Blog ini berkisahkan...

Cerita-cerita semut, harimau dan binatang-binatang liar. Ketahuilah macam mana semut dengan berbekalkan semangat yang kuat dan sikap bekerjasama yang hampir perfect dapat menjatuhkan harimau yang tidak bertaring tapi lidah bercabang. Kalau nak tahu cerita sebenar, teruskan baca blog ni.

Sebenarnya,...

Ishykiel ingin berkongsi dengan korang semua, informasi terkini mengenai personal finance, internet marketing dan internet business, teknologi, self development dan lain-lain lagi untuk semua yang sudi menerima. Of course, do so at your own risklah. -Ahakz-

Harga Emas Naik ke paras US$945 hari ni.

Harga emas naik lagi dan ini juga disusuli dengan kenaikan harga silver di paras US$17.40 per ounce. Aku rasa harga Silver akan naik ke paras US$19.00 tak lama lagi kerana harga Silver selalunya akan mengikut harga emas dan perhubungan mereka diambil kira dengan menggunkan Gold-Silver ratio.

Kalau ratio ni semakin meningkat, ia menunjukkan harga emas yang naik dengan lebih banyak dari segi peratusan dari Silver. Kalau ia berkurangan, ia selalunya menunjukkan kenaikkan harga Silver yang lebih cepat dari emas. Selalunya, para pembeli dan penjual emas dan silver akan jual silver dan membeli emas jika gold-silver ratio berkurangan kerana selepas kenaikkan harga silver, selalunya akan disusuli dengan kenaikkan harga emas pula.

Pada post aku yang lalu “Harga Emas“, pada tanggal 27 Desember, aku menulis tentang harga emas yang telah mencecah US$827.80. Kalau korang membeli emas masa tu dan menyimpannya,korang dah pun kaup untung sebanyak lebih sedikit dari 10%. Not bad kan? Lebih dari apa yang bank kasi dengan interest yang pada aku agak sedikit dan tidak boleh membantu kita dari proses kemiskinan akibat kesan-kesan inflasi.

Harga minyak pun telah naik dan melepasi paras US$100. Ini buat aku macam nak jual kereta aje dan naik bas.Tapi, susah pulak aku nak travel sana sini nanti. Jadi, aku rasa aku akan kurang travel jauh-jauh kalau tak ada sebab-sebab penting dan mustahak. Tapi aku rasa kalau macam gini hidup ni aku asyik dibelenggu dengan tidak kecukupan wang. Jadi marilah kita sama-sama cari jalan untuk mempertingkatkan ilmu, mempertingkatkan daya penghasilan kita sendiri dan cuba mencari rezeki yang halal.

Bila aku jumpa cara-cara best untuk mencari rezeki, aku akan share dengan korang semua. Sekarang, aku kena pergi attend seminar Ewen Chia, tentang internet marketing.

-Ahakz-

2 Responses to “Harga Emas Naik ke paras US$945 hari ni.”

  1. Fik Says:

    Nampak macam harga emas tak tahu bila nak stoplah. Sampai bila harga emas boleh naik Ardy?

  2. Ishykiel Says:

    Aku rasa harga emas akan terus naik pasal memang ada demand yang kukuh dari pelbagai negara dan lagi-lagi dengan kejatuhan nilai mata wang Amerika Syarikat. Ramai yang nak pertahankan nilai aset mereka dan emas adalah satu cara yang terbaik buat masa-masa cam ni. :p

Leave a Reply

Subscribe to Comments?

Ad Spot Ad Spot Ad Spot

SUBSCRIBESINI

:
:

Informasi TerGerek Menuju Ke Arah Kejayaan

RECENTPOSTS

MYARCHIVE

  • ------------------ JAM DINDING ------------------


  • Free shoutbox @ ShoutMix

    Pembaca Setia. Inilah dia members-members aku yang paling cool dan gerek yang datang untuk membaca blog 24Tujuh!Recent Readers

    Desigual 1

    Desigual 2

    Desigual 3

    jeremy ville 3

    jeremy ville 2