang penuh dengan kesusahan.

Korang mesti ingat yang semut tahu musim sejuk akan tiba sedangkan belalang tidak. Belalang tidak tahu yang musim akan berubah dan kerana dia tidak tahu bila musim akan berubah, maka itu dia tidak membuat persediaan langsung. Dia hanya fikirkan dirinya kelihatan cool dan bersenang lenang semasa rezeki melimpah ruah semasa musim panas. Semut pulak boleh dipanggil ahli cuaca di sini dan oleh kerana dia tahu tentang cuaca dan bagaimana cuaca mempengaruhi sumber rezekinya dan adanya cycle dalam alam, semut ni sebenarnya seorang ahli ekonomi.

Kalau pun semut ni bukan ahli ekonomi, dia ni sekurang-kurangnya mempunyai ilmu berkaitan dengan ekonomi dan belalang pulak tidak.

Jadi kat sini, aku nak nasihatkan korang semua tentang pentingnya menimba ilmu personal finance dan juga tahu sedikit sebanyak bagaimana ekonomi kita begerak dan berfungsi. Kalau kita tahu adanya cycle dalam ekonomi dan ada mempelajari dan menyiapkan beberapa indicator untuk memberi amaran kepada kita tentang penukaran iklim ekonomi, tentu sekali kita akan membuat persiapan selanjutnya.

Lagi satu perkara yang boleh kita pelajari dari semut ialah dia tahu macam mana dan bila waktu yang terbaik untuk bertungkus lumus mencari rezeki. Kita pun boleh buat demikian jugak. Kebanyakkan dari kita tahu untuk menyimpan wang di dalam bank tapi tahukah mereka yang keadaan mereka bukan semakin kaya tetapi semakin miskin jikalau wang mereka duduk terpendam di dalam bank?

Proses pemiskinan ini berlaku kerana kadar interest yang diberi bank terlalu sedikit, agak-agak lebih sikit dari 1% dan kadar inflasi on average agak-agak 4%. Inflasi mengurangkan “harga” sebenar duit kita. Jadi, kalau kita tak mengerjakan duit kita melalui pelaburan yang bijak (Asset Allocation) dengan baik, duit kita tu akan diamamah usia dan dari segi ”Actual Value” akan berkurangan dan berkurangan seterusnya.

Jadi, marilah kita pelajari dari sang semut. Pelajarilah ilmu mengenal musim (Ekonomi) dan apa yang menyebabkan musim (Ekonomi) berubah. Apabila kita dah tahu tentang adanya proses penukaran musim dan apa yang menyebabkannya, kita perlu pulak seterusnya tahu apa yang perlu dibuat pada setiap musim.

Kalau musim ekonomi baik, apa yang harus kita buat? Kalau ekonomi merosot, apa pulak yang harus kita buat? Kedua-dua musim memerlukan strategi yang berbeza. Pengetahuan ini sangat penting dan boleh membantu kita tak kira apa musim pun yang datang.

Itulah cerita semut dan belalang. Aku harap, korang semua dapat mempelajari sesuatu dari cerita ini. Aku akan cuba berkongsi apa sedikit ilmu yang ada. Semoga kita semua hidup happy happy setiap musim!!!

-Ahakz- 

:p

Budaya Kumpulan Budaya Melayu Ke?

Masa aku belajar sociology di NUS dulu, aku terserempak dengan konsep “Group Culture”. Aku tertarik dengan konsep ni kerana konsep ni menerangkan bahawa seseorang individu seringkali melepaskan kelebihan yang ada pada dirinya apabila dia kepada sesebuah kumpulan apabila dia berada bersama kumpulan tersebut.

Pengaruh dan social influence dalam sesebuah kumpulan merupakan satu tenaga yang dinamakan Social Force yang sukar untuk seseorang individu melepaskan dirinya dari terperangkap dalam lingkungan pengaruh sosial tersebut apabila dia terlibat bersama sesebuah kumpulan buat jangka masa yang tertentu.

Aku rasa ramai orang kita yang tidak tahu tentang perkara ini. Mereka mungkin pernah dengar tentang Bad Influence atau konsep pengaruh buruk dari guru-guru mereka di sekolah menengah tapi tahukah mereka tentang adanya kajian dan buku yang ditulis tentang “Group Culture and Influence” (Budaya Kumpulan dan Pengaruhnya) yang dapat memberikan kita banyak informasi tentang kebaikkan dan keburukkan berkumpulan?

Buku-buku ini banyak menerangkan bagaimana proses dan budaya kumpulan itu seringkali memadamkan fikiran dan prinsip seseorang individu tanpa disedarinya (Subconscious level). Ini terjadi kerana pendapat ramai selalunya diambil sebagai pendapat yang mutlak sedangkan kumpulan itu sebenarnya merupakan microcosm yang kecil jika dibandingkan dengan masyarakat sejagat.

Aku sering jugak pergi ke Simpang Bedok untuk makan malam kat sana dan seringkali jugak aku observe orang-orang kita yang banyak kat sana. Aku rasa social interaction and socialising ni memang benda yang bagus. Tapi aku rasa kalau terlalu banyak buat benda-benda macam ni ada keburukkannya. Lebih-lebih lagi jika kumpulan yang kita campur itu ada cara pemikiran dan mindset yang kurang baik dan kadangkala boleh menghambat diri mereka sendiri dari mendapat kejayaan.

Seringkali aku lihat banyak anak melayu kita  duduk berfoya-foya. Pengalaman aku sendiri pulak apabila duduk secara kumpulan ini adalah selalunya orang takut nak cakap benda-benda yang serius dan bermakna kerana takut dipanggil “kental” atau tak cool. Tapi, kerana ini jugaklah mengapa ramai orang kita yang tidak dapat exposure kepada perkara-perkara yang dapat membantu diri mereka sendiri. Realisasi tentang sesuatu yang boleh mendorong seseorang untuk berjaya jarang datang dari sesebuah kumpulan yang suka bersembang sakan secara suka-suka.

Kat sini aku bukan nak larang sesiapa dari socialising. Cuma aku nak ingatkan untuk korang semua berhati-hati apabila berada dalam sesebuah kumpulan. Carilah maklumat mengenai Social Psychology dan Group Culture untuk memahami dengan lebih terperinci apa yang aku katakan ni. Maklumlah, takut diri kita yang sebenar ditelan kumpulan pulak kan.

-Ardy Ishykiel-

Ad Spot Ad Spot Ad Spot

SUBSCRIBESINI

:
:

Informasi TerGerek Menuju Ke Arah Kejayaan

RECENTPOSTS

MYARCHIVE

  • ------------------ JAM DINDING ------------------


  • Free shoutbox @ ShoutMix

    Pembaca Setia. Inilah dia members-members aku yang paling cool dan gerek yang datang untuk membaca blog 24Tujuh!Recent Readers

    Desigual 1

    Desigual 2

    Desigual 3

    jeremy ville 3

    jeremy ville 2