Apasal Congressman tu Marah-marah Bernanke? Duit dia kena curi ke?
![]()
Post sebelum post ni, aku share dengan korang satu video menunjukkan Congressman Amerika yang sedang agak berang dengan Fed Chairman Bernanke yang kadangkala dituduh sebagai menjadi “Puppet” di Federal Reserve Amerika Syarikat. Biarlah blog melayu ni explainkan korang.
Ramai orang heran macam mana si Bernanke ni boleh jadi Fed Chairman, mengambil alih tempat Greenspan, seluar sepen. Dorang kata si Bernanke ni tak ada pengalaman dalam bisnes, banking dan tak pernah mengambil jawatan penting dari segi ekonomi sebelum ni. Jadi macam mana dorang boleh pilih dia ni? Bagi aku, ni semua dah tak menjadi hairan lagi pasal korang tengok ajelah presiden dia, koboi abis braders dan sisters.Mampos kalau dia bayar aku duit pun aku tak vote dia punya kalau aku orang Amerika. Tapi dia tetap in ofis. Pasal apa?
Pasal dia tahu main politik dan taking sides with the right people. Orang-orang yang berkuasa ni, selalunya satu geng dengan orang-orang yang kaya dan berkuasa dalam bisnes dan industri. Orang-orang ni pandai main catur dan korang tak akan nampak dorang tampil kat depan. Semua sembunyi belakang tabir.
Jadi, cerita si Bernanke ni pun mungkin cerita yang sama jugaklah, dia terpaksa buat apa yang dia buat pasal Administrasi Amerika memerlukan dia berbuat demikian. Tak padanlah orang panggil dia puppet. Masalah terbesar Amerika sekarang ni ialah, dorang ni banyak hutang dengan negeri lain dan hutang dia dah terlalu besar sampai dia terpaksa cap duit Amerika banyak-banyak.
Bila supply duit Amerika terlalu banyak dan dorang tak naikkan supply goods and services negeri dorang (kadang-kadang benda ni semua dorang offer tapi orang tak nak beli pasal kualiti rendah, harga terlalu mahal, etc), itulah yang buat ekonomi dorang sekarang mengalami deficit. Deficit berlawan dengan surplus. Ekonomi China sekarang dalam keadaan surplus, pasal China yang jugak dikenali sebagai Factory of the World, banyak produce barang-barang dan services (Harga murah lak tu) dan in demand sedunia.
Sebab itulah ekonomi dorang melonjak. Jadi , bila sesebuah negara tu banyak hutang dengan negara lain dan bila dia susah nak bayar hutang tu, apa patut dorang buat? Patut dorang pikirkanlah cara-cara untuk menghasilkan lebih goods and services. Ini tak, dorang pergi cap lebih duit pulak. (Sebenarnya, aku nak terangkan jugak apa sebenarnya duit ni, tapi setakat ni, korang faham ajelah bahawa duit ni sebenarnya adalah satu PERJANJIAN. Ia adalah satu perjanjian yang dijamin sesebuah pemerintah negara bahawa sesiapa yang pegang duit tu boleh menukarkannya untuk mendapatkan goods and services.)
Ok, balik pada point kenapa si Congressman tu macam marah-marah dan serius sangat muka dia. Koollah brader, betul tak? Sebenarnya, dia khuatir kerana sekarang, ekonomi Amerika dan rakyat Amerika sedang menghadapi masalah dan ada kemungkinan jugak, keadaan di sana boleh menjejas kita di pulau kecil ni. (Ini lain post lah eh?) Jadi, kalau korang nak tahu apa cerita dia sebenarnya si Bernanke kena attack, duduk kat kerusi korang dan terus baca.
Si Bernanke ni telah menurunkan interest rate dan dengan menurunkan interest rate, dia sekaligus telah menurunkan “actual value” atau harga sebenar mata wang Amerika. Dengan menurunkan Actual value mata wang Amerika, pada pendapat Congressman itu, wang dan duit rakyat Amerika telah dicuri tanpa pengetahuan mereka. Kenapa dorang biarkan duit dorang dicuri? Kerana kejahilan mereka sendiri lah. Dorang tak tahu duit dorang kena curi pun. Sebenarnya duit dorang kena “DEVALUE“. Devalue bermaksud duit dorang misalan 100 dolar boleh beli 2 beruang jantan sekarang boleh beli satu setengah beruang jantan je. Aku tak tahulah apasal dorang beli beruang tapi dulu boleh dapat 2 beruang sekarang 1 setengah je. Itulah devaluation of money, dimana duit yang sama banyaknya boleh ditukarkan kepada barang yang sama tapi berkurangan kuantitinya.
Sebagai contoh, untuk devaluation yang sekarang tengah berleluasa, tengok je harga emas. 10 tahun dulu, harga emas adalah US$275 seounce. Korang tahu sekarang dah berapa? Sekarang dah US$800 lebih lah cik kak cik abang oi. Bermakna, dengan duit yang sama, kita hanya mendapat barang yang berkurangan kuantitinya. Dalam kata lain jugak, ini menunjukkan telah terjadinya inflasi pada harga emas dan barang-barang lain. Inflasi ni berkait rapat dengan devaluation of money.
Ada beberapa definisi inflasi. Kat bawah ni aku telah tuliskan beberapa definisinya:
- Kenaikkan paras harga goods dan services.
- Kenaikan jumlah dan supply mata wang serta kredit (Increase in the amount of money or credit available) berbanding dengan jumlah goods dan services yang ada, yang menyebabkan kenaikkan dari segi harga goods dan services tersebut. Dalam masa yang mendatang, inflasi mengurangkan daya membeli (Purchasing power) setiap mata wang sesebuah negara, membuatnya kurang berharga.
- Kenaikkan yang terus menerus dalam harga barang secara general dan selalunya diukur menggunakan CPI (Consumer Price Index)
Jadi, inflasi ni kalau korang tengok dan tenung betul-betul, sedang terjadi dan akan terus terjadi. Ini sesuatu yang tidak boleh kita elak, pasal duit kita ni dicap oleh pemerintah dan dorang yang kontrol circulation duit dalam pasaran. Sebab itulah, kita kena invest duit kita, supaya tak ditelan si hantu inflasi ni. Inflasi secara keseluruhan berada di tahap 1-3% setiap tahun. Ini bermakna, kalau kita tak invest duit kita dan tidak mendapat pulangan lebih dari 3%, kita semakin miskinlah braders dan sisters semua. Pasal apa? Pasal, duit kita kena devalue dan barang-barang yang kita dapat apabila membeli semakin berkurangan setiap tahun sebanyak 3% banyaknya.
Jadi Braders and sisters, bantulah diri anda dan keluarga anda. Dengan pengetahuan yang aku sediakan kat blog ni, ajar dorang semua tentang perlunya kita invest duit kita ni.
Ok, balik pada Bernanke. Si Bernanke ni telah menurunkan INTEREST RATE sehingga 1% sahaja untuk kadar pinjaman antara bank-bank di Amerika (InterBank Rates). Dengan kadar yang rendah ni, bank mampu meminjam duit dari pemerintah dan bank-bank di Amerika dengan harga yang murah kerana ineterest rate dia murah.
Misalannya, bank yang bernama Bank Tok Selampit boleh pinjam duit dengan pemerintah atau bank lain dengan kadar 1%. Untuk dia buat duit, dia meminjamkan duit tu pada orang-orang biasa atau pelanggan dia dengan kadar 3% misalannya. Dia untung berapa? Dia untung 3 minus 1, equal 2% kan? Bank Tok Selampit ni nak untung 2% jelah dari setiap pelanggan. Itu pun pasal dia boleh pinjam duit dengan murah. Kalau Bank Tok Selampit ni kena pinjam pada kadar 3% dari pemerintah, dia kena charge 5% pada pelanggan dia kan? Memanglah sebagai pelanggan kita nak kadar ineterst rate ni rendah. Tapi, kalau korang pakar ekonomi, korang akan tahu, mesti ada implikasi pada ekonomi negara secara keseluruhan.
Apa implikasi dia bang? Implikasi dia adalah, semakin banyak orang yang akan meminjam duit dari bank apabila interest rate murah. Bila ini berlaku, supply of money semakin naik di pasaran dan ini akan menyebabkan inflasi semakin meningkat kerana terlalu banyak duit mengejar goods dan services yang semakin sukar didapati. Ingat kawan-kawan, goods and services ini terhad (Limited supply or resources) dan di dunia kita ni, semakin sukar untuk mendapatkan resources. Bila keperluan (Demand) naik dan supply terhad, itu yang membuat harga melambung. Ini telah ditukilkan dalam Teori of Demand and Supply. (Yang kali aku terangkan ni kalau ada permintaan untuk menerangkan ni benda.)
Jadi, Congressman marahlah pada Bernanke kerana dahlah inflasi semakin meningkat, lepas tu si Bernanke ni pergi turunkan ineterst rate pulak. Tak ke aniaya dibuatnya?
Tapi kawan-kawan, ada udang di sebalik batu. Ada sebab kenapa si Bernanke ni berbuat demikian. Nanti aku ceritakan dalam post yang akan datang. Buat masa ni, pergi tengoklah video tu sekali lagi. Best dok tengok video tu lepas korang dah paham ni semua.
-Ahakz-









November 24th, 2007 at 8:09 pm
Bernanke ni nampak macam tak berapa pintar tapi sebenarnya dia ni pandai.