Selamat Tahun Baru Semua!
Sebelum terlalu terlambat, aku rasa lebih baik aku ucapkan korang semua Selamat Tahun Baru. Tahun baru ni, aku harap, aku dapat memanfaatkan semua orang yang membaca blog ini. Aku tahu kadang-kadang aku lambat update blog ini tapi apa nak buat, banyak kerja lain yang aku buat selain dari blog ni dan kadang-kadang aku simpan benda yang aku nak share dengan korang buat masa-masa yang lebih sesuai.
New Year’s Eve, aku duduk dengan emak dan bapak aku sambil berbual. Berbual panjang jugak dan banyak jugak berbual tentang agama. Aku berterima kasih pada mereka ni kerana sering mengingatkan aku tentang agama supaya aku tak tersasar jauh dengan keduniaan sahaja.
Aku pun kadang-kadang rasa yang aku belum membuat yang terbaik dalam ibadah dan banyak yang boleh diperbaiki. Aku rasa korang pun kadang-kadang duduk terfikirkan betapa susahnya untuk mengimbangi dunia dan akhirat. mengintegrasikan kedua-duanya dalam kehidupan kita ni kadang-kadang menjadi semakin sukar kerana terdapat banyak distraction di sekeliling kita. Apa lagi dengan adanya internet ni. Macam-macam yang kita boleh buat apabila berada di depan screen komputer. Jadi, tahun ni, aku rasa aku nak cuba better balance the demands of dunia dan akhirat. Aku akan cuba mencari ilmu di dalam kedua-dua bidang dengan lebih giat lagi dan juga akan cuba tak melupakan orang-orang penting di sekeliling aku, lebih-lebih lagi apabila terlalu asyik membuat benda-benda yang sering aku lakukan iaitu, stock dan economic research, graphic designing, internet business, offline business dan macam-macam benda lagilah.
Aku ni kadang-kadang ada banyak idea untuk membuat sesuatu, tapi masa tak mencukupi dan sering aku hadapi situasi di mana aku kena prioritize dan memberi keutamaan kepada benda-benda yang mengelilingi hidup aku.
Aku pun sering mencari bakat-bakat terpendam di kalangan masyarakat Melayu Singapura ni untuk bertukar-tukar idea dan saling bantu membantu. Tapi, seringkali aku hadapi individu yang cepat mengaku kalah dan tidak ada daya ketahanan untuk membuat sesuatu sehingga berjaya. Aku pernah baca sebuah buku oleh Richard Templar berjudul “The Rules of Wealth”. Dia ada mengatakan bahawa kalau kita nak berjaya dalam kehidupan, kita perlu PAY UPFORNT.
Maksud dia adalah, senang cakap, kalau nak berjaya, kita kena bayar dululah. Bayar dengan apa? Bayar dengan masa, usaha, tenaga, ketekunan dan benda-benda lain yang perlu kita berikan sehingga tercapai matlamat dan terasa kejayaan yang ingin kita kecapi. Tapi, masalah utama orang-orang kita adalah, kita ni selalu fikir SHORT TERM dan sering hendakkan sesuatu secara INSTANTANEOUS. Kita harapkan sesuatu yang kalau boleh berikan pulangan yang serta merta dengan apa yang kita telah berikan dari segi masa, usaha dan lain-lain lagi. Kerana SHORT TERM Mindset kita inilah, banyak orang-orang kita yang tak dapat mencapai kejayaan yang mereka impikan. Setakat impian sahajalah yang mereka dapati.
Jadi, untuk berjaya dalam kehidupan kena ada RISKlah dan juga keberanian yang sangat kental. Berani bukan sahaja untuk Berjaya tetapi untuk juga Gagal kerana dari sesebuah kegagalan itu jugaklah, kejayaan itu akan timbul dan seringkali dari arah yang tak diduga.
Aku harap. korang semua yang baca blog ini akan menjadi roang-orang yang berjaya di dunia dan di akhirat, bukan sahaja tahun 2008, tapi untuk mencapai kejayaan yang berkekalan.
Sebelum aku akhiri post ni, aku ada tulis mengenai Stock Pick aku untuk tahun 2008 di Bursa saham New York. Tengoklah sendiri post My Stock Pi









Leave a Reply