Blog ini berkisahkan...

Cerita-cerita semut, harimau dan binatang-binatang liar. Ketahuilah macam mana semut dengan berbekalkan semangat yang kuat dan sikap bekerjasama yang hampir perfect dapat menjatuhkan harimau yang tidak bertaring tapi lidah bercabang. Kalau nak tahu cerita sebenar, teruskan baca blog ni.

Sebenarnya,...

Ishykiel ingin berkongsi dengan korang semua, informasi terkini mengenai personal finance, internet marketing dan internet business, teknologi, self development dan lain-lain lagi untuk semua yang sudi menerima. Of course, do so at your own risklah. -Ahakz-

3 Perkara yang Penting dalam Sesuatu Negosiasi (Negotiation)

Dalam arena perniagaan sehingga ke arena menjual beli, kita sering menghadapi situasi di mana kita perlu mengadakan sesuatu negosiasi atau dalam bahasa inggeris, Negotiation. Yang boleh aku katakan ialah, semua orang mempunyai falsafah negosiasi di dalam diri dorang walaupun kadang-kadang dorang sendiri tak sedari tentang keberadaan benda tu.

Bagi sesetengah orang, falsafah negosiasi dia adalah untuk menang lebih sebelum deal itu dapat dipersetujui. Selagi dia tak menang lebih, selagi tu dia tak akan mengalah. Ini adalah cara Donald Trump kalau korang nak tahu. Donald Trump dalam buku dia “Think Big” ada mengatakan bahawa kalau dia tak menang lebih atau meraih sesuatu yang melebihi daripada sesuatu deal atau perjanjian, dia tak akan meneruskan perjanjian atau deal berkenaan. Bagi aku, Donald Trump bolehlah buat cam tu pasal kalau dia menang lebih dan kita menang sikit pun, yang pastinya untung yang diraih Donald Trump dan sesiapa yang membuat deal dengan dia pasti akan mendapat keuntungan yang besar dan bukan syiling-syiling dalam laci. :p

Tapi aku nak share dengan korang 3 perkara dalam sesebuah negosiasi yang terpaling penting. Benda ni simple abis dan senang untuk korang ikut. Bagi aku 3 perkara terpenting dalam sesebuah negosiasi ialah:

1. Adakah aku suka dan berkenan dengan orang yang bernegosiasi dengan aku itu?

2. Adakah orang itu suka atau berkenan dengan aku?

3. Sukakah aku kepada idea yang dibincangkan?

Ha. Itulah 3 perkara yang akan aku persoalkan dalam sesebuah negosiasi. Yang penting, aku mesti berkenan dengan orang yang berdiskusi dengan aku. Kalau aku tak berapa berkenan dengan dia, aku rasa lebih baik kita jangan teruskan perancangan yang telah dibincangkan. Orang itu pun mesti berkenan dengan aku dan cara-cara aku. Kalau tak, pasti deal itu tak akan menjadi. Akhir sekali, baru aku tanya diri aku samada aku suka akan idea yang dibincangkan.

Selalunya, orang akan memberi fokus kepada perkara ketiga, iaitu projek dan idea yang dibincangkan. Tapi pada aku, dalam semua projek yang berjaya, mesti ada dinamisme antara peserta-peserta projek. Kalau tak ada, jangan buang masa. Lebih baik pergi library baca majalah Gila-gila. :p

Human elements atau perkara-perkara yang bersangkutan dengan emosi manusia ni tersangatlah penting. Kalau kita nak orang sensitif pada kita, kita juga harus sensitif pada orang lain. Mutual respect mesti ada.

Aku dah beberapa kali terjumpa orang yang berbincang tentang idea-idea yang best-best untuk sesuatu projek atau bisnes tapi kadang-kadang aku rasa dorang ni lupa atau tak tahu yang sebenarnya projek yang dorang bincangkan tu dah gagal sebelum ia bermula kerana diri mereka ni sebenarnya belum bersedia untuk bekerjasama dengan orang lain. Dinamisme tidak ada dan emotional intelligence pulak kurang. Bukanlah aku nak cakap aku ni bagus sangat. Aku mengaku yang aku punĀ  sentiasa mencuba pertingkatkan diri dalam bidang yang dipanggil “Effective Human Communication and Interaction” yang sebenarnya adalah satu kunci kejayaan.

Kenalilah diri kita dan setelah itu cuba kenali orang lain dan fahami kehendak dan keperluan mereka. Ingat, mesti ada mutual repect. kalau ni takde, jangan teruskan partnership atau projek tu.

Harap apa yang aku katakan kat sini merupakan secebis ilmu yang dapat memanfaatkan korang.

-Ahakz-

Leave a Reply

Subscribe to Comments?

Ad Spot Ad Spot Ad Spot

SUBSCRIBESINI

:
:

Informasi TerGerek Menuju Ke Arah Kejayaan

RECENTPOSTS

MYARCHIVE

  • ------------------ JAM DINDING ------------------


  • Free shoutbox @ ShoutMix

    Pembaca Setia. Inilah dia members-members aku yang paling cool dan gerek yang datang untuk membaca blog 24Tujuh!Recent Readers

    Desigual 1

    Desigual 2

    Desigual 3

    jeremy ville 3

    jeremy ville 2