Kalau nak Start Business, mesti ada Business Plan

Dalam apa-apa benda yang kita buat, kita mesti ada plan. Orang kata kalau kita tak plan, kita “Plan to Fail”. Jadi, kalau kita nak start business walaupun secara kecil-kecilan, kita harus buat satu plan yang boleh membantu kita semasa kita mengambil langkah untuk merealisasikan impian kita untuk berjaya dalam bidang perniagaan.
Plan yang harus dibuat ni boleh bermula dengan plan yang mudah.Keluarkan aje kertas foolscape dan mula tulis dengan pensel atau pen idea-idea yang ada di minda kita. Kalau bisnes ini akan dimulakan dengan beberapa partners, lagi bagus kalau mereka pun turut terlibat dalam proses menulis dan mengadakan plan ni. Tapi sebelum membabitkan dorang, lebih baik kita sendiri lakarkan sesuatu yang kita boleh faham dan boleh terangkan pada mereka.
Yang bagus, kalau kita tulis plan ni secara sendirian ialah di tempat-tempat yang boleh memberi kita ketenangan dan bukan tempat seperti di tepi fridge. Tempat bising akan mudah untuk mengacau kita sehingga plan business dalam pendidikan boleh jadi plan buat kuih tat pulak nanti.
Kalau kita nak tulis business plan yang agak menyeluruh, terperinci dan agak professional, baik kalau kita buat kajian dahulu di internet. Terdapat banyak site-site yang memberi kita informasi macam mana nak tulis business plan dan mereka memberikan ni semua secara percuma, seperti site Bplans yang memberikan kita banyak informasi secara percuma dan 100 Sample Business Plans yang boleh kita gunakan untuk membuat plan kita sendiri. Dengan informasi sebanyak ini, aku rasa kalau korang mati idea, aku pun tak tahu apa nak kata. Kalau itu terjadi, sila contact aku dan aku akan cuba membantu…ehem…ehem
terdapat banyak jugak software yang boleh membantu kita dalam membuat bisnes plan kita. Ada satu software yang dipromosikan oleh Donald Trump sendiri. Korang kenalkan siapa Donald Trump. Ah, dialah pakcik kaya yang suka FIRE orang tak tentu pasal kat dalam program Apprentice, satu program yang aku sangat minati kerana dia menunjukkan kebenaran hidup di dalam arena korporat. U either perform and give results or down the ladder you go. Balik pada software yang Donald Trump recommend. Ini dia software yang bernama Business Plan Pro yang datang dalam dua bentuk, Standard Edition dan Premier Edition.
Tapi bagi aku, aku rasa kalau korang baru-baru nak berjinak dengan business ni, mulakan dengan mengurangkan kos seberapa banyak boleh. Jadi aku sarankan yang korang pergi perpustakaan untuk meminjam buku-buku yang relevan dan gkemudian gubakan informasi dari situ untuk menulis business plan korang. Lepas tu, masuk internet dan cari benda-benda yang free yang boleh korang gunakan tanpa rasa bersalah (Pasal benda free kan, bukan curi) Ni lagi satu site yang boleh memanfaatkan korang. Site yang bernama Planware yang ada menyiapkan beberapa software secara percuma.
Buat bisnes ni memang mencabar, tapi kalau buat bisnes tanpa plan, aniaya oi!
-Ahakz-









Leave a Reply