Citra Seorang Pemimpin
Hari-hari bila aku baca surat khabar, pasti ada berita tentang ketua-ketua atau pemimpin-pemimpin yang mengetuai pelbagai institusi, syarikat atau negara. Tapi, berita yang aku dapat tentang mereka ni kadang-kadang bukanlah berita-berita yang baik tetapi berita tentang pemimpin yang telah melakukan sesuatu yang bukan sahaja memalukan diri mereka sendiri tetapi memalukan negara dan bangsa.
Di post ini, aku nak cakap sikit tentang kepimpinan dan bagaimana kepimpinan ni sebenarnya merupakan kebolehan seseorang untuk melakukan yang terbaik bagi dirinya dan orang-orang yang dipimpin.
Kalau kita tanya orang ramai tentang ciri-ciri yang harus ada pada seseorang ketua, kita akan dapati bahawa ciri-ciri yang disuarakan semuanya ciri-ciri yang murni. Kita biasa dengar yang seorang ketua seharusnya mempunyai kelebihan dari pengikut mereka seperti kepintaran, kebolehan berfikir secara analitikal, kebolehan memotivasikan orang ramai dan bermacam-macam lagi ciri-ciri yang mulia. Tapi, soalannya, bolehkah seorang pemimpin yang berhati murni dan penuh kemuliaan survive dalam sekitaran moden yang kita alami sekarang? Adakah seseorang pemimpin itu harus mengikut cara-cara yang kurang bermoral untuk berjaya?
Nak jawab soalan ni memang susah. Tapi aku dapat rasakan sesuatu yang sedang berlaku secara leluasa pada ketika ini di sesetengah institusi. Orang yang jadi ketua organisasi tersebut kadangkala kurang kebolehannya memimpin tapi lebih berkebolehan sebagai seorang administrator dan manager. Mereka berkebolehan dari segi menjalankan tugas mereka supaya sesuatu organisasi itu terus kukuh dan berdiri. Tetapi, ini berlaku dengan mengorbankan beberapa perkara yang seringkali mengongkong sesebuah organisasi itu untuk terus berinovasi dan terus maju ke hadapan. Yang teruk lagi adalah pemimpin yang memikirkan diri mereka sendiri lebih dari orang-orang yang sepatutnya dia bantu. (more…)









