Seminar Technical Analysis MetaStock
Jumaat ni dan Sabtu ni (22nd Feb dan 23rd Feb) ada seminar tentang technical analysis saham dan komoditi. Aku akan hadir untuk seminar ni bersama dua orang kawan aku yang juga berminat untuk mengenali dengan lebih dekat lagi tentang selok belok pelaburan. Kalau korang berminat untuk belajar sedikit sebanyak tentang Technical Analysis, jemputlah hadir pada hari kat atas di Raffles Place, seminarnya percuma dan bolehlah jugak korang belajar macam mana orang baca graph dan price history of shares untuk membeli saham.
Untuk mendapat lebih maklumat tentang seminar ni, sila klik di sini: FREE MetaStock Seminar. Kalau nak sign up pulak, silalah klik di sini: Registerlah.
Bagi sesetengah pelabur yang melabur duit mereka dengan membeli saham direct daripada market, mereka menggunakan Technical Analysis yang dapat memberi mereka isyarat sama ada untuk beli atau jual sesuatu saham. Aku pun pakai technical analysis bila aku ingin buat sesuatu decision tentang pembelian dan penjualan saham. Itu adalah sebahagian dari apa yang aku lakukan sebelum membuat keputusan. Ada lain perkara yang perlu diambil kira juga.
Kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut tentang technical analysis, pergilah ke site ni: TASS.org
Terima kasih kerana membaca! Semoga kita semua boleh jadi kaya satu hari nanti. :p
-Ahakz-









Leave a Reply