Aku Bangga dengan Natasha Nabila Muhammad Nasir - Top PSLE Student 2007 di Singapura.

Aku betul-betul happy dan bangga dengan pencapaian Natasha. Kebahagiaan aku ni melebihi kebahagiaan yang aku perolehi dengan pencapaian aku sendiri selama ni. Aku macam nak pergi jumpa dengan budak ni dan mengucapkan tahniah kepadanya kerana telah berjaya menjadi pelajar terbaik untuk PSLE tahun 2007 dan sekaligus pelajar Melayu terbaik di Singapura. Aku rasa ramai yang membaca artikel ni akan rasa bangga dengan pencapaiannya.
Dia telah membuat sesuatu yang aku rasa harus menjadi contoh bukan sahaja pada pelajar-pelajar yang sebaya dengan dia tapi pada keseluruhan masyarakat Melayu. Masyarakat kita telah berjaya menghasilkan seorang pelajar yang dapat menandingi bangsa-bangsa lain. Natasha telah mendapat keputusan yang terbaik selama 17 tahun sistem PSLE diperkenalkan. Korang imagine, she beat the record of all timelah for PSLE results. Wow!
Mustahil dia mendapat keputusan sebegini dengan tidak berusaha. Aku pasti dia berusaha dengan penuh tenaga dan penuh minat untuk mendapat keputusan ni. Aku pun dapat merasakan betapa bahagianya ibu dan bapanya apabila mendapat tahu tentang keputusan anak mereka. Aku ucapkan tahniah dan syabas kepada kedua ibu bapanya yang telah berjaya membimbing seorang anak yang mempunyai potensi bergerak ke hadapan dalam era yang serba moden ini.
Lagi satu perkara yang ingin aku katakan kat sini ialah, aku respect the perseverance in times of difficulty yang Natasha harungi. Natasha terpaksa mengharungi kepahitan kehilangan seorang datuk dan terpaksa belajar sebelum menghadapi PSLE di hospital kerana datuknya sakit tenat dan terpaksa dirawat di Intensive Care Unit. Aku betul-betul respect Natasha kerana tidak pernah give up dan tidak sesekali menggunakan peristiwa itu sebagai alasan untuk tidak menunjukkan prestasi yang terbaik untuk peperiksaan.
Aku mendoakan yang terbaik untuk Natasha dan keluarganya. Semoga kita mengambil iktibar dari berita baik ni yang sehingga mendapat mention di khutbah Jumaat tadi. Imam masjid di kampung Siglap mengatakan yang seluruh masyarakat Melayu harus mengambil pelajaran dari perkara ini. His exact words, “Kalau budak ni boleh berjaya, kenapa tidak kita!”
Aku tak akan lupakan kata Pak imam itu dan aku harap korang yang baca post aku ni mendapat ilham untuk terus berjaya dalam hidup.
-Amin-









November 24th, 2007 at 4:13 am
Yea! so proud of her =D
November 24th, 2007 at 5:17 am
Tu lah. I cant even imagine to have such an achievement. even if I retake the PSLE.
-Ahakz-
March 29th, 2008 at 6:45 am
I’m very proud of her. I hope I’ll succeed like her this year for PSLE and membanggakan masyarakat melayu