Harga emas naik lagi dan ini juga disusuli dengan kenaikan harga silver di paras US$17.40 per ounce. Aku rasa harga Silver akan naik ke paras US$19.00 tak lama lagi kerana harga Silver selalunya akan mengikut harga emas dan perhubungan mereka diambil kira dengan menggunkan Gold-Silver ratio.
Kalau ratio ni semakin meningkat, ia menunjukkan harga emas yang naik dengan lebih banyak dari segi peratusan dari Silver. Kalau ia berkurangan, ia selalunya menunjukkan kenaikkan harga Silver yang lebih cepat dari emas. Selalunya, para pembeli dan penjual emas dan silver akan jual silver dan membeli emas jika gold-silver ratio berkurangan kerana selepas kenaikkan harga silver, selalunya akan disusuli dengan kenaikkan harga emas pula.
Pada post aku yang lalu “Harga Emas“, pada tanggal 27 Desember, aku menulis tentang harga emas yang telah mencecah US$827.80. Kalau korang membeli emas masa tu dan menyimpannya,korang dah pun kaup untung sebanyak lebih sedikit dari 10%. Not bad kan? Lebih dari apa yang bank kasi dengan interest yang pada aku agak sedikit dan tidak boleh membantu kita dari proses kemiskinan akibat kesan-kesan inflasi.
Harga minyak pun telah naik dan melepasi paras US$100. Ini buat aku macam nak jual kereta aje dan naik bas.Tapi, susah pulak aku nak travel sana sini nanti. Jadi, aku rasa aku akan kurang travel jauh-jauh kalau tak ada sebab-sebab penting dan mustahak. Tapi aku rasa kalau macam gini hidup ni aku asyik dibelenggu dengan tidak kecukupan wang. Jadi marilah kita sama-sama cari jalan untuk mempertingkatkan ilmu, mempertingkatkan daya penghasilan kita sendiri dan cuba mencari rezeki yang halal.
Bila aku jumpa cara-cara best untuk mencari rezeki, aku akan share dengan korang semua. Sekarang, aku kena pergi attend seminar Ewen Chia, tentang internet marketing.
-Ahakz-
Aku nak keep this post short and simple dan nak juga share dengan korang sebuah artikel yang mengandungi info dari lebih dari 40 pakar ekonomi yang memberi kita sikit gambaran tentang apa yang boleh kita expect dari harga emas dalam tahun 2008. Aku rasa harga emas akan melebihi USD1000 per ounce pada tahun 2008. Hari ini, harga emas USD$827.80. Ada lebih dari 20% keuntungan kalau harga emas mencecah USD1000. Hmmm……
Emas berada dalam kategori commodities dan harga commodity lain seperti copper, lead dan minyak pun semakin meningkat. Aku rasa, harga minyak pun akan melebihi US$100 per satu barrel pada tahun 2008. Sekarang je harga minyak dah mencecah USD97.32 per barrel. Lihat je report ni: Oil Nears New Record. (Report ni juga memberitahu Mantan Perdana Menteri Pakistan Benazir Bhutto baru sahaja pulang ke hadrat illahi akibat serangan nekad ke atasnya. Mari kita doakan yang terbaik untuk Encik Benazir dan juga rakyat Pakistan. Amin.)
Ini semua akan mempunyai akibat kepada kita. Ini bermakna harga beli barang keperluan kita di NTUC dan di pasar akan meningkat sekali. Kenapa eh? Korang nak tahu? Pasal semua perniagaan menggunakan minyak. Harga transportasi akan meningkat kerana harga minyak naik dan ikan-ikan kat pasar nak sampai kat pasar terdekat rumah korang pun perlukan transport. Betul tak? Semua syarikat dan rumah perlukan elektrik dan elektrik juga dihasilkan dengan pembakaran fossil fuel, iaitu minyak. Senang cakap, hampir semua benda dalam hidup kita ni ada kena mengena dengan minyak. By products minyak juga diperlukan untuk membuat plastik dan bermacam-macam lagi bahan yang digunakan setiap hari. (more…)

Aku mula track harga emas pada permulaan tahun ni. Aku ada jugak buat research tentang emas di beberapa blog dan website tentang besi kuning ni. Banyak yang menerangkan kenapa harga emas ni terus naik dan akan terus naik. Aku pun ikut tengok lah harga emas dan nak tahu jugak faktor-faktor yang membuat harganya terus naik. (more…)