Blog ini berkisahkan...

Cerita-cerita semut, harimau dan binatang-binatang liar. Ketahuilah macam mana semut dengan berbekalkan semangat yang kuat dan sikap bekerjasama yang hampir perfect dapat menjatuhkan harimau yang tidak bertaring tapi lidah bercabang. Kalau nak tahu cerita sebenar, teruskan baca blog ni.

Sebenarnya,...

Ishykiel ingin berkongsi dengan korang semua, informasi terkini mengenai personal finance, internet marketing dan internet business, teknologi, self development dan lain-lain lagi untuk semua yang sudi menerima. Of course, do so at your own risklah. -Ahakz-

Archive: Education

Mencari Ilmu untuk Kebaikkan Dunia dan Akhirat

Lama aku tak bebual dengan korang. Banyak perkara yang terjadi dalam masa aku tak post. Bukannya aku tak bersemangat lagi nak share dengan korang semua pengalaman dan ilmu yang ada. Tapi, masa kadangkala tak mengizinkan dan aku sering kesibukkan setiap hari mencari ilmu, mencari rezeki dan menghidupkan lagi erti kehidupan.

Aku seseorang yang sukakan ilmu pengetahuan dan sering mencari peluang untuk mempelajari sesuatu tentang perkara-perkara yang berlaku di sekeliling kita. Aku bersyukur kerana sejak kebelakangan ini, banyak ilmu yang telah dapat aku perolehi yang dapat membantu aku lebih memahami erti : Kejayaan Dunia dan Akhirat.

Ia merupakan sesuatu yang aku cari-cari dan aku sungguh berbahagia telah mendapat petunjuk dari Illahi. Aku tahu yang aku ni serba kekurangan dan perlu meminta dari yang mempunyai segala-galanya.

Sedikit demi sedikit, aku mendapat kesedaran bahawa dunia yang fana’ ini dan akhirat yang kekal abadi, sebenarnya sehaluan dan tidak boleh dipisahkan sehingga tiba masanya nanti. Aku minta maaf kepada semua pembaca yang mungkin tertanya-tanya, apa yang telah terjadi kepada penulis blog ini. Memang, ada sesuatu yang terjadi dan aku harap perubahan ke atas diriku ini dapat memanfaatkan semua insan yang dapat berjumpa dengan aku dan juga pembaca blog ini.

Hai. Aku sedih. Banyak yang perlu diperbaiki tetapi biarlah aku mulakan dengan niat dan mengambil selangkah ke hadapan sebelum berlari.

InsyAllah, aku akan hasilkan ebook yang telah aku janjikan. Aku belum lupa dan aku tidk terlena. Aku hanya hilang sementara supaya apa yang pembaca aku baca merupakan mutiara dan bukan kata-kata kosong yang tidak berharga.

Semoga semua yang membaca blog ini mendapat Kejayaan Dunia dan Akirat.

-Salamz-

Ardy Ishykiel

Aku Bangga dengan Natasha Nabila Muhammad Nasir - Top PSLE Student 2007 di Singapura.

Top Student

Aku betul-betul happy dan bangga dengan pencapaian Natasha. Kebahagiaan aku ni melebihi kebahagiaan yang aku perolehi dengan pencapaian aku sendiri selama ni. Aku macam nak pergi jumpa dengan budak ni dan mengucapkan tahniah kepadanya kerana telah berjaya menjadi pelajar terbaik untuk PSLE tahun 2007 dan sekaligus pelajar Melayu terbaik di Singapura. Aku rasa ramai yang membaca artikel ni akan rasa bangga dengan pencapaiannya. (more…)

Ad Spot Ad Spot Ad Spot

SUBSCRIBESINI

:
:

Informasi TerGerek Menuju Ke Arah Kejayaan

RECENTPOSTS

MYARCHIVE

  • ------------------ JAM DINDING ------------------


  • Free shoutbox @ ShoutMix

    Pembaca Setia. Inilah dia members-members aku yang paling cool dan gerek yang datang untuk membaca blog 24Tujuh!Recent Readers

    Desigual 1

    Desigual 2

    Desigual 3

    jeremy ville 3

    jeremy ville 2