6 Cara untuk Mendapatkan Trafik ke Blog Anda
Satu perkara yang sering menjadi fokus blogger adalah untuk mendapatkan trafik ke blog mereka. Aku pun terpaksa berhdapan dengan masalah ni pasal nak dapat trafik ke sesuatu blog ni perlukan kesabaran dan ketekunan. Orang pun ada yang tanya, “Kenapa kau blog dalam bahasa Melayu ah?”. Bukanlah aku ni tak tahu menulis dalam bahasa Ingeris, aku tahu tapi aku tak nak pulak kehilangan kebolehan aku menulis dalam bahasa ibundalah katakan.Di post ni, aku nak share dengan korang semua 6 cara untuk mendapatkan trafik ke blog korang. Aku rasa, kalau korang gunakan tips yang aku kasi ni, pasti korang boleh dapat trafik yang banyak…ehem..ehem.
Twitter- Di lelalaman ni korang akan mendapati ramai bloggers. Dorang pun nak promote blog dorang dan kalau korang pandai buat kawan dengan orang-orang kat Twitter ni, pasti dorang pun nak tengok apa yang korang dah tulis kat blog korang. Twitter ni best jugak bila korang dah tahu macam mana nak pakai. Twit sana …twit sini.
Plurk- Lelaman ni macam twitter jugak tapi lelaman ni baru aje start. Tambahan pulak, lelaman ni memberi korang banyak specialiti untuk berinteraksi dengan orang lain. Aku rasa, kalau korang betul nak jadi orang-orang terdahulu, join lelaman ni. Aku rasa lelaman ni boleh jadi besar jugak seperti Twitter.
Friendfeed- Lelaman ni pulak pasti boleh membantu korang mendapat peminat-peminat dan pembaca blog korang. Blog ni pun penuh dengan blogger macam korang dengan aku. Yang baik tentang lelaman ni adalah is mempunyai tema dan konsep untuk membantu blogger lain. Tambahan pulak, ramai blogger di dalam leleman ni. Korang bolehlah network dengan orang-orang kat Friendfeed ni dan jemput dorang masuk lelaman korang.
StumbeUpon- Lelaman ni boleh mendatangkan trafik yang banyak jugak kepada blog korang. Tapi, aku syorkan yang korang stumbleuon orang lain punya blog post dan buat kesimpulan atau review ke atas blog kepunyaan orang lain sebelum korang start stumbleupon blog korang sendiri. Orang sekarang dah pandai. Dorang tahu yang korang nak advertise kat lelaman ni kalau korang mendadak sangat. Jadi, berpada-pada lah bila nak buat self promotion tu eh. Biarlah orang kata berkenal-kenalan dahulu sebelum adanya kesefahaman dan kepercayaan antara kita dan orang-orang kat luar sana. Kalau tak, nanti kena boycott orang-orang kat Stumbleuppon. Itu yang tak gerek kan?
Digg- IAku rasa lelaman ni banyak orang dah tahu kan. Seperti lelaman lain jugak, telah ada satu komuniti di dalam Digg yang sering menghancurkan harapan korang kalau korang terlalu sangat ghairah nak promote lelaman korang. Orang kat Digg ni suka sangat dengn list. Jadi, kalau korang nak dapat banyak trafik dari lelaman ni,buat list yang panjang lebar yang mengandungi berlambak-lambak links kepada lelaman lain. Bila ada gula, baru ada semutnya. Betul tak?
Komen (comments) - Ni adalah sesuatu yang patut korang buat selalu. Kalau boleh buat setiap hari lagi bagus. Tapi, jangan buat komen banyak-banyak je dan tak mempunyai info ada faedah langsung. Apa yang harus korang buat adalah, beri komen yang memberikan pendapat korang yang sejati dan yang benar. Kemudian, kalau boleh berikan informasi yang menarik danmenambat hati. Itu yang akan membuat orang nak klik kat lelalaman korang tu. Kalau korang terbiasa memberi informasi yang baik-baik kat comments section orang lain, orang yang baca komen korang pun akan terpikat dan terpukau sehingga mereka terasa nak lihat leleman korang pulak.
Jadi,janganlah malu-malu. Sila gunakan keenam-enam cara di atas. Aku pasti korang bolh dapat trafik yang banyak ke blog korang. Korang kena beri masa aje untuk berinteraksi dengan orang lain. Lepas tu, bila ada tali perhubungan, lebih mudahlah untuk mereka menjadi pembaca blog korang. Itu aje braders dan sisters. Takde susah punya…ehem.
-Ahakz-









