Hilangkan Depression
Aku rasa semua orang pasti pernah menghadapi tekanan perasaan atau depression dalam hidup mereka. Ini adalah sesuatu yang agak payah atau impossible untuk dielakkan kerana hidup ni pasti akan ada rintangan dan apa yang selalu dipanggil liku-like kehidupan. Tapi apakah itu Depression dan apa yang boleh dilakukan untuk mengurangkan atau menghilangkan Depression ni?
Depression sebenarnya adalah sesuatu yang berakar umbi di fikiran kita. Ia berlaku apabila seseorang itu menghadapi sesuatu masalah yang pada fikirannya adalah sesuatu yang tersangat besar sehinggakan dia sebagai seorang individu tidak dapat menanganinya dan menyelesaikannya. Ia membuat si individu itu rasa tidak ada jalan keluar bagi dirinya tentang permasalahan itu dan sekaligus membuat dirinya merasakan bahawa dia tidak berupaya lagi dan tidak mempunyai kuasa untuk membuat sesuatu perubahan yang lebih baik tentang masalah yang dihadapinya.
Oleh itu, Depression ni adalah suatu penipuan pada diri kita sendiri kerana si pemikir sebenarnya ada kuasa dan kebolehan untuk mengubah nasibnya dan oleh itu mampu menyelesaikan masalah itu. Kerana minda dan akalnya telah menetapkan yang apa yang dihadapinya sesuatu yang sudah pasti tidah dapat diselesaikan, kekuatan mental, physiologi dan spiritualnya terus rapuh dan masalah yang dihadapinya sudah pasti menjadi seperti sesuatu yang lebih besar dari apa yang sebenarnya.
Oleh itu, bagi orang yang menghadapi masalah, adalah lebih baik jikalau dia memecahkan masalah itu kepada bahagian-bahagian yang kecil. Kemudian, aturkan strategi untuk menyelesaikan masalah tersebut dari satu bahagian ke satu bahagian yang lain. Jikalau kita hadapi sesuatu masalah itu sekali gus, sudah pasti kita akan melihatnya sebagai satu gunung yang tidak boleh diharungi. Tetapi, jikalau kita memecahkan gunung itu kepada bukit-bukit kecil yang mampu kita tangani, kita akan merasakan diri kita ni berkemampuan untuk menyelesaikan masalah itu.
Kita harus ingat juga bahawa bagi setiap masalah yang diberikan kepada kita, pasti ada jalan keluarnya. Oleh itu, janganlah kita mudah terpedaya dengan masalah kita sendiri dan cuba memikirkan cara-cara kita boleh menguatkan semangat kita untuk menghadapi apa jua masalah.
Di bawah adalah atur cara untuk kita menangani Depression.
1. Tuliskan masalah kita di atas kertas dan cuba lihat di mana puncanya masalah tersebut.
2. Pecahkan masalah tersebut kepada beberapa bahagian kecil.
3. Aturkan strategi untuk menyelesaikan setiap bahagian masalah.
4. Isikan minda kita dengan energi dan pemikiran positif bahawa setiap masalah dapat dikurangkan dan akhirnya diselesaikan.
5. Ambil tindakan dan terus jalankan strategi yang telah kita aturkan.
6. Cari seseorang yang dapat membantu kita dengan memberi nasihat yang baik dan mendorong kita secara positif.
7. Terus mengambil tindakan dan sentiasa berdoa dari Tuhan yang Maha Esa agar membantu kita mengharungi segala dugaan.
Aku harap, korang dapat sedikit manfaat dari post ini. Semoga berjumpa lagi!
-Ahakz!-










March 17th, 2008 at 5:36 am
Yup,..sudah pernah melalui transisi tersebut. Harus bergaul dengan mereka yang berfikiran positif untuk meningkatkan keyakinan diri. Tapi, yang paling penting adalah diri sendiri. Good tips!