MoneyTreeAsia - Program Literasi Kewangan untuk Kanak-kanak

Sekarang, ada jugak syarikat di Singapura ni yang menjalankan program untuk kanak-kanak di peringkat sekolah rendah dalam bidang literasi kewangan atau lebih dikenali sebagai Financial Literacy. Aku pun pikir yang orang-orang kita pun perlu akan ilmu literasi kewangan ni pasal aku kadang-kadang tak tahan tengok advertisement kat luar sana yang banyak target orang Melayu kita dengan skim-skim pembayaran ansuran untuk barang-barang yang pada aku bukan satu keperluan asas.
Ini tak bukan dan tak lain tapi untuk mengumpan orang-orang yang kurang financial literacy mereka untuk terjebak dalam masalah hutang. Pasal, yang banyak ambik skim pembayaran secara ansuran ni adalah orang-orang yang sebenarnya tak begitu mampu nak beli barang-barang mahal ni. Memang, ada orang yang baru berumahtangga atau baru pindah rumah dan memerlukan barang-barang tu. Tapi aku rasa lebih baik dorang jimat cermat dan simpan duit itu untuk masadepan dorang.
Itu pasal aku rasa yang program Moneytreeasia ni ada baiknya. Ia boleh memupuk nilai-nilai dan habit-habit yang baik seperti jimat menyimpan wang, membuat pelaburan bagi wang yang disimpan dan sebagainya. Check outlah website Moneytreeasia.
Mungkin ada sesuatu di sana yang boleh korang pelajari.
-Ahakz-









Leave a Reply