Blog ini berkisahkan...

Cerita-cerita semut, harimau dan binatang-binatang liar. Ketahuilah macam mana semut dengan berbekalkan semangat yang kuat dan sikap bekerjasama yang hampir perfect dapat menjatuhkan harimau yang tidak bertaring tapi lidah bercabang. Kalau nak tahu cerita sebenar, teruskan baca blog ni.

Sebenarnya,...

Ishykiel ingin berkongsi dengan korang semua, informasi terkini mengenai personal finance, internet marketing dan internet business, teknologi, self development dan lain-lain lagi untuk semua yang sudi menerima. Of course, do so at your own risklah. -Ahakz-

Invest Sendiri-sendiri atau cari Pak Financial Advisor?

Soalan kat atas ni memang perlu kita jawab kalau kita nak memulakan perjalanan investment (Investment Journey) kita. Kita harus membuat pemilihan kerana yang satu lebih memerlukan kita membuat banyak kajian dan bacaan dari yang satu lagi. 2 cara tersebut adalah:

1. Invest Sendiri-sendiri (Do-it-Yourself Investment)

2. Invest dengan mendapat Bantuan Finance Advisor (Ini korang kena berhati-hati)

Personally, aku suka cara yang pertama kerana cara yang pertama memberikan aku control dan empowerment pada diri aku. Aku rasa takde orang lain yang lebih baik untuk menjaga dan mengarahkan ke mana dan bagaimana untuk membuat pelaburan kecuali diri aku SENDIRI. Aku pun tak boleh salahkan orang lain kalau pelaburan aku mendapat kerugian. Harga saham menjunam tu memanglah perkara biasa dan ada cara-cara, strategi-strategi yang akan aku sampaikan pada lain post supaya kita tidak rugi apabila harga saham menjunam. Yang penting, kita tak terjunam sekali dengan saham tu atau terjunam dari tingkat sepuluh… ahakz.

Cara yang aku pilih iaitu invest sendiri-sendiri ni memerlukan yang kita sendiri memantau keadaan ekonomi sekitaran(financial environment), keadaan syarikat dan performance syarikat tu, harga saham tu sendiri dan faktor-faktor lain yang boleh mengakibatkan perubahan kepada harga saham berkenaan. Sebab tu ramai orang yang tak nak main saham ni, pasal mereka kata mereka BZ dan ada je alasan yang mereka keluarkan untuk tidak membuat sesuatu. Itulah masalah masyarakat kita ni, kalau nak seribu daya, kalau tak nak seribu dalih.

Bagi korang-korang yang inginkan kelainan pada diri korang sendiri, carilah ilmu dan terus berjuang untuk mencapai kejayan dalam apa segi dan bidang pun. Yang penting, korang try dan terus try. Bagi aku, aku ni sentiasa kehausan ilmu dan aku suka membaca dan berkongsi. Sebab tu bagi aku, invest secara independent ni adalah yang terbaik.

Cara yang kedua, iaitu mendapat bantuan finance advisor juga boleh digunakan kalau korang tak nak invest sendiri-sendiri. Investment advisor boleh membantu. Untuk mencari seorang advisor atau penasihat yang baik, cubalah korang dapat referral dari teman-teman korang ataupun sanak saudara. Mungkin dorang ada advisor yang boleh membantu korang dalam bidang pelaburan ni.

Cuba dapatkan advisor yang boleh dan ingin memberikan korang masa untuk menasihatkan korang.

Cuba jugak dapatkan advisor yang mempunyai credentials yang memerlukan dorang ambil exam untuk pass. Tanya mereka tentang credentials dorang. jangan malu-malu pasal yang nak dilaburkan adalah duit korang sendiri yang dikumpulkan dengan penat lelah dan peluh berbaldi-baldi

kan. Kalau korang bertemu dengan advisor yang tunjukkan frust apabila korang bertanya soalan kepadanya atau pun start marah-marah dan menunjukkan muka yang seperti memberi mesej “Apasal bodoh sangat ni si dek ni ni?”, korang tinggalkan advisor ni pasal yang bodoh bukan korang tapi si advisor keparat ni yang tak tahu macam mana nak layan client.Tak note jugak eh. Banyak insurance agent yang bilang korang dorang financial planner, ada yang tak bertauliah langsung dan hanya tahu macam nak menjual insurance dan funds mereka sahaja. Aku dah jumpa dah orang-orang macam ni dan bila aku berbual terminology sikit, dorang pulak yang tanya aku soalan balik, “Apa benda tu?”. Tak ke kelakar dorang ni. Patut aku yang tanya dorang pasal benda ni semua kan?Lagi satu benda yang korang mesti tahu apabila korang pergi ke bank atau firma pelaburan (Investment Firms) untuk membuat pelaburan adalah selalunya, mereka akan cuba jual kepada korang produk-produk pelaburan yang memakan banyak fees dari segi percentage, fee administrasi dan lain-lain fee lagi. Korang kena tanya pasal benda-benda ni pasal kalau korang tak tanya, korang akan berasa pelik apabila mendapati bahawa duit principal korang kurang dari amount yang korang letak. Time tu baru korang akan mula bertanya,”Eh, apasal aku letak $1000, sekarang duit tu dah tinggal $920 je?”. Ah, banyak kawan-kawan aku pun pelik apabila dorang beli insurance yang “linked” pada investment, mereka mendapati principal amount yang mereka laburkan tu kelihatan kurang.

Kenapa ia berkurangan adalah, korang dikenakan charges-charges yang tertentu oleh firma-firma berkenaan untuk mereka buat duit dan terus survive. Tambahan juga, setiap tahun, ada fees dan charges kepada anda walaupun funds yang anda beli tu semakin turun harganya. Ini yang buat aku fed up dan menyebabkan aku cuba membuat pelaburan secara sendiri-sendiri.

Tapi, decision terletak pada korang sendiri dan koranglah yang tahu apa yang terbaik untuk korang. kalau korang rasa convenience tu lebih penting dan tak kisah tentang pendapatan yang kurang dari pelaburan korang, ambillah seorang advisor. kalau korang rasa, korang konfiden dan mampu membuat decision sendiri, sila masuk ke dalam arena personal finance yang menarik lagi menyeronokkan. Ia memerlukan ketangkasan seorang pahlawan dan kepintaran seekor sang kancil. Tapi, yang untung akhirnya adalh korang sendiri dan bukan firma pelaburan atau pak insurance agent yang berlagak financial planner.

-Ahakz-

Leave a Reply

Subscribe to Comments?

Ad Spot Ad Spot Ad Spot

SUBSCRIBESINI

:
:

Informasi TerGerek Menuju Ke Arah Kejayaan

RECENTPOSTS

MYARCHIVE

  • ------------------ JAM DINDING ------------------


  • Free shoutbox @ ShoutMix

    Pembaca Setia. Inilah dia members-members aku yang paling cool dan gerek yang datang untuk membaca blog 24Tujuh!Recent Readers

    Desigual 1

    Desigual 2

    Desigual 3

    jeremy ville 3

    jeremy ville 2