Ciri-ciri yang Boleh Memusnahkan Seorang Usahawan
Kat tangan aku sekarang adalah sebuah buku yang berjudul SunZi’s Art of War. Kalau korang nak tahu, si SunZi ni adalah seorang pahlawan (General) yang unggul dan bukunya “SunZi’s Art of War” ni telah ditulis 2500 tahun dahulu dan yang menarik perhatian aku kepada buku ni ialah falsafah-falsafah yang terkandung di dalam buku ini dan bagaimana ia boleh digunakan untuk membantu seseorang membina sebuah perniagan yang kukuh dan sekaligus menjadi seorang usahawan yang berjaya.
SunZi mengatakan bahawa “Pengetahuan yang mendalam tentang diri sendiri dan tentang musuh-musuh kita adalah rahsia mencapai kejayaan”. Jadi kita semua harus mengetahui diri kita masing-masing, kekuatan dan juga kelemahan yang ada. Pada pendapat aku pulak, kita harus pelajari cara-cara mengenal diri kita sendiri. Cara untuk mengenal diri sendiri adalah dengan mengenal ciri-ciri yang ada pada semua manusia. Dalam agama Islam, bidang Tasauf yang mengajar ilmu ini dengan begitu mendalam dan mengajar kita untuk mengenal diri kita sendiri sebelum mengenal Tuhan. Kata-kata ni semua mempunyai makna yang mendalam dan untuk aku menghuraikannya agak payah dan aku rasa tak layak untuk menerangkan perkara-perkara kerohanian. Apa yang aku tahu adalah bidang Tasauf ada mengajar kita tentang ciri-ciri yang buruk dalam diri kita dan juga mengajar kita ciri-ciri yang baik yang perlu kita adakan dalam diri. Jadi, aku ada duduk terfikir sama ada si SunZi ni ada belajar tasauf pada masa tu. Tak mustahil kan?
Aku pun dapat tahu jugak bahawa orang Jepun teleh menggunakan buku ni beratus tahun dahulu. Seorang pakar ilmu Jepun yang bernama Kibino Makibi telah melawat negeri Cina pada tahun AD716 dan selepas 19 tahun belajar di sana, dia telah pulang ke negeri asalnya Jepun dan membawa berbagai khazanah ilmu, termasuk manual SunZi ni ke tanah Jepun. Para cerdik pandai di Jepun terus mengkaji buku ni dan telah menghasilkan sebuah buku yang menterjemahkan buku SunZi dan juga memberi analisis dari perspektif orang-orang Jepun. Nama buku itu adalah “The Values of Sunzi’s Art of War in Modern Society”. Kalau korang ada masa, korang boleh mendapatkan buku ini kat perpustakaan ataupun di kedai-kedai buku seperti Kinokuniya dan Borders.
Setelah membaca buku ni, aku tertarik dengan topik ni, iaitu “Ciri-ciri yang boleh memusnahkan seoarang usahawan”. Aku tertarik pada topik ni kerana aku merasakan diri aku ni seperti seseorang seorang usahawan yang dalam perjalanan dan aku pun harus menempuhi berbagai halangan dan kegagalan. Inilah 3 ciri yang telah diperkatakan Sunzi:
- Seseorang yang CUAI(reckless) mudah dibunuh.
- Seseorang yang PENGECUT(cowardly) mudah ditangkap.
- Seseorang yang CEPAT MARAH mudah diperkecilkan (Insulted)
Dari sini, aku pelajari yang kita tak harus cuai dalam menjalankan perniagaan kita ataupun dalam membuat sebarang pekerjaan. Kalau dalam perniagaan kita cuai, mudahlah untuk pesaing-pesaing kita mencari jalan untuk menerpa ke hadapan sedang kita cuai dan akhirnya membaham kita keseluruhannya. Dalam bidang perniagaan, ia dipanggil company takeover. Company yang lebih besar selalunya membeli saham dan shares company yang merupakan pesaing mereka apabila company pesaing menjadi lemah dan sekaligus mendominasi keseluruhan pasaran tersebut.
Pengajaran kedua pulak menekankan bahawa kita tak boleh mempunyai ciri-ciri seorang pengecut. Dalam agama kita pun ada mengajar kita untuk tidak menjadi seorang yang pengecut. Jangan jadi lelaki dayus oi! Aku rasa ciri ini adalah sesuatu yang penting pasal kalau korang menampakkan diri korang seperti seorang pengecut, senang untuk orang lain makan korang. Yang penting, kita menunjukkan yang diri kita ni FIRM tetapi FLEXIBLE. Tak perlulah kita nak tunjuk berani aje tak tentu pasal, kerana orang lain pun akan tengok kita semacam je kalau kita berkelakuan macam tu. So yang penting, remain relaks, firm dan in control pada setiap masa. Jangan give in terlalu cepat dan jangan membuat sesuatu decision kerana dipaksa orang lain.
Pengajaran yang ketiga pulak adalah tentang sifat CEPAT MARAH. Ciri ini aku rasa perlu dikikis. Kalau kita dalam keadaan marah, bolehkah kita berfikir secara rasional dan logical? Tentu tak boleh kan? Pasal apa? Pasal nak layan kemarahan kita yang meluap-luap. Bapak aku sendiri pernah cakap dengan aku, “Dalam macam mana keadaan pun, remain calm and composed dan jangan sekali-kali tunjukkan kemarahan kerana itu hanya menunjukkan kelemahan kita.” Aku berterima kasih pada bapak aku kerana mengajar aku benda ni pasal aku gunakan abis-abis masa kat Army dulu dan walaupun kena maki berbakul-bakul, aku relak aje. Sampai sekarang aku masih gunakan pengajaran ni dan apabila aku bertemu dengan orang yang cepat marah, aku hanaya akan tersenyum je. Kenapa? Pasal aku tahu, orang tu telah menunjukkan kelemahan dia pada aku dan ia juga menunjukkan betapa ceteknya kematangan orang itu. Percayalah cakap aku, aku dah beberapa kali terjumpa orang macam ni. Dorang ingat yang dorang ni nak tunjuk diri dorang ni macho dan fierce, padahal apa yang mereka tonjolkan adalah kelemahan mereka sendiri.
Oklah braders and sisters semua, aku rasa sampai di sini ajelah post aku buat kali ni. Aku harap korang dapat mempelajari dari post aku ni dan gunakanlah ilmu yang ada untuk mencapai kejayaan untuk diri korang, bangsa dan negara ok.
Salamz!
-Ahakz-









Leave a Reply