Blog ini berkisahkan...

Cerita-cerita semut, harimau dan binatang-binatang liar. Ketahuilah macam mana semut dengan berbekalkan semangat yang kuat dan sikap bekerjasama yang hampir perfect dapat menjatuhkan harimau yang tidak bertaring tapi lidah bercabang. Kalau nak tahu cerita sebenar, teruskan baca blog ni.

Sebenarnya,...

Ishykiel ingin berkongsi dengan korang semua, informasi terkini mengenai personal finance, internet marketing dan internet business, teknologi, self development dan lain-lain lagi untuk semua yang sudi menerima. Of course, do so at your own risklah. -Ahakz-

Archive: Melayu Boleh!

Politik Kampung.

Politik seperti sesuatu yang agak kurang sedap didengar. Kalau ada orang yang menyuarakan perkataan politik kepada aku. Pertama yang datang kepada otak aku adalah imej orang-orang yang gilakan kuasa dan yang hanya suka megambil kesempatan atas orang lain. Aku rasa, ramai di antara kita pun berfikiran begitu jugak kan?

Jadi, politik ni sentiasa dikaitkan dengan benda yang negatif sedangkan ianya adalah sesuatu yang sangat penting di dalam sesebuah masyarakat. Ia penting sebab ianya adalah satu kriteria untuk adanya satu sistem yang boleh berfungsi dengan aman dengan damai. Jadi, biarlah ahli politik bertekak antara mereka. Akhirnya, apa yang kita dapati daripada pertengkaran mereka adalah suatu jalan tengah yang dapat membahagiakan orang yang mereka wakili. Itulah sebab utama adanya parti politik. Mereka mewakili orang-orang di dalam masyarakat.

Aku pulak suka dengar aje apa orang cakap di akhbar dan media massa. Agak menarik bagaimana manusia menghidupkan sesuatu yang sememangnya tidak ada. Agak menarik lagi apabila ada pula orang yang menyokong apa yang diutarakan.

Kalau dulu, orang bergaduh dengan keris dan pistol, sekarang orang bergaduh dengan lidah dan media massa sebagai senjata.

Jadi, apa pulak dengan politik kampung. Politik kampung pada aku adalah apabila orang-orang bertekak tentang perkara-perkara kecil dan remeh. Apa yang menarik adalah perkara yang kecil itu dibesar-besarkan sehingga ianya dapat menggoyang fabrik sesuatu masyarakat atau kelompok manusia.

Jadi, lain kali, kalau kita nak bertengkar pun, cubalah teliti samada apa yang dipertengkarkan itu sesuatu yang berguna untuk dipertengkarkan. Janganlah kerana telur sebiji riuh sekampung pulak kan?

-Ahakz-

Ishykiel

Mencari Ilmu untuk Kebaikkan Dunia dan Akhirat

Lama aku tak bebual dengan korang. Banyak perkara yang terjadi dalam masa aku tak post. Bukannya aku tak bersemangat lagi nak share dengan korang semua pengalaman dan ilmu yang ada. Tapi, masa kadangkala tak mengizinkan dan aku sering kesibukkan setiap hari mencari ilmu, mencari rezeki dan menghidupkan lagi erti kehidupan.

Aku seseorang yang sukakan ilmu pengetahuan dan sering mencari peluang untuk mempelajari sesuatu tentang perkara-perkara yang berlaku di sekeliling kita. Aku bersyukur kerana sejak kebelakangan ini, banyak ilmu yang telah dapat aku perolehi yang dapat membantu aku lebih memahami erti : Kejayaan Dunia dan Akhirat.

Ia merupakan sesuatu yang aku cari-cari dan aku sungguh berbahagia telah mendapat petunjuk dari Illahi. Aku tahu yang aku ni serba kekurangan dan perlu meminta dari yang mempunyai segala-galanya.

Sedikit demi sedikit, aku mendapat kesedaran bahawa dunia yang fana’ ini dan akhirat yang kekal abadi, sebenarnya sehaluan dan tidak boleh dipisahkan sehingga tiba masanya nanti. Aku minta maaf kepada semua pembaca yang mungkin tertanya-tanya, apa yang telah terjadi kepada penulis blog ini. Memang, ada sesuatu yang terjadi dan aku harap perubahan ke atas diriku ini dapat memanfaatkan semua insan yang dapat berjumpa dengan aku dan juga pembaca blog ini.

Hai. Aku sedih. Banyak yang perlu diperbaiki tetapi biarlah aku mulakan dengan niat dan mengambil selangkah ke hadapan sebelum berlari.

InsyAllah, aku akan hasilkan ebook yang telah aku janjikan. Aku belum lupa dan aku tidk terlena. Aku hanya hilang sementara supaya apa yang pembaca aku baca merupakan mutiara dan bukan kata-kata kosong yang tidak berharga.

Semoga semua yang membaca blog ini mendapat Kejayaan Dunia dan Akirat.

-Salamz-

Ardy Ishykiel

Seminar Wealth Creation oleh Adam Khoo & Datuk Kamsah

Tadi aku attend seminar kat atas ni. Banyak yang aku pelajari dari seminar ni. Aku bayar $120 untuk hadiri seminar yang berkongsi ilmu tentang cara-cara seseorang boleh berjaya dalam keusahawanan dan perniagaan.

Aku nak share dengan korang apa yang aku pelajari. Aku rasa, ada baiknya kalau akau buat ebook untuk korang tentang apa yang aku pelajari. Semoga korang boleh meraih manfaat dari perkongsian ini.

Tunggu jap k.

-Ahakz-

Budaya Kumpulan Budaya Melayu Ke?

Masa aku belajar sociology di NUS dulu, aku terserempak dengan konsep “Group Culture”. Aku tertarik dengan konsep ni kerana konsep ni menerangkan bahawa seseorang individu seringkali melepaskan kelebihan yang ada pada dirinya apabila dia kepada sesebuah kumpulan apabila dia berada bersama kumpulan tersebut.

Pengaruh dan social influence dalam sesebuah kumpulan merupakan satu tenaga yang dinamakan Social Force yang sukar untuk seseorang individu melepaskan dirinya dari terperangkap dalam lingkungan pengaruh sosial tersebut apabila dia terlibat bersama sesebuah kumpulan buat jangka masa yang tertentu.

Aku rasa ramai orang kita yang tidak tahu tentang perkara ini. Mereka mungkin pernah dengar tentang Bad Influence atau konsep pengaruh buruk dari guru-guru mereka di sekolah menengah tapi tahukah mereka tentang adanya kajian dan buku yang ditulis tentang “Group Culture and Influence” (Budaya Kumpulan dan Pengaruhnya) yang dapat memberikan kita banyak informasi tentang kebaikkan dan keburukkan berkumpulan?

Buku-buku ini banyak menerangkan bagaimana proses dan budaya kumpulan itu seringkali memadamkan fikiran dan prinsip seseorang individu tanpa disedarinya (Subconscious level). Ini terjadi kerana pendapat ramai selalunya diambil sebagai pendapat yang mutlak sedangkan kumpulan itu sebenarnya merupakan microcosm yang kecil jika dibandingkan dengan masyarakat sejagat.

Aku sering jugak pergi ke Simpang Bedok untuk makan malam kat sana dan seringkali jugak aku observe orang-orang kita yang banyak kat sana. Aku rasa social interaction and socialising ni memang benda yang bagus. Tapi aku rasa kalau terlalu banyak buat benda-benda macam ni ada keburukkannya. Lebih-lebih lagi jika kumpulan yang kita campur itu ada cara pemikiran dan mindset yang kurang baik dan kadangkala boleh menghambat diri mereka sendiri dari mendapat kejayaan.

Seringkali aku lihat banyak anak melayu kita  duduk berfoya-foya. Pengalaman aku sendiri pulak apabila duduk secara kumpulan ini adalah selalunya orang takut nak cakap benda-benda yang serius dan bermakna kerana takut dipanggil “kental” atau tak cool. Tapi, kerana ini jugaklah mengapa ramai orang kita yang tidak dapat exposure kepada perkara-perkara yang dapat membantu diri mereka sendiri. Realisasi tentang sesuatu yang boleh mendorong seseorang untuk berjaya jarang datang dari sesebuah kumpulan yang suka bersembang sakan secara suka-suka.

Kat sini aku bukan nak larang sesiapa dari socialising. Cuma aku nak ingatkan untuk korang semua berhati-hati apabila berada dalam sesebuah kumpulan. Carilah maklumat mengenai Social Psychology dan Group Culture untuk memahami dengan lebih terperinci apa yang aku katakan ni. Maklumlah, takut diri kita yang sebenar ditelan kumpulan pulak kan.

-Ardy Ishykiel-

Nanti Tak akan Tiba

Nanti“Nanti” adalah suatu perkataan yang popular. Yang aku rasa selalu digunakan apabila ada benda yang perlu kita buat tetapi agak malas nak lakukan kerana sebab-sebab yang tertentu. Aku sendiri pun selalu pakai perkataan ni semasa aku kecik-kecik dulu. Bila emak aku suruh pergi kedai beli barang atau pergi pasar yang agak jauh dimana aku perlu naik basikal dan kayuh selama 10 minit, aku akan selalu menggunakan perkataan “nanti”. Aku akan kata. “Nanti eh ibu, Is nak tengok TV kejap”. Tapi, sejak kebelakangan ini, aku ada duduk terfikir tentang perkataan ni. Aku rasa perkataan “Nanti” ni kalau digunakan selalu dalam situasi sekarang, akan melemahkan aku dan akan membuat aku tertinggal ke belakang. These days, aku suka gunakan perkataan “Sekarang” dan jarang-jarang gunakan perkataan “Nanti”. (more…)

Asian Idol Winner adalah Hady Mirza!

HadyTahniah aku ucapkan kepada Hady Mirza kerana telah berjaya mendapat gelaran Pemenang Asian idol pertama di dunia. Kemenangan ini adalah sesuatu yang dapat rakyat kita banggakan sebab kemenangan ini menunjukkan, walaupun kita sebuah negara yang kecil kita dapat mengharungi semua rintangan dan berjaya akhirnya.Ternyata, Hady telah memberikan yang terbaik di dalam peraduan ini dan kita pun dapat lihat yang walaupun judges tidak berada di pihaknya, dia tetap dapat menyerlah dan konfiden bernyanyi dan memberikan yang terbaik dia mampu.

Terus terang, aku rasa judges kat Asian Iddol ni macam lebih berpihak kepada idol negara mereka masing-masing. Aku rasa, kat area ni mereka perlu lebih professional dan memberi kritikan yang lebih objektif. Kalau tidak, aku rasa tahun depan nya Asian Idol, terpaksalah kita cari judges yang neutral dan lebih memberikan analisis yang lebih tepat.

Tapi, walau macam mana pun, aku mengucapkan tahniah pada Hady Mirza yang telah berjaya memenangi peraduan ini dan berjaya membawa negaranya dan muka seorang jejaka Melayu ke taraf Antarabangsa. Aku pasti, seluruh dunia yang meminati siri Idol ni nak tahu siapa pemenang Asian Idol.

Syabas Hady.

Aku Bangga dengan Natasha Nabila Muhammad Nasir - Top PSLE Student 2007 di Singapura.

Top Student

Aku betul-betul happy dan bangga dengan pencapaian Natasha. Kebahagiaan aku ni melebihi kebahagiaan yang aku perolehi dengan pencapaian aku sendiri selama ni. Aku macam nak pergi jumpa dengan budak ni dan mengucapkan tahniah kepadanya kerana telah berjaya menjadi pelajar terbaik untuk PSLE tahun 2007 dan sekaligus pelajar Melayu terbaik di Singapura. Aku rasa ramai yang membaca artikel ni akan rasa bangga dengan pencapaiannya. (more…)

Masalah terbesar Ekonomi Amerika Syarikat masih belum diselesaikan


Chairman Fed, Bernanke diajak berbicara oleh Congressman Ron Paul. Dengar betul-betul apa yang Ron Paul katakan dan korang akan dapat informasi tentang masalah yang dihadapi Amerika Syarikat sekarang yang berkait rapat dengan Inflasi yang semakin meningkat dan masalah Interest Rate yang semakin rendah dan direndahkan oleh Fed yang sebenarnya menyebabkan inflasi semakin meningkat.

Next Post, aku cuba explainkan pada korang ape benda-benda yang dorang bicarakan ni.

-Ahakz-

Kunci dan Rahsia Memotivasikan Diri Sendiri

kunci

Korang pernah tak nak buat something yang korang tahu mesti dibuat dan harus dibuat? Tapi cam mana pun korang try, korang tetap tak ada motivasi untuk buat benda yang korang dah plan tu. benda yang korangplan tu pun bukan benda tak bagus tapi benda yang bagus. yang dah lama korang nak buat dan tahu bahawa benda ni kalau korang buat mesti ada faedahnya.Sebagai contoh, memang korang tahu korang nak kena simpan duit untuk masa depan dan untuk menjamin diri sendiri dan keluarga kalau ada apa-apa masalah pada masa hadapan. Tapi, tiap kali masuk gaji, duit tu tak tahu pergi entah ke mana. Bagi yang ada mata air tu, mungkin mata air ajak gi jalan-jalan. Lepas tu ternampak lak baju nan cantik yang berwarna biru. Lepas tu nampak lak kasut baru Charles and Keith yang kena pulak dengan baju yang baru beli tadi. Baju tadi pun bukan sebarang baju kau. Baju Mango lah katakan atau dikenali sebagai MNG. Ada sale beb, tak boleh resist. (more…)

Melayu Boleh!

Aku selalu dengar orang laungkan “Melayu Boleh”. Tapi, yang aku nak tanya sekarang pada korang semua, kalau Melayu boleh buat banyak benda, kenapa mesti bilang orang semua yang Melayu boleh? Itu yang pelik benar tu. Sampai sekarang aku pelik kenapa kalau dah boleh, mesti laung-laungkan yang Melayu boleh.

Aku tak pernah dengar pun orang Cina cakap Cina Boleh! Atau orang India cakap India Boleh! Atau orang dayak cakap dayak Boleh! Kenapa orang Melayu yang selalu cakap cam ni. Ahhh…korang pun pelik kan? Pada pendapat akal aku yang baru bangun tido ni, aku rasa ada beberapa sebab kenapa orang kita suka cakap cam ni. (more…)

Ad Spot Ad Spot Ad Spot

SUBSCRIBESINI

:
:

Informasi TerGerek Menuju Ke Arah Kejayaan

RECENTPOSTS

MYARCHIVE

  • ------------------ JAM DINDING ------------------


  • Free shoutbox @ ShoutMix

    Pembaca Setia. Inilah dia members-members aku yang paling cool dan gerek yang datang untuk membaca blog 24Tujuh!Recent Readers

    Desigual 1

    Desigual 2

    Desigual 3

    jeremy ville 3

    jeremy ville 2