Blog ini berkisahkan...

Cerita-cerita semut, harimau dan binatang-binatang liar. Ketahuilah macam mana semut dengan berbekalkan semangat yang kuat dan sikap bekerjasama yang hampir perfect dapat menjatuhkan harimau yang tidak bertaring tapi lidah bercabang. Kalau nak tahu cerita sebenar, teruskan baca blog ni.

Sebenarnya,...

Ishykiel ingin berkongsi dengan korang semua, informasi terkini mengenai personal finance, internet marketing dan internet business, teknologi, self development dan lain-lain lagi untuk semua yang sudi menerima. Of course, do so at your own risklah. -Ahakz-

Selamat Hari Raya Aidil Adha Semua!

KetupatAku harap Aidil Adha pada tahun ni bermakna dan membahagiakan pada korang semua. Pada korang-korang yang menjalankan ibadah korban, syukur alhamdulillah, semoga mendapat ganjaran di akhirat nanti. Pada volunteer-volunteer yang menyumbang tenaga di masjid-masjid dengan membuat segala pekerjaan yang perlu dibuat untuk memastikan proses ibadah korban berjalan dengan lancar, tahniah kepada korang jugak kerana memberi bantuan yang tidak boleh dikira dengan wang ringgit.Tahun ni, Aidil Adha agak simple bagi aku. Seperti biasa, aku memang tunggu-tunggu makanan yang dihidangkan pada pagi hari, iaitu makanan hari raya seperti ketupat, lodeh, sate dan lain-lain lagi. Makanan-makanan ni agak istimewa bagi aku dan ia juga menunjukkan kekreatifan masyarakat kita yang mampu mengeluarkan masakan-masakan seperti ini. Tapi aku pun ada notice sesuatu yang lebih menunjukkan kemodenan dan pembaharuan di dalam arena masakan, iaitu, instant ketupat.

Pada mulanya, aku agak was-was dan tak begitu konfiden yang ketupat instant ni boleh beat ketupat ala naturale yang dibungkus dengan daun kelapa dan direbus dalam masa yang ditentukan. Tapi, bila aku rasa ketupat instant tu, aku rasa ok jugaklah rasa dia. Aku makan ketupat tu dan bila dimakan sekali dengan lauk-pauk yang lain, dah tak dapat bezakan pulak ketupat instant ni dengan ketupat asli. Walaupun begitu, pasti ketupat asli yang jadi pilihan kalau aku diberi chance buat pilihan. Sebabnya adalah, ketupat asli mempunyai bau yang lebih harum dan wangi. Selain dari itu, ketupat asli lebih mudah pecah dalam mulut dari ketupat instant yang lebih compact kerana dibaluti plastik. Tapi, kalau ketupat asli takdalah kan, ketupat instant pun aku Ngap jugaklah.

Hari ni, aku menziarahi nenek aku. Umur dia dah menjangkau 80-an tahun dan bila aku sampai ke rumahnya, dah agak lewat jugak. Aku last to arrivelah. Dengan katmuka sardin, aku masuk ke rumah makcik a Bedok North. Nenek aku ni seseorang yang penting dalam hidup aku dan seseorang yang dekat di hati. Dia yang mengasuh aku dari lahir sehingga umur aku lima tahun. Maklumlah, aku anak yang ketiga dari empat beradik dan parents aku pada masa tu menghadapi kesusahan nak hantar dan ambik aku balik ke rumah setiap hari. Jadi, dorang hantar aku hari minggu dan ambik aku hari jumaat petang. Ini semua ada side effect pada kemesraan aku kepada parents aku dan nenek aku. Aku lebih mesra dengan nenek aku dan bagi korang-korang yang membaca ni, aku nasihatkan korang supaya apabila ada anak nanti untuk rapat dengan anak korang for the first 6 years. Itu adalah masa-masa yang penting dalam development dorang dan kalau tak jaga dengan betul, susah dibuatnya nanti.

Nenek aku dah penat bila aku dah sampai. Tapi dia act cool dan layan aku seperti biasa. Setiap tahun dia akan bagi aku duit hari raya walaupun aku dah tak sepatutnya menerima duit tu lagi. Tapi, ini adalah syarat dan berkat kata dia. Aku kasi dia dulu duit raya dan dia akan kasi aku pulak lepas tu. Give and take lah katakan. Duit hari raya yang dia berikan tak pernah aku belanja. Aku simpan semua duit tu buat kenangan. Aku harap untuk interview nenek aku nanti tentang pengalaman hidupnya selama ini membesarkan anak-anak dia (13 kesemuanya, termasuk ibu aku) sejak datuk aku meninggal dunia beberapa minggu selepas pulang dari mengerjakan ibadah haji (Ada cerita kat sini yang agak sedih dan mengharukan.)

Banyak benda yang boleh kita pelajari dari pengalaman nenek aku. Walaupun usia dia telah meningkat, nenek aku mempunyai peringatan yang kuat dan sihat. Aku rasa ini adalah berkat dia membaca Kitab suci setiap hari. Memang ada juga hadis yang mengatakan bahawa seseorang itu tidak akan hilang peringatannya jika dia terus membaca Al-Quran.

Happy aku hari ni kerana dapat berjumpa dengan sanak saudara semua dan nenekku yang tersayang. Aku harap korang pun dapat menyambut Hari Raya Aidil Adha dengan meriah dan menyenangkan.

-Salam Aidil Adha-

Leave a Reply

Subscribe to Comments?

Ad Spot Ad Spot Ad Spot

SUBSCRIBESINI

:
:

Informasi TerGerek Menuju Ke Arah Kejayaan

RECENTPOSTS

MYARCHIVE

  • ------------------ JAM DINDING ------------------


  • Free shoutbox @ ShoutMix

    Pembaca Setia. Inilah dia members-members aku yang paling cool dan gerek yang datang untuk membaca blog 24Tujuh!Recent Readers

    Desigual 1

    Desigual 2

    Desigual 3

    jeremy ville 3

    jeremy ville 2