Blog ini berkisahkan...

Cerita-cerita semut, harimau dan binatang-binatang liar. Ketahuilah macam mana semut dengan berbekalkan semangat yang kuat dan sikap bekerjasama yang hampir perfect dapat menjatuhkan harimau yang tidak bertaring tapi lidah bercabang. Kalau nak tahu cerita sebenar, teruskan baca blog ni.

Sebenarnya,...

Ishykiel ingin berkongsi dengan korang semua, informasi terkini mengenai personal finance, internet marketing dan internet business, teknologi, self development dan lain-lain lagi untuk semua yang sudi menerima. Of course, do so at your own risklah. -Ahakz-

Mempelajari Cara-cara melabur dalam Saham

Sejak beberapa minggu ni, aku lihat pasaran saham semakin menurun. Ramai yang takut hendak membuat pelaburan sekarang kerana keadaan pasaran yang tidak menentu dan kemungkinan Amerika syaikat terjerumus ke dalam recession dan menghadapi kemerosotan ekonomi. Dengan kemerosotan ekonomi Amerika, tentu sekali ekonomi-ekonomi lain seperti ekonomi Asia, Eropah dan lain-lain ekonomi akan turut terjejas.

Walau macam mana pun, seseorang pelabur yang pintar dan yang berpengetahuan tentang pelaburan, pasti dapat memanfaatkan sebarang keadaan, samada keadaan pasaran yang meningkat (Bullish) ataupun yang menurun (Bearish). Pada pendapat aku, pasaran sekarang sedang memasuki Bearish cycle. Tahun-tahun yang lepas telah menampakkan kenaikkan pasaran dan mendatangkan keuntungan kepada ramai pelabur. Bagi aku, apa yang naik akan turun. Itu adalah peraturan semulajadi yang pasti. baik bagi pasaran saham sehingga ke hartanah (Property). Memang kita melihat kenaikkan harga hartanah sekarang di Singapura, tapi masanya akan adatang di mana harga hartanah di Singapura akan melihat penurunan juga. Agak aku dalam tahun 1011 gitu (Agak je tau).

Jadi, kita boleh membuat keuntungan dalam pasaran yang naik danjuga turun? Best kan tu? Jawappannya adalah ia. Memang kita boleh memanfaatkan diri kita dalam pasaran yang meningkat dan menurun. Apabila pasaran meningkat, dalam istilah Inggeris, kita “Go Long” atau kita membeli saham dan menyimpannya buat seberapa waktu dan melihat pelaburan kita itu berbuah. Tapi, dalam keadaan pasaran menurun, macam mana pulak? Kalau keadaan pasaran menurun, kita “Go Short”. Kita beli CFD (Contracts for Difference) atau Options yang membolehkan kita mendapat peluang membuat keuntungan. Untuk mempelajari lebih tentang CFDs, sila pergi ke lelaman SaxoTrader dan untuk Options pula, sila pergi ke lelaman web OptionsXpress. Kedua-dua website ini membolehkan korang membuat investment menggunakan “Leverage”.

Tapi, aku mesti ingatkan korang yang CFD dan Options ni boleh mendatangkan korang keuntungan yang berlipat kali ganda dan juga risiko kerugian yang sebegitu banyak juga. Sebab itulah, orang Melayu kita banyak tak kaya. Pasal apa? Pasal, kebanyakkan mereka tak mahu ambil sebarang risiko. Takut rugilah nak kaatakan. Sebenarnya, semua orang takut rugi tapi jikalau kita takut ambik risiko, janganlah kita merungut jikalau kita lihat orang lain meraih keuntungan pada masa-masa ekonomi menaik dan juga menurun. Bagi aku, kita tak harus takutkan risiko tapi kita harus cari cara untuk mengurangkan risiko. Itu pada aku tersangat penting.

Jadi, macam mana untuk kita menurangkan risiko? Untuk kita mengurangkan risiko atau “Manage Risk”, kita haru mencari ilmu danmelengkapkan diri kita dengan pengetahuan yang boleh membantu kita lihat ke hadapan. Ini bukan menelik cik Kak, cik abang oi, tapi ini dinamakan “Forecasting” dengan membuat analisis menggunakan data yang ada sekarang dan Tools yang dapat membantu kita membuat keputusan yang lebih baik dan menguntungkan bagi diri kita.

Kat mana boleh kita pelajari ni semua? Yang paling senang dan murah, kita cari informasi di perpustakaan yang terdekat. Terdapat banyak buku di librari yang boleh membantu kita mendapat pengetahuan asas tentang pelaburan, ekonomi, perbankan dan lain-lain lagi. Aku sarankan yang korang baca buku-buku kat librari kerana aku pun pergi librari untuk mendapatkan informasi yang kadangkala pada aku susah untuk dinilaikan. Jadi, rajin-rajinlah pergi perpustakaan eh dan oh hampir aku terlupa, bacalah blog aku ni. :p

Kita juga boleh menghadiri kursus yang diadakan syarikat-syarikat setempat. Aku subscribe pada beberapa majalah pelaburan dan satu daripadanya adalah majalah Smart Investor. Majalah ini mudah difahami dan banyak memberi pendapat tentang keadaan ekonomi dan pasaran dari individu-individu yang bekerja secara professional di dalam industri perbankan dan kewangan. Satu syarikat tempatan yang ada mengajar kursus tentang bagaimana untuk melabur dan mencari keuntungan di dalam apa jua keadaan pasaran adalah TMT Dimension Pte Ltd. Mereka ada mengadakan kursus-kursus yang boleh membantu korang memahami cara-cara pelaburan dengan lebih baik lagi. Mereka juga mempunyai sebuah software yang bernama TRADAR. Tapi, lagi sekali aku ingatkan yang kalau boleh korang baca buku-buku di librari dan cuba mendapatkan ilmu pelaburan secara dasar sebelum korang sign up untuk kursus-kursus seperti ini. Korang juga boleh menghadiri kursus-kursus basic yang agak murah pembayarannya di SGXeshop.

Aku harap lebih ramai orang akan mencari ilmu yang sepatutnya mereka ada sebelum membuat sebarang pelaburan. Wang yang ada pada kita tu harus kita jaga dengan baik dan harus juga kita membiarkannya berkembang melalui pelaburan-pelaburan yang strategis dan dibuat berbekalkan informasi yang telah diteliti dan dianalisis.

Aku berharap, post ini telah memanfaatkan korang semua dalam mencapai kejayaan.

-Ahakz-

One Response to “Mempelajari Cara-cara melabur dalam Saham”

  1. kuehtiaw Says:

    hai..ak nk tanya ckit pasal bskl ni..blh bg tau ak ap itu indek..tq

Leave a Reply

Subscribe to Comments?

Ad Spot Ad Spot Ad Spot

SUBSCRIBESINI

:
:

Informasi TerGerek Menuju Ke Arah Kejayaan

RECENTPOSTS

MYARCHIVE

  • ------------------ JAM DINDING ------------------


  • Free shoutbox @ ShoutMix

    Pembaca Setia. Inilah dia members-members aku yang paling cool dan gerek yang datang untuk membaca blog 24Tujuh!Recent Readers

    Desigual 1

    Desigual 2

    Desigual 3

    jeremy ville 3

    jeremy ville 2