Simpan Duit dan Invest Sekarang Brader!

Ya Braders and Sisters semua. Simpanlah duit sekarang dan kemudian invest duit tu. Ramai orang kita yang tak berapa suka simpan duit kerana dorang kata kalau simpan duit banyak-banyak bukan boleh bawa ke kubur. Ah, ini adalah mindset yang salah pada pendapat aku. Memang duit tu tak boleh bawa ke kubur tapi duit tu juga boleh digunakan untuk kegunaan yang bermanfaat pada masa hadapan dan apabila diperlukan seperti untuk meneruskan pelajaran, menghadapi masa susah, membiayai kos hospital dan perubatan, pergi Haji dan bermacam-macam lagi.
Jadi, janganlah kita cari alasan untuk terus berbelanja dan terus memokaikan diri kita sendiri dengan berbelanja tak tentu arah seperti membeli TV baru yang berharga sepuluh ribu dolar (Boleh buat hantaran seh!). Alasan-alasan seperti ini hanya akan memudaratkan kita aje akhirnya. Adalah lebih baik kalau kita pikirkan sebab-sebab kenapa kita kena simpan duit dan melaburkan (invest) duit kita ni supaya ia boleh berkembang dan terus berkembang untuk kegunaan kita pada masa hadapan.
Dalam hidup aku ni, ada jugak aku encounter orang-orang yang suka sangat pinjam duit. Macam mana dorang tu semua boleh terjebak dalam keadaan yang memerlukan dorang drop water face untuk pinjam duit dari orang lain? Aku rasa, ni semua ada kena mengena dengan cara dorang manage finance dorang atau lebih dikenali sebagai Personal Finance.
Jadi, aku sarankan yang korang ambik interest dalam personal investment dan start simpan duit untuk invest. Ada banyak baiknya korang start sekarang pasal stock market secara purata (In General), value dia naik je dan tak turun-turun. kalau korang tak caya, korang tengok graph Dow Jones kat bawah ni dari 1900 sampai tahun 2000.

Jadi, kalau korang lambat invest, harga saham ni akan terus naik dan semakin mahallah saham-saham yang ingin dibeli. Aku personally suka saham-saham syarikat yang power seperti Apple dan Google. Pada masa aku tulis blog ni, harga saham Apple adalah US$168.85 dan Google pula, US$648.54. Ada yang mengatakan bahawa harga shares Google akan melambung ke paras US$800 sehingga US$900. Ini artikel bertuah tu. Apa yang aku katakan kat sini cuma beberapa bukti yang menguatkan lagi semangat aku sendiri untuk menyimpan duit yang aku dapat dari usaha sendiri dan kemudian melaburkannya.
Aku akui yang Personal Finance ni, satu area yang aku minati dan aku pun sering jugak baca buku-buku mengenai personal finance. Aku pun sarankan pada korang semua untuk membaca buku-buku ini. Buku yang banyak membuka minda aku tentang area ni adalah buku tulisan Robert Kiyosaki, “Rich Dad Poor Dad” dan David Gardner, founder website The Motley Fool yang membicarakan perkara-perkara berkenaan pelaburan dalam saham di US dan A.
Tapi, aku bukan baca berpuluh-puluh buku saja. Aku juga melabur secara praktikal dalam perniagaan aku sendiri, dalam commodities (cth: Gold, Silver, Precious Metals), saham di SGX (Singapore Stock Exchange), saham di Dow Jones dan Nasdaq (Amerika Syarikat) dan lain-lain lagi cara pelaburanlah. Setelah mendapat pengalaman dan ilmu ini, aku rasa perlu untuk berkongsi pendapat aku dalam arena Personal Finance.
Jadi yang penting kat sini adalah, kita perlu memulakan langkah yang terbaik untuk masadepan kita dengan mengadakan akaun simpanan yang bertujuan untuk membuat pelaburan. Kita juga perlu menimba sedikit ilmu supaya tak senang orang kelentongkan kita dan juga untuk mengelakkan diri kita dari membuat decision yang salah atau pun ill-informed decision.
Lagi satu, jangan sesekali ingat yang kita mesti ada banyak duit sebelum membuat pelaburan. Ada banyak financial products di luar sana yang memerlukan hanya 100 dolar setiap bulan untuk korang membuat pelaburan. Kalau korang nak beli saham, ada saham yang murah, 1 sehingga 10 sen satu saham dan minimum korang kena beli 1000 saham (1 Lot), jadi, harga saham 10 sen, baru 100 dolar untuk 1 lot. Aku cuma beri contoh aje kat sini, bukannya suruh korang beli saham 10 sen. Pasal saham-saham Penny Stocks ni memang Volatile dan harga dia tak tentu arah, sekejap naik dan sekejap turun. Itu pun takpe, kalau harga tak bergerak lagi buat masalah.
Aku harap dengan perkongsian ini, korang dapat sedikit sebanyak manfaat untuk diri korang. Invest for the long term people!!!!
-Ahakz-









Leave a Reply