Blog ini berkisahkan...

Cerita-cerita semut, harimau dan binatang-binatang liar. Ketahuilah macam mana semut dengan berbekalkan semangat yang kuat dan sikap bekerjasama yang hampir perfect dapat menjatuhkan harimau yang tidak bertaring tapi lidah bercabang. Kalau nak tahu cerita sebenar, teruskan baca blog ni.

Sebenarnya,...

Ishykiel ingin berkongsi dengan korang semua, informasi terkini mengenai personal finance, internet marketing dan internet business, teknologi, self development dan lain-lain lagi untuk semua yang sudi menerima. Of course, do so at your own risklah. -Ahakz-

Nanti Tak akan Tiba

Nanti“Nanti” adalah suatu perkataan yang popular. Yang aku rasa selalu digunakan apabila ada benda yang perlu kita buat tetapi agak malas nak lakukan kerana sebab-sebab yang tertentu. Aku sendiri pun selalu pakai perkataan ni semasa aku kecik-kecik dulu. Bila emak aku suruh pergi kedai beli barang atau pergi pasar yang agak jauh dimana aku perlu naik basikal dan kayuh selama 10 minit, aku akan selalu menggunakan perkataan “nanti”. Aku akan kata. “Nanti eh ibu, Is nak tengok TV kejap”. Tapi, sejak kebelakangan ini, aku ada duduk terfikir tentang perkataan ni. Aku rasa perkataan “Nanti” ni kalau digunakan selalu dalam situasi sekarang, akan melemahkan aku dan akan membuat aku tertinggal ke belakang. These days, aku suka gunakan perkataan “Sekarang” dan jarang-jarang gunakan perkataan “Nanti”.

Korang tahu tak amacam mana nak bezakan antara orang yang berjaya dengan orang yang kurang berjaya? Cara paling senang untuk membezakan orang yang berjaya dan yang kurang berjaya adalah dari penggunaan bahasa dia. Kalau kau berbual dengan orang yang berjaya tentang matlamat dia, dia akan memberitahu korang tentang matlamat dia atau “goals” dia dan akan memberitahu korang apa dia akan lakukan untuk mencapai matlamat dia tu. Tapi, kalau korang berbual dengan orang yang kurang berjaya, korang akan mendapati bahawa dia selalunya tak ada matlamat yang kukuh dan kalau dia ada matlamat pun, dia akan beritahu korang dengan bunyi begini, “Nanti bila tiba masanya, aku akan buat …..”. Dia akan memberi bermacam-macam alasan untuk tidak membuat sesuatu atau untuk mengadakan matlamatnya sendiri dan akan mencari walaupun satu alasan untuk mengcoverkan sifat negatif dia tu.

Yang sedihnya, banyak dari kawan-kawan aku yang bersifat begini. Dorang kalau boleh tak nak buat apa-apa yang baru dan dorang kalau boleh nak hidup secara relaks dan kalau boleh tak nak apa-apa stress pun. Asalkan dorang ada pekerjaan dan dapat makan gaji tiap bulan, dorang dah happy. Itu sebablah, ramai orang-orang yang berbangsa lain label kita orang Melayu sebagai easily contented. Dan aku sendiri pernah mendengar dorang mengatakan yang orang kita ni mempunyai “Poor Mentality”. Aku tak suka dengar ni semua dan aku secara tersendiri telah membuat sesuatu untuk membuktikan pada diri aku sendiri dan juga pada bangsa-bangsa lain yang orang Melayu dan yang pentingnya orang Islam pun boleh berjaya dan pada masa yang sama melebihi pencapaian mereka semua. Ini, aku lakukan dengan meraih kejayaan melalui pembelajaran dan bisnes.

Semasa aku menjalani Honours Year dalam bidang sociology di NUS, 70 orang mahasiswa yang terpilih untuk mengambil kursus ini. Hanya 3 orang sahaja orang kita. Dalam 70 orang itu, satu akan mendapat 1st class honours. Yang 50% dari itu akan mendapat Honours Second Class Upper  dan yang setengah lagi akan mendapat Honours Second Class Lower. jadi, agak sengit competition untuk mendapat 2nd class upper. Aku pun terikut jugak dalam “peraduan” untuk mendapat yang terbaik. Untuk mendapat yang terbaik, aku terpaksa membuat perkara-perkara ni:

1. Tulis esei-esei bermutu dalam setiap module yang aku ambil. Sekurang-kurangnya, mendapat B+ bagi setiap esei aku dan cuba mendapat B+ atau A- sekurang-kurangnya untuk setiap paper yang aku duduki.

2. Hasilkan sebuah tesis yang bermutu berlandaskan research yang mendalam di perpustakaan dan juga field research di luar sana menggunakan quantitative dan qualitative methodologi berlandaskan konsep dan teori sosiologi.

Di atas inilah strategi aku semasa menjalani kursus Honours di NUS. Aku fokus pada matlamat aku iaitu untuk mendapat Grades yang terbaik untuk exams aku dan untuk menghasilkan thesis yang bermutu lagi menarik. Aku happy giler time belajar kat NUS pasal aku memang suka belajar dan meminati sociology. Aku rasa, kalau kita ada minat terhadap sesuatu benda, akan lebih mudah untuk kita mencapai kejayaan dalam bidang itu. Jadi, bagi korang semua yang masih belajar, pilihlah kursus yang korang minati. Kalau korang masih dalam sekolah menengah dan tak ada banyak pilihan dan terpaksa mengambil sesebuah subjek, jangan sesekali gunakan alasan tak minat dalam seseatu subjek untuk gagal dalam subjek itu.

Rahsia kejayaan bagi aku adalah untuk meruntuhkan segala alasan yang mengelilingi kita dan cuba sedaya upaya untuk mengambil langkah-langkah yang tertentu untuk mencapai kejayaan. Kalau nak “Take Action”, take action NOW! Sekarang! Bukan Nanti.
Akir- akhirnya, aku berjaya mendapat ijazah Honours in Sociology 2nd Class Upper. Grades aku on average untuk exam adalah B+ dan thesis aku pun telah dibaca dua orang professor. Yang satu faham dan suka dengan thesis aku tetapi yang satu lagi pulak tak begitu faham thesis aku dan hampir-hampir kasi aku B-. Tapi, thesis advisor aku Dr Appold, seorang pensyarah org putih dari Amerika Syarikat dapat menunjukkan kepadanya mengapa argument dalam thesis aku tu make lots of sense. Nasib baik dia boleh accept argument aku di dalam thesis tu dan aku pun dapat ijazah yang aku idam-idamkan. Kalau korang nak tahu apa tajuk thesis aku, ah ini dia, “Systems Analysis of the Aquaworld”.

Senang cakap, thesis ni tentang industri perikanan, tropical fish keeping, dan bagaimana inovasi dalam bidang ini dapat dilahirkan melalui pengalaman peminat ikan yang aku term as “Flow in Experiential Consumption”. Aku pun terangkan bagaimana  keindahan ikan dapat mencetuskan pengalaman yang indah dan meninggalkan kesan pada sanubari pemilik ikan itu. Ikan sebagai “Destressor” telah berjaya mengadakan sebuah industri yang sentiasa berubah-ubah mengikut trend yang dikuasai pemilik ikan itu sendiri. Korang ingat trend ikan Luo Han? Trend tu dah tak ada lagi sekarang dan ikan Luo han pun dikenali sebagai ikan longkang sekarang. kesian nasib ikan ni eh? dulu diagung-agungkan. Sekarang dibuang-buang. Fenomena ini adalah sesuatu yang dapat mengajar kita sesuatu. Mungkin di lain postlah eh.

Jadi, balik kepada perkataan “Nanti”.”Nanti” berlawan dengan perkataan “Sekarang”.Kalau kita nak berjaya dalam hidup kita, adakan satu matlamat dan cita-cita. Ini sesuatu yang penting sekali kerana matlamat dan cita-cita berbeza dengan impian. Matlamat dan cita-cita besertakan pengambilan langkah-langkah yang tertentu (Action) akan mendekatkan kita kepada kejayaan sedangkan impian adalah sesuatu yang hanya berada di awang-awangan dan tidak disertakan dengan pengambilan langkah-langkah yang tertentu.

Jadi, aku syorkan pada korang semua untuk mengadakan matlamat dan cita-cita besertakan Action plan. Selepas itu, kerjakan plan itu dengan bersungguh-sungguh. Jangan lupa untuk reassess plan itu setelah berlalunya waktu. Kadang-kadang, kita kena rebalance matlamat kita dan juga proses-proses yang telah kita sediakan. Yang penting, jangan takut membuat perubahan dan sentiasa flexible dalam mengambil pendekatan.

Lagi satu, cuba jangan begitu tertarik dan rapat dengan orang-orang yang bersifat negatif dan bercampur gaullah dengan orang-orang yang mempunyai mentaliti yang positif dan sering mencabar diri-diri mereka sendiri untuk mencapai yang terbaik. Maklumlah, kalau kita berkawan dengan penjual ikan, berbau hamis, kalau kita berkawan dengan si penjual minyak wangi, berbau wangilah kita.  Maksud aku di sini, pandailah memilih kawan kerana tersalah memilih kawan boleh menjadi lawan lak nanti.

Ingat ya. Gunakan energi korang semua untuk membuat sesuatu “Sekarang” dan elakkan Alasan dan “Nanti” dari menguasai hidup korang semua.

-Ahakz-

Leave a Reply

Subscribe to Comments?

Ad Spot Ad Spot Ad Spot

SUBSCRIBESINI

:
:

Informasi TerGerek Menuju Ke Arah Kejayaan

RECENTPOSTS

MYARCHIVE

  • ------------------ JAM DINDING ------------------


  • Free shoutbox @ ShoutMix

    Pembaca Setia. Inilah dia members-members aku yang paling cool dan gerek yang datang untuk membaca blog 24Tujuh!Recent Readers

    Desigual 1

    Desigual 2

    Desigual 3

    jeremy ville 3

    jeremy ville 2