Blog ini berkisahkan...

Cerita-cerita semut, harimau dan binatang-binatang liar. Ketahuilah macam mana semut dengan berbekalkan semangat yang kuat dan sikap bekerjasama yang hampir perfect dapat menjatuhkan harimau yang tidak bertaring tapi lidah bercabang. Kalau nak tahu cerita sebenar, teruskan baca blog ni.

Sebenarnya,...

Ishykiel ingin berkongsi dengan korang semua, informasi terkini mengenai personal finance, internet marketing dan internet business, teknologi, self development dan lain-lain lagi untuk semua yang sudi menerima. Of course, do so at your own risklah. -Ahakz-

Citra Seorang Pemimpin

Hari-hari bila aku baca surat khabar, pasti ada berita tentang ketua-ketua atau pemimpin-pemimpin yang mengetuai pelbagai institusi, syarikat atau negara. Tapi, berita yang aku dapat tentang mereka ni kadang-kadang bukanlah berita-berita yang baik tetapi berita tentang pemimpin yang telah melakukan sesuatu yang bukan sahaja memalukan diri mereka sendiri tetapi memalukan negara dan bangsa.

Di post ini, aku nak cakap sikit tentang kepimpinan dan bagaimana kepimpinan ni sebenarnya merupakan kebolehan seseorang untuk melakukan yang terbaik bagi dirinya dan orang-orang yang dipimpin.

Kalau kita tanya orang ramai tentang ciri-ciri yang harus ada pada seseorang ketua, kita akan dapati bahawa ciri-ciri yang disuarakan semuanya ciri-ciri yang murni. Kita biasa dengar yang seorang ketua seharusnya mempunyai kelebihan dari pengikut mereka seperti kepintaran, kebolehan berfikir secara analitikal, kebolehan memotivasikan orang ramai dan bermacam-macam lagi ciri-ciri yang mulia. Tapi, soalannya, bolehkah seorang pemimpin yang berhati murni dan penuh kemuliaan survive dalam sekitaran moden yang kita alami sekarang? Adakah seseorang pemimpin itu harus mengikut cara-cara yang kurang bermoral untuk berjaya?

Nak jawab soalan ni memang susah. Tapi aku dapat rasakan sesuatu yang sedang berlaku secara leluasa pada ketika ini di sesetengah institusi. Orang yang jadi ketua organisasi tersebut kadangkala kurang kebolehannya memimpin tapi lebih berkebolehan sebagai seorang administrator dan manager. Mereka berkebolehan dari segi menjalankan tugas mereka supaya sesuatu organisasi itu terus kukuh dan berdiri. Tetapi, ini berlaku dengan mengorbankan beberapa perkara yang seringkali mengongkong sesebuah organisasi itu untuk terus berinovasi dan terus maju ke hadapan. Yang teruk lagi adalah pemimpin yang memikirkan diri mereka sendiri lebih dari orang-orang yang sepatutnya dia bantu.

Aku rasa, tak salah untuk seseorang ketua itu untuk terus menonjolkan dirinya sebagai seseorang yang baik dan budiman, walaupun dalam keadaan yang agak competitive sekarang. Memang susah sebenarnya untuk membahagiakan semua orang di sekeliling kita ni. Manusia ni sebenarnya tersangatlah kompleks.

Tetapi, kita juga harus ingat bahawa manusia secara keseluruhan agak similar dalam pelbagai perkara. Semua orang nak bahagia. Betul tak? Perbezaannya terletak kepada apa yang membuat seseorang itu bahagia. Jikalau seorang ketua atau pemimpin dapat memastikan apa yang diingini oleh pengikutnya dan dia pula dapat memberikannya kepada pengikutnya, pasti pemimpin tersebut akan terus mendapat sokongan padu dan kuat dari kebanyakkan pengikutnya.

Bagi aku, citra seorang pemimpin adalah kelebihannya untuk membahagiakan semua pihak yang bekerja dengannya tanpa menyinggung mana-mana pihak. Ia juga temasuk kelebihan seseorang pemimpin berkomunikasi kepada semua secara natural dan efektif. Dia harus pandai menjaga hati orang-orang di sekelilingnya tanpa melihatkan dirinya sebagai seseorang yang lemah pendirian.

Sebenarnya, banyak lagi yang boleh diperkatakan tentang kepimpinan dan citra seorang pemimpin berjaya. Yang penting, jika anda seorang ketua, berlaku adillah kepada semua yang bekerja dengan anda dan jangan sesekali cuba mempergunakan seseorang dan menaruh niat yang jahat kepada sesiapa pun. Jika tidak ada orang yang ingin mengikuti kita di belakang, pemimpin apakah itu?

-Ahakz-

Leave a Reply

Subscribe to Comments?

Ad Spot Ad Spot Ad Spot

SUBSCRIBESINI

:
:

Informasi TerGerek Menuju Ke Arah Kejayaan

RECENTPOSTS

MYARCHIVE

  • ------------------ JAM DINDING ------------------


  • Free shoutbox @ ShoutMix

    Pembaca Setia. Inilah dia members-members aku yang paling cool dan gerek yang datang untuk membaca blog 24Tujuh!Recent Readers

    Desigual 1

    Desigual 2

    Desigual 3

    jeremy ville 3

    jeremy ville 2