Blog ini berkisahkan...

Cerita-cerita semut, harimau dan binatang-binatang liar. Ketahuilah macam mana semut dengan berbekalkan semangat yang kuat dan sikap bekerjasama yang hampir perfect dapat menjatuhkan harimau yang tidak bertaring tapi lidah bercabang. Kalau nak tahu cerita sebenar, teruskan baca blog ni.

Sebenarnya,...

Ishykiel ingin berkongsi dengan korang semua, informasi terkini mengenai personal finance, internet marketing dan internet business, teknologi, self development dan lain-lain lagi untuk semua yang sudi menerima. Of course, do so at your own risklah. -Ahakz-

Harga Emas Naik Melambung. Happilah Makcik2 yang banyak beli emas kat Golden Chance.

Gold

Aku mula track harga emas pada permulaan tahun ni. Aku ada jugak buat research tentang emas di beberapa blog dan website tentang besi kuning ni. Banyak yang menerangkan kenapa harga emas ni terus naik dan akan terus naik. Aku pun ikut tengok lah harga emas dan nak tahu jugak faktor-faktor yang membuat harganya terus naik.

Aku track harga emas kat blog Goldprice ni. Pada bulan Februari tahin ni, emas berharga dalam lingkungan US$620 - 630. Lepas buat kajian tentang emas, dan menimbang Risk Marginnya, aku pun beli sedikit emas sebagai satu long term investment. Aku pikir dan agak pasti pada ketika tu, harga emas tak akan turun pada tahun ni dan pada masa-masa akan datang buat beberapa tahun. Pada masa aku buat research tu, ada Investment firms yang mengatakan harga emas akan naik sehingga US$1000 per satu ounce. Jadi, aku pikir, kalau aku beli kat harga US$630, ada chance aku dapat kaup untung at least 40% dari harga sekarang. Jadi tanpa buang masa aku pun buat decision untuk stunt beli emas. Aku bukan beli emas aje, aku beli silver jugak. Kenapa korang nak tahu? Pasal harga emas dan harga silver ni selalunya naik sama-sama, turun pun sama-sama.

Ok. Korang mesti nak tahu kenapa harga emas ni semakin naik. Ada beberapa faktor di sini yang korang boleh baca di bawah ni:

  1. Matawang Amerika Syarikat Semakin turun valuenya. Investor mengalihkan duit mereka kepada Hard Assets seperti emas dan hartanah.
  2. Supply emas terhad. Kalau emas sedunia dikumpulkan, ia hanya akan mengisi 3 plus satu suku swimming pool, Olimpik size.

Sebenarnya aku boleh terangkan dengan panjang lebar pasal kenapa harga emas ni semakin meningkat, tapi aku rasa, aku lagi suka keep things simple dan beri korang 2 faktor ni dan kemudian menerangkan pada korang apa pendapat aku setelah membaca info-info yang agak panjang dan detailed ni.

Kalau korang belajar economics, korang akan tahu teori Demand and Supply.Ia menerangkan macam mana harga sesuatu benda itu boleh naik dan apa yang membuat harga sesuatu benda itu juga turun. Sebenarnya simple aje, bila ramai orang nak beli sesuatu benda dan supply benda tu agak terhad, harga benda tu pun naiklah. Kalau supply dia tinggi, harga tak akan naik pasal akan sentiasa ada supply.

Ayam

Sebagai contoh, korang tengok je harga ayam kat pasar masa nak dekat Hari Raya. Harga ayam naik pasal supply dia sama tetapi demand dia naik meningkat pada musim perayaan itu. Teori ni boleh jugak kita samakan dengan benda lain seperti emas, komoditi dan saham. Cuma, apa yang harus kita selidiki adalah sebab-sebab yang menyebabkan orang nak beli benda tu.

Inilah yang paling penting. Jadi, kalau korang boleh predict yang sesuatu benda ni will be in huge demand pada masa akan datang, korang boleh invest kat dalam benda tu dan in the future, raup keuntungan. Sounds simple, cuma korang kena buat research sikit dan pastikan yang fundamental investment vehicle korang tu kukuh dan kuat dan ada very little downside (Managed Risk).

Jadi, bagi emas, harga dia naik pasal banyak orang nak beli emas lah ishykiel? Betul. Itulah jawapannya. Harga emas naik pasal banyak orang nak beli emas. Tapi, soalannya adalah, kenapa dorang nak beli emas? Kan ada banyak lagi asset yang dorang boleh beli seperti saham, bonds, funds dan lain-lain?

Memang betul dorang boleh beli asset lain seperti itu. Tapi investor sedunia ni selalu meletakkan duit mereka di mana duit tu boleh meningkat dengan cepat dan di mana asset itu agak terpelihara dan selamat. Its all about buying and investing at the right time. (Dan juga exiting and selling at the right time.)

Korang tengok faktor yang 1st tadi tentang matawang Amerika yang sedang menurun value dia. Korang tahu tak betapa banyak negara yang pegang matawang amerika syarikat. Sedunia, banyak benar negara-negara yang pegang mata wang Amerika dan dorang ni semua tak nak hilang the Actual Value of dorang nya kekayaan dengan membiarkan kekayaan mereka dalam bentuk mata wang Amerika terus turun. Jadi apa dorang buat? Ah, simple je. Satu jalan keluar adalah dengan membeli emas dan Storing the Actual Value of dorang nya wealth dalam emas.

Big Investors dan goverment sedunia tak ada emotional attachment pada benda yang dorang invest ni. Dorang ni semua very practical dan akan keluarkan duit dorang dari benda-benda yang turun valuenya dan kemudian mengalihkannya ke benda lain yang dapat protect the value atau lebih baik lagi, akan ada appreciation in value.

Jadi put it simple lah eh. Emas dapat mainkan perana of Storing value dan ada potensi of Appreciation in value. Dengan asset-asset yang denominated in US dollars semakin turun, banyaklah orang yang mula jual stocks Amerika dan bonds Amerika dan lain-lain asset Amerika untuk mendapatkan pulangan yang akan diinvestkan ke dalam emas. Jadi, demand pun naik dan menyebabkan harga emas naik jugak. Pasal ingat. Supply of emas terhad.

Itulah cerita pasal emas. Lain kali aku terangkan pada korang macam mana nak invest kat dalam emas dan silver secara kecil-kecilan.

Tak payah gi Golden Chance borong emas dok!

-Ahakz-

Leave a Reply

Subscribe to Comments?

Ad Spot Ad Spot Ad Spot

SUBSCRIBESINI

:
:

Informasi TerGerek Menuju Ke Arah Kejayaan

RECENTPOSTS

MYARCHIVE

  • ------------------ JAM DINDING ------------------


  • Free shoutbox @ ShoutMix

    Pembaca Setia. Inilah dia members-members aku yang paling cool dan gerek yang datang untuk membaca blog 24Tujuh!Recent Readers

    Desigual 1

    Desigual 2

    Desigual 3

    jeremy ville 3

    jeremy ville 2