Blog ini berkisahkan...

Cerita-cerita semut, harimau dan binatang-binatang liar. Ketahuilah macam mana semut dengan berbekalkan semangat yang kuat dan sikap bekerjasama yang hampir perfect dapat menjatuhkan harimau yang tidak bertaring tapi lidah bercabang. Kalau nak tahu cerita sebenar, teruskan baca blog ni.

Sebenarnya,...

Ishykiel ingin berkongsi dengan korang semua, informasi terkini mengenai personal finance, internet marketing dan internet business, teknologi, self development dan lain-lain lagi untuk semua yang sudi menerima. Of course, do so at your own risklah. -Ahakz-

Archive: Hidup Aku

Mencari Ilmu untuk Kebaikkan Dunia dan Akhirat

Lama aku tak bebual dengan korang. Banyak perkara yang terjadi dalam masa aku tak post. Bukannya aku tak bersemangat lagi nak share dengan korang semua pengalaman dan ilmu yang ada. Tapi, masa kadangkala tak mengizinkan dan aku sering kesibukkan setiap hari mencari ilmu, mencari rezeki dan menghidupkan lagi erti kehidupan.

Aku seseorang yang sukakan ilmu pengetahuan dan sering mencari peluang untuk mempelajari sesuatu tentang perkara-perkara yang berlaku di sekeliling kita. Aku bersyukur kerana sejak kebelakangan ini, banyak ilmu yang telah dapat aku perolehi yang dapat membantu aku lebih memahami erti : Kejayaan Dunia dan Akhirat.

Ia merupakan sesuatu yang aku cari-cari dan aku sungguh berbahagia telah mendapat petunjuk dari Illahi. Aku tahu yang aku ni serba kekurangan dan perlu meminta dari yang mempunyai segala-galanya.

Sedikit demi sedikit, aku mendapat kesedaran bahawa dunia yang fana’ ini dan akhirat yang kekal abadi, sebenarnya sehaluan dan tidak boleh dipisahkan sehingga tiba masanya nanti. Aku minta maaf kepada semua pembaca yang mungkin tertanya-tanya, apa yang telah terjadi kepada penulis blog ini. Memang, ada sesuatu yang terjadi dan aku harap perubahan ke atas diriku ini dapat memanfaatkan semua insan yang dapat berjumpa dengan aku dan juga pembaca blog ini.

Hai. Aku sedih. Banyak yang perlu diperbaiki tetapi biarlah aku mulakan dengan niat dan mengambil selangkah ke hadapan sebelum berlari.

InsyAllah, aku akan hasilkan ebook yang telah aku janjikan. Aku belum lupa dan aku tidk terlena. Aku hanya hilang sementara supaya apa yang pembaca aku baca merupakan mutiara dan bukan kata-kata kosong yang tidak berharga.

Semoga semua yang membaca blog ini mendapat Kejayaan Dunia dan Akirat.

-Salamz-

Ardy Ishykiel

Budaya Kumpulan Budaya Melayu Ke?

Masa aku belajar sociology di NUS dulu, aku terserempak dengan konsep “Group Culture”. Aku tertarik dengan konsep ni kerana konsep ni menerangkan bahawa seseorang individu seringkali melepaskan kelebihan yang ada pada dirinya apabila dia kepada sesebuah kumpulan apabila dia berada bersama kumpulan tersebut.

Pengaruh dan social influence dalam sesebuah kumpulan merupakan satu tenaga yang dinamakan Social Force yang sukar untuk seseorang individu melepaskan dirinya dari terperangkap dalam lingkungan pengaruh sosial tersebut apabila dia terlibat bersama sesebuah kumpulan buat jangka masa yang tertentu.

Aku rasa ramai orang kita yang tidak tahu tentang perkara ini. Mereka mungkin pernah dengar tentang Bad Influence atau konsep pengaruh buruk dari guru-guru mereka di sekolah menengah tapi tahukah mereka tentang adanya kajian dan buku yang ditulis tentang “Group Culture and Influence” (Budaya Kumpulan dan Pengaruhnya) yang dapat memberikan kita banyak informasi tentang kebaikkan dan keburukkan berkumpulan?

Buku-buku ini banyak menerangkan bagaimana proses dan budaya kumpulan itu seringkali memadamkan fikiran dan prinsip seseorang individu tanpa disedarinya (Subconscious level). Ini terjadi kerana pendapat ramai selalunya diambil sebagai pendapat yang mutlak sedangkan kumpulan itu sebenarnya merupakan microcosm yang kecil jika dibandingkan dengan masyarakat sejagat.

Aku sering jugak pergi ke Simpang Bedok untuk makan malam kat sana dan seringkali jugak aku observe orang-orang kita yang banyak kat sana. Aku rasa social interaction and socialising ni memang benda yang bagus. Tapi aku rasa kalau terlalu banyak buat benda-benda macam ni ada keburukkannya. Lebih-lebih lagi jika kumpulan yang kita campur itu ada cara pemikiran dan mindset yang kurang baik dan kadangkala boleh menghambat diri mereka sendiri dari mendapat kejayaan.

Seringkali aku lihat banyak anak melayu kita  duduk berfoya-foya. Pengalaman aku sendiri pulak apabila duduk secara kumpulan ini adalah selalunya orang takut nak cakap benda-benda yang serius dan bermakna kerana takut dipanggil “kental” atau tak cool. Tapi, kerana ini jugaklah mengapa ramai orang kita yang tidak dapat exposure kepada perkara-perkara yang dapat membantu diri mereka sendiri. Realisasi tentang sesuatu yang boleh mendorong seseorang untuk berjaya jarang datang dari sesebuah kumpulan yang suka bersembang sakan secara suka-suka.

Kat sini aku bukan nak larang sesiapa dari socialising. Cuma aku nak ingatkan untuk korang semua berhati-hati apabila berada dalam sesebuah kumpulan. Carilah maklumat mengenai Social Psychology dan Group Culture untuk memahami dengan lebih terperinci apa yang aku katakan ni. Maklumlah, takut diri kita yang sebenar ditelan kumpulan pulak kan.

-Ardy Ishykiel-

3 Perkara yang Penting dalam Sesuatu Negosiasi (Negotiation)

Dalam arena perniagaan sehingga ke arena menjual beli, kita sering menghadapi situasi di mana kita perlu mengadakan sesuatu negosiasi atau dalam bahasa inggeris, Negotiation. Yang boleh aku katakan ialah, semua orang mempunyai falsafah negosiasi di dalam diri dorang walaupun kadang-kadang dorang sendiri tak sedari tentang keberadaan benda tu.

Bagi sesetengah orang, falsafah negosiasi dia adalah untuk menang lebih sebelum deal itu dapat dipersetujui. Selagi dia tak menang lebih, selagi tu dia tak akan mengalah. Ini adalah cara Donald Trump kalau korang nak tahu. Donald Trump dalam buku dia “Think Big” ada mengatakan bahawa kalau dia tak menang lebih atau meraih sesuatu yang melebihi daripada sesuatu deal atau perjanjian, dia tak akan meneruskan perjanjian atau deal berkenaan. Bagi aku, Donald Trump bolehlah buat cam tu pasal kalau dia menang lebih dan kita menang sikit pun, yang pastinya untung yang diraih Donald Trump dan sesiapa yang membuat deal dengan dia pasti akan mendapat keuntungan yang besar dan bukan syiling-syiling dalam laci. :p

Tapi aku nak share dengan korang 3 perkara dalam sesebuah negosiasi yang terpaling penting. Benda ni simple abis dan senang untuk korang ikut. Bagi aku 3 perkara terpenting dalam sesebuah negosiasi ialah:

1. Adakah aku suka dan berkenan dengan orang yang bernegosiasi dengan aku itu?

2. Adakah orang itu suka atau berkenan dengan aku?

3. Sukakah aku kepada idea yang dibincangkan?

Ha. Itulah 3 perkara yang akan aku persoalkan dalam sesebuah negosiasi. Yang penting, aku mesti berkenan dengan orang yang berdiskusi dengan aku. Kalau aku tak berapa berkenan dengan dia, aku rasa lebih baik kita jangan teruskan perancangan yang telah dibincangkan. Orang itu pun mesti berkenan dengan aku dan cara-cara aku. Kalau tak, pasti deal itu tak akan menjadi. Akhir sekali, baru aku tanya diri aku samada aku suka akan idea yang dibincangkan.

Selalunya, orang akan memberi fokus kepada perkara ketiga, iaitu projek dan idea yang dibincangkan. Tapi pada aku, dalam semua projek yang berjaya, mesti ada dinamisme antara peserta-peserta projek. Kalau tak ada, jangan buang masa. Lebih baik pergi library baca majalah Gila-gila. :p

Human elements atau perkara-perkara yang bersangkutan dengan emosi manusia ni tersangatlah penting. Kalau kita nak orang sensitif pada kita, kita juga harus sensitif pada orang lain. Mutual respect mesti ada.

Aku dah beberapa kali terjumpa orang yang berbincang tentang idea-idea yang best-best untuk sesuatu projek atau bisnes tapi kadang-kadang aku rasa dorang ni lupa atau tak tahu yang sebenarnya projek yang dorang bincangkan tu dah gagal sebelum ia bermula kerana diri mereka ni sebenarnya belum bersedia untuk bekerjasama dengan orang lain. Dinamisme tidak ada dan emotional intelligence pulak kurang. Bukanlah aku nak cakap aku ni bagus sangat. Aku mengaku yang aku pun  sentiasa mencuba pertingkatkan diri dalam bidang yang dipanggil “Effective Human Communication and Interaction” yang sebenarnya adalah satu kunci kejayaan.

Kenalilah diri kita dan setelah itu cuba kenali orang lain dan fahami kehendak dan keperluan mereka. Ingat, mesti ada mutual repect. kalau ni takde, jangan teruskan partnership atau projek tu.

Harap apa yang aku katakan kat sini merupakan secebis ilmu yang dapat memanfaatkan korang.

-Ahakz-

Selamat Tahun Baru Semua!

Sebelum terlalu terlambat, aku rasa lebih baik aku ucapkan korang semua Selamat Tahun Baru. Tahun baru ni, aku harap, aku dapat memanfaatkan semua orang yang membaca blog ini. Aku tahu kadang-kadang aku lambat update blog ini tapi apa nak buat, banyak kerja lain yang aku buat selain dari blog ni dan kadang-kadang aku simpan benda yang aku nak share dengan korang buat masa-masa yang lebih sesuai.

New Year’s Eve, aku duduk dengan emak dan bapak aku sambil berbual. Berbual panjang jugak dan banyak jugak berbual tentang agama. Aku berterima kasih pada mereka ni kerana sering mengingatkan aku tentang agama supaya aku tak tersasar jauh dengan keduniaan sahaja. (more…)

Nanti Tak akan Tiba

Nanti“Nanti” adalah suatu perkataan yang popular. Yang aku rasa selalu digunakan apabila ada benda yang perlu kita buat tetapi agak malas nak lakukan kerana sebab-sebab yang tertentu. Aku sendiri pun selalu pakai perkataan ni semasa aku kecik-kecik dulu. Bila emak aku suruh pergi kedai beli barang atau pergi pasar yang agak jauh dimana aku perlu naik basikal dan kayuh selama 10 minit, aku akan selalu menggunakan perkataan “nanti”. Aku akan kata. “Nanti eh ibu, Is nak tengok TV kejap”. Tapi, sejak kebelakangan ini, aku ada duduk terfikir tentang perkataan ni. Aku rasa perkataan “Nanti” ni kalau digunakan selalu dalam situasi sekarang, akan melemahkan aku dan akan membuat aku tertinggal ke belakang. These days, aku suka gunakan perkataan “Sekarang” dan jarang-jarang gunakan perkataan “Nanti”. (more…)

Selamat Hari Raya Aidil Adha Semua!

KetupatAku harap Aidil Adha pada tahun ni bermakna dan membahagiakan pada korang semua. Pada korang-korang yang menjalankan ibadah korban, syukur alhamdulillah, semoga mendapat ganjaran di akhirat nanti. Pada volunteer-volunteer yang menyumbang tenaga di masjid-masjid dengan membuat segala pekerjaan yang perlu dibuat untuk memastikan proses ibadah korban berjalan dengan lancar, tahniah kepada korang jugak kerana memberi bantuan yang tidak boleh dikira dengan wang ringgit.Tahun ni, Aidil Adha agak simple bagi aku. Seperti biasa, aku memang tunggu-tunggu makanan yang dihidangkan pada pagi hari, iaitu makanan hari raya seperti ketupat, lodeh, sate dan lain-lain lagi. Makanan-makanan ni agak istimewa bagi aku dan ia juga menunjukkan kekreatifan masyarakat kita yang mampu mengeluarkan masakan-masakan seperti ini. Tapi aku pun ada notice sesuatu yang lebih menunjukkan kemodenan dan pembaharuan di dalam arena masakan, iaitu, instant ketupat. (more…)

Ad Spot Ad Spot Ad Spot

SUBSCRIBESINI

:
:

Informasi TerGerek Menuju Ke Arah Kejayaan

RECENTPOSTS

MYARCHIVE

  • ------------------ JAM DINDING ------------------


  • Free shoutbox @ ShoutMix

    Pembaca Setia. Inilah dia members-members aku yang paling cool dan gerek yang datang untuk membaca blog 24Tujuh!Recent Readers

    Desigual 1

    Desigual 2

    Desigual 3

    jeremy ville 3

    jeremy ville 2