NLP itu apa benda ah?
NLP atau Neuro Linguistic Programming adalah satu bidang yang agak menarik bagi diri aku. Ia merupakan bidang psikologi yang membuat kajian mengenai bagaimana seseorang itu membina dunianya berdasarkan mental (pemikirannya) dan peta konseptualnya sendiri. Senang cakap, ia menyelidiki cara-cara seseorang itu berfikir. Pemikiran kita dikatakan dibina oleh perkara-perkara yang hidup dan berkembang di dalam alam sub-conscious yang seringkali tidak kita sedari.
Oleh itu, kita ni pada aku kadang-kadang macam zombie hidup. Kita hidup tapi seringkali tidak begitu sedar akan perkara-perkara yang boleh membelenggu kita daripada mencapai kejayaan.
Apa nak buatkan? Bila kita beli kamera, kamera itu datang dengan manualnya yang tersendiri. Tapi, bila kita dilahirkan, kita tidak mempunyai manual untuk mengajar kita menggunakan akal dan otak kita sepenuhnya. Oleh itu, tidak peliklah mengapa ramai orang yang tidak boleh mengawal bagaimana otak mereka berfungsi. Otak kebanyakkan diri kita ni sebenarnya dalam auto mode lah senang cakap. Sekarang, kalau otak kita dalam auto mode, kita mungkin main langgar aje benda-benda di sekeliling kita sehingga ia dapat menyusahkan diri kita dan menghambat kecemerlangan. Oleh itu, NLP lah yang akan mengajar kita bagaimana otak kita berfungsi dan bagaimana ia memproses realiti kehidupan di sekeliling kita.
Ada mental program yang tersendat kat otak kita ni sebenarnya sangat menghambat diri kita daei mencapai sukses atau kejayaan. Kita perlu mengenalpasti apakah mental block dan mental proses yang ada dalam akal kita ni yang seringkali menyusahkan kita dari berjaya. Selepas itu, kita perlu membuat aksi yang conscious untuk mengubah mental files yang ada di dalam akal kita itu kepada sesuatu yang membantu kita dan mendorong kita untuk mencapai kejayaan.
Peta Realiti dunia setiap kita sebenarnya adalah peta yang unik yang terbina dari sekitaran diri kita sendiri. Oleh itu NLP tidak memandang setiap diri seseorang sabagai mempunyai masalah tetapi ianya melihat kondisi seseorang itu sebagai satu respons yang “perfect” bagi individu itu akibat penyesuaian dirinya pada sekitarannya pada ketika itu.
NLP ni memang sesuatu yang menarik dan perlu kita selidiki dengan lebih mendalam jikalau kita inginkan sesuatu perubahan pada diri kita. Berdasarkan dari informasi di atas, kita seringkali perlu membawa diri kita kepada arah dan pengalaman yang dapat membantu kita mencapai kejayaan. Kalau dulu, kita hanya membaca buku tentang pelaburan, kita mungkin ingin mengubah situasi itu kepada menghadiri seminar pelaburan dan kemudian mungkin juga menulis buku tentang pelaburan dan seterusnya.
In simple words, “Get out of your comfort zone!!!” and get your butt off the couch to make something work for yourself as you only have 1 life.
Mintak maaf tentang kekasaran di atas. Sememangnya tidak disengajakan…heh.
Ishykiel










Leave a Reply