Kunci dan Rahsia Memotivasikan Diri Sendiri

Korang pernah tak nak buat something yang korang tahu mesti dibuat dan harus dibuat? Tapi cam mana pun korang try, korang tetap tak ada motivasi untuk buat benda yang korang dah plan tu. benda yang korangplan tu pun bukan benda tak bagus tapi benda yang bagus. yang dah lama korang nak buat dan tahu bahawa benda ni kalau korang buat mesti ada faedahnya.Sebagai contoh, memang korang tahu korang nak kena simpan duit untuk masa depan dan untuk menjamin diri sendiri dan keluarga kalau ada apa-apa masalah pada masa hadapan. Tapi, tiap kali masuk gaji, duit tu tak tahu pergi entah ke mana. Bagi yang ada mata air tu, mungkin mata air ajak gi jalan-jalan. Lepas tu ternampak lak baju nan cantik yang berwarna biru. Lepas tu nampak lak kasut baru Charles and Keith yang kena pulak dengan baju yang baru beli tadi. Baju tadi pun bukan sebarang baju kau. Baju Mango lah katakan atau dikenali sebagai MNG. Ada sale beb, tak boleh resist.
Lepas tu pulak, cam mana entah korang gi jalan-jalan ada lagi satu sale pulak kat kedai depan sana tu. Ok, aku rasa korang paham situasi ni semua. Ini semua, kita pernah lalui. Itu cuma satu contoh saja. Ada banyak lagi contoh lain yang boleh aku bukak cerita tapi setakat untuk memberikan korang gambaran, aku rasa dah mencukupilah tu.
Ok, jadi korang korang dah paham yang kita ada Goals dan ada objektif-objektif mulia yang kita nak laksanakan. Cuma motivasi takde. Sebenarnya, apa benda motivasi ni? Bagi aku kan. Motivasi ni ada dua macam bentuk. Bentuk dia adalah:
1. Motivasi Di Peringkat Emosi
2. Motivasi Di Peringkat Intelek ala Logika
Ada 2 bentuk ni je ke bang? Takde lain ke? Setakat ini, aku rasa kita kena tengok dekat-dekat 2 bentuk motivasi ni. Yang pertama ni ada kena mengena dengan kita punya hati dan perasaan. Hati dan perasaan ni memang mudah berbolak-balik. Tapi kalau kita pandai kontrol emosi kita, dia akan menjadi seperti satu energi atau tenaga untuk kebaikan kita. Satu macam punya kekuatan yang mampu membuat kita ingin sangat dan determine terus untuk mencapai matlamat kita. Kalau korang nak tahu siapa yang pakai teknik ni untuk menjadi kaya dan mampu pulak membuat orang ramai berlagak seperti Gorilla dan memukul dada sendiri, itulah kawan kita si Tony Robbins. Dia panggil benda ni State Management.
Pada aku, ni tak lain dan tak bukan teknik mengawal emosi dan terus mengarahkan dan menggunakan tenaga yang berpaut kuat pada emosi kita kepada sesuatu yang sangat kita ingini. Si Tony ni, dia ajar kat dalam seminar dia yang kita harus cuba mengaitkan benda yang harus dibuat untuk mencapai cita-cita kita dengan perkara-perkara yang mendatangkan emosi bersifat positif dan mendatangkan kegembiraan. Kita juga harus cuba mengingatkan diri kita sendiri akibat buruk yang berkait kalau kita tak melakukan perkara yang sepatutnya dibuat itu. Itulah cara si Tony ni. Macam tipu diri sendiri gitu lah, tapi untuk kebaikkan diri sendiri.
Tapi cara si Tony ni ada kelemahan dia jugak. Kelemahan dia terletak kat mana korang tahu tak? Kelemahan dia adalah motivasi secara emosi tak tahan lama. Untuk dia terus efektif, korang kena terus mendebak dada dan terus meningkatkan emosi korang sepanjang masa. Benda ni susah nak buat pasal susah benar untuk kita terus menipu diri sendiri kerana akal kita ni pun bukan akal mati tapi akal hidup oi dan sentiasa berfikir.
Kita tahu yang kita ni menipu diri kita sendiri dengan menggunakan emosi sebagai alat untuk kita terus maju ke hadapan. Jadi intelek kita boleh lihat tembus penipuan seperti ini. Aku bukan kata teknik ni tak bagus tapi akal kita ni lagi kuat dari emosi, korang tahu tak. Sebab tu orang kata ikut hati binasa, ikut akal berjaya, betul tak pepatah aku ni. Ok, thats besides the point eh. Point aku adalah, akal kita ni selalu pikir tentang sesuatu secara logik. Kalau benda tu tak logik, hati kita rasa gembira ke, tak rasa happy ke, pasti tak menjadi punya. Kta mesti tak nak buat benda tu.
Walau macam mana pun, at least korang tahu yang motivasi diri ni terjadi di peringkat emosi dan terjadi di dalam seketul daging di dalam diri kita, iaitu hati. Kalau motivasi di peringkat intelek pulak macam mana? Ah, memang aku nak explain kat korang semua ni lah.
Macam gini cerita dia. Cuba korang tengok diri korang ni yang hampir setiap hari pergi ke sekolah atau ke kerja. Apa yang buat korang semua nak buat perkara-perkara ni? Adakah korang dipaksa supaya buat ni semua atau adakah sesuatu kat dalam diri korang yang suruh korang pergi kerja dan pergi sekolah? Sebenarnya, akal kita telah diprogram oleh apa yang ada di desekeliling kta seperti keluarga, kawan-kawan, cikgu, media massa dan lain-lain yang merupakan ahli, institusi dan objek di dalam masyarakat.
Akal kita telah diajar bahawa kita kena buat ni semua pasal kalau tidak, padah akibat dia. Kita susah nak cari kerja kalau tak ada pelajaran. Kita takde duit nak belanja kalau kita tak kerja. Jadi, akal kita ni telah pikir ke hadapan dan telah pun memberi kita jawapan apa yang akan terjadi kalau kita tak buat benda-benda tu semua. Tapi kalau kita program kita hanya untuk survive aje, tak ke manalah kita kalau nak berjaya di peringkat global.
Jadi, macam mana nak program akal kita ni supaya membuat sesuatu yang lebih bermakna, lebih mencabar dan terus lebih challenging? Misalannya, untuk memulakan sesuatu perniagaan dan berjaya dalam bidang itu. Memang susah. Pasal apa? Pasal benda-benda ni semua memang memerlukan banyak tenaga dan banyak pulak benda yang kena kita pikir dan lakukan. Banyak pulak sacrifice dia. Jadi, apa yang penting adalah kita kena pikir balik tentang Goal (Matlamat) kita yang awal tu. Kita kena ingatkan diri kita apakah sebab-sebabnya kita nak capai Matlamat itu. Dan matlamat itu seharusnya memberikan kita sesuatu kesan yang sangat bermakna bagi kita. Ini, cuma kita sajalah yang tahu dan boleh tentukan, pasal setiap orang memberikan makna yang berbeza (Significance) kepada setiap sesuatu benda.
Bagi akulah kan. Aku sebenarnya nak jadi usahawan yang berjaya kerana aku tak nak terus menerus bekerja untuk membina dan menguatkan sistem yang akhirnya bukan milik aku. Simple cakap, macam gini lah. Kalau aku kerja sebagai anggota polis dan aku jadi Superintendent. Kalau aku pencen, aku tak boleh kasi pangkat tu pada anak aku kan? Jadi sistem tu bukan aku yang punya, tapi orang lain punya atau di bawah penguasaan pemerintah. Jadi, akirnya, pencapaian seperti itu tidak bernilai setinggi kalau kau ada bisnes sendiri. Boleh anak kau tak over dan itu menjadi satu asset yang boleh digunakan turun temurun, dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Kan lagi best cam tu.
Jadi, itulah nilai yang aku berikan pada usaha aku ni. Nilai dia pada aku tinggi tapi cabaran dia pun bukan main banyak lagi. Tapi, aku terus juga mencuba untuk mencapai impian kerana nilai yang aku berikan pada matlamat aku sangat tinggi dan akhirnya mesti datang kepada akal kita yang semua ini “Worth it“, ah ini lah yang penting.
Ok. Untuk cut short, biar aku outlinekan untuk korang proses meningkatkan motivasi untuk terus mencapai kejayaan.
- Motivasi pada peringkat Emosi
- Motivasi pada Peringkat Intelek/Logika
- Memberanikan diri untuk Fikir secara Besar-besaran (Think BIG)
- Berikan nilai setinggi-tingginya kepada Matlamat yang ingin dicapai.
- Memecahkan Masalah-masalah yang kita hadapi kepada bahagian-bahagian kecil (Smaller Parts)
- Ucapkan tahniah pada diri sendiri apabila setiap masalah dapat diselesaikan dan apabila mendapat kejayaan di setiap peringkat.
- Terus cuba dan terus mencuba sampai matlamat tercapai. (Berusahalah sebagai satu kumpulan kalau boleh. Ini lebih baik dari bekerja sendirian.)
Kat atas ni memang simple plan lah aku kasi korang semua. Memang ada detail-detail lain yang penting yang mmang patut aku sampaikan. Tapi, itu aku selitkan kat post lain lah eh. Buat sampai sini ajelah post ini. Harap, korang enjoy baca post aku, korang dapat manfaat dan korang datang lagi untuk buat reference ke ape.
-Ahakz-









November 20th, 2007 at 1:43 am
wah your malay is very good. keep it up. my malay cannot make it.. let’s link up!
November 21st, 2007 at 4:39 am
Hi Yanni!
Tima kacih visit blog kita yang tak seberapa ni. Sudi-sudi datang lagi lah eh.
-Ahakz-