Blog ini berkisahkan...

Cerita-cerita semut, harimau dan binatang-binatang liar. Ketahuilah macam mana semut dengan berbekalkan semangat yang kuat dan sikap bekerjasama yang hampir perfect dapat menjatuhkan harimau yang tidak bertaring tapi lidah bercabang. Kalau nak tahu cerita sebenar, teruskan baca blog ni.

Sebenarnya,...

Ishykiel ingin berkongsi dengan korang semua, informasi terkini mengenai personal finance, internet marketing dan internet business, teknologi, self development dan lain-lain lagi untuk semua yang sudi menerima. Of course, do so at your own risklah. -Ahakz-

Archive: Motivasi

NLP itu apa benda ah?

NLP Logo

NLP atau Neuro Linguistic Programming adalah satu bidang yang agak menarik bagi diri aku. Ia merupakan bidang psikologi yang membuat kajian mengenai bagaimana seseorang itu membina dunianya berdasarkan mental (pemikirannya) dan peta konseptualnya sendiri. Senang cakap, ia menyelidiki cara-cara seseorang itu berfikir. Pemikiran kita dikatakan dibina oleh perkara-perkara yang hidup dan berkembang di dalam alam sub-conscious yang seringkali tidak kita sedari.

Oleh itu, kita ni pada aku kadang-kadang macam zombie hidup. Kita hidup tapi seringkali tidak begitu sedar akan perkara-perkara yang boleh membelenggu kita daripada mencapai kejayaan.

Apa nak buatkan? Bila kita beli kamera, kamera itu datang dengan manualnya yang tersendiri. Tapi, bila kita dilahirkan, kita tidak mempunyai manual untuk mengajar kita menggunakan akal dan otak kita sepenuhnya. Oleh itu, tidak peliklah mengapa ramai orang yang tidak boleh mengawal bagaimana otak mereka berfungsi. Otak kebanyakkan diri kita ni sebenarnya dalam auto mode lah senang cakap. Sekarang, kalau otak kita dalam auto mode, kita mungkin main langgar aje benda-benda di sekeliling kita sehingga ia dapat menyusahkan diri kita dan menghambat kecemerlangan. Oleh itu, NLP lah yang akan mengajar kita bagaimana otak kita berfungsi dan bagaimana ia memproses realiti kehidupan di sekeliling kita.

Ada mental program yang tersendat kat otak kita ni sebenarnya sangat menghambat diri kita daei mencapai sukses atau kejayaan. Kita perlu mengenalpasti apakah mental block dan mental proses yang ada dalam akal kita ni yang seringkali menyusahkan kita dari berjaya. Selepas itu, kita perlu membuat aksi yang conscious untuk mengubah mental files yang ada di dalam akal kita itu kepada sesuatu yang membantu kita dan mendorong kita untuk mencapai kejayaan.

Peta Realiti dunia setiap kita sebenarnya adalah peta yang unik yang terbina dari sekitaran diri kita sendiri. Oleh itu NLP tidak memandang setiap diri seseorang sabagai mempunyai masalah tetapi ianya melihat kondisi seseorang itu sebagai satu respons yang “perfect” bagi individu itu akibat penyesuaian dirinya pada sekitarannya pada ketika itu.

NLP ni memang sesuatu yang menarik dan perlu kita selidiki dengan lebih mendalam jikalau kita inginkan sesuatu perubahan pada diri kita. Berdasarkan dari informasi di atas, kita seringkali perlu membawa diri kita kepada arah dan pengalaman yang dapat membantu kita mencapai kejayaan. Kalau dulu, kita hanya membaca buku tentang pelaburan, kita mungkin ingin mengubah situasi itu kepada menghadiri seminar pelaburan dan kemudian mungkin juga menulis buku tentang pelaburan dan seterusnya.

In simple words, “Get out of your comfort zone!!!” and get your butt off the couch to make something work for yourself as you only have 1 life.

Mintak maaf tentang kekasaran di atas. Sememangnya tidak disengajakan…heh.

Ishykiel

Hilangkan Depression

Tekanan Perasaan

Aku rasa semua orang pasti pernah menghadapi tekanan perasaan atau depression dalam hidup mereka. Ini adalah sesuatu yang agak payah atau impossible untuk dielakkan kerana hidup ni pasti akan ada rintangan dan apa yang selalu dipanggil liku-like kehidupan. Tapi apakah itu Depression dan apa yang boleh dilakukan untuk mengurangkan atau menghilangkan Depression ni?

Depression sebenarnya adalah sesuatu yang berakar umbi di fikiran kita. Ia berlaku apabila seseorang itu menghadapi sesuatu masalah yang pada fikirannya adalah sesuatu yang tersangat besar sehinggakan dia sebagai seorang individu tidak dapat menanganinya dan menyelesaikannya. Ia membuat si individu itu rasa tidak ada jalan keluar bagi dirinya tentang permasalahan itu dan sekaligus membuat dirinya merasakan bahawa dia tidak berupaya lagi dan tidak mempunyai kuasa untuk membuat sesuatu perubahan yang lebih baik tentang masalah yang dihadapinya.

Oleh itu, Depression ni adalah suatu penipuan pada diri kita sendiri kerana si pemikir sebenarnya ada kuasa dan kebolehan untuk mengubah nasibnya dan oleh itu mampu menyelesaikan masalah itu. Kerana minda dan akalnya telah menetapkan yang apa yang dihadapinya sesuatu yang sudah pasti tidah dapat diselesaikan, kekuatan mental, physiologi dan spiritualnya terus rapuh dan masalah yang dihadapinya sudah pasti menjadi seperti sesuatu yang lebih besar dari apa yang sebenarnya.

Oleh itu, bagi orang yang menghadapi masalah, adalah lebih baik jikalau dia memecahkan masalah itu kepada bahagian-bahagian yang kecil. Kemudian, aturkan strategi untuk menyelesaikan masalah tersebut dari satu bahagian ke satu bahagian yang lain. Jikalau kita hadapi sesuatu masalah itu sekali gus, sudah pasti kita akan melihatnya sebagai satu gunung yang tidak boleh diharungi. Tetapi, jikalau kita memecahkan gunung itu kepada bukit-bukit kecil yang mampu kita tangani, kita akan merasakan diri kita ni berkemampuan untuk menyelesaikan masalah itu.

Kita harus ingat juga bahawa bagi setiap masalah yang diberikan kepada kita, pasti ada jalan keluarnya. Oleh itu, janganlah kita mudah terpedaya dengan masalah kita sendiri dan cuba memikirkan cara-cara kita boleh menguatkan semangat kita untuk menghadapi apa jua masalah.

Di bawah adalah atur cara untuk kita menangani Depression.

1. Tuliskan masalah kita di atas kertas dan cuba lihat di mana puncanya masalah tersebut.

2. Pecahkan masalah tersebut kepada beberapa bahagian kecil.

3. Aturkan strategi untuk menyelesaikan setiap bahagian masalah.

4. Isikan minda kita dengan energi dan pemikiran positif bahawa setiap masalah dapat dikurangkan dan akhirnya diselesaikan.

5. Ambil tindakan dan terus jalankan strategi yang telah kita aturkan.

6. Cari seseorang yang dapat membantu kita dengan memberi nasihat yang baik dan mendorong kita secara positif.

7. Terus mengambil tindakan dan sentiasa berdoa dari Tuhan yang Maha Esa agar membantu kita mengharungi segala dugaan.

Aku harap, korang dapat sedikit manfaat dari post ini. Semoga berjumpa lagi!

-Ahakz!-

Ciri-ciri yang Boleh Memusnahkan Seorang Usahawan

Kat tangan aku sekarang adalah sebuah buku yang berjudul SunZi’s Art of War. Kalau korang nak tahu, si SunZi ni adalah seorang pahlawan (General) yang unggul dan bukunya “SunZi’s Art of War” ni telah ditulis 2500 tahun dahulu dan yang menarik perhatian aku kepada buku ni ialah falsafah-falsafah yang terkandung di dalam buku ini dan bagaimana ia boleh digunakan untuk membantu seseorang membina sebuah perniagan yang kukuh dan sekaligus menjadi seorang usahawan yang berjaya.

SunZi mengatakan bahawa “Pengetahuan yang mendalam tentang diri sendiri dan tentang musuh-musuh kita adalah rahsia mencapai kejayaan”. Jadi kita semua harus mengetahui diri kita masing-masing, kekuatan dan juga kelemahan yang ada. Pada pendapat aku pulak, kita harus pelajari cara-cara mengenal diri kita sendiri. Cara untuk mengenal diri sendiri adalah dengan mengenal ciri-ciri yang ada pada semua manusia. Dalam agama Islam, bidang Tasauf yang mengajar ilmu ini dengan begitu mendalam dan mengajar kita untuk mengenal diri kita sendiri sebelum mengenal Tuhan. Kata-kata ni semua mempunyai makna yang mendalam dan untuk aku menghuraikannya agak payah dan aku rasa tak layak untuk menerangkan perkara-perkara kerohanian. Apa yang aku tahu adalah bidang Tasauf ada mengajar kita tentang ciri-ciri yang buruk dalam diri kita dan juga mengajar kita ciri-ciri yang baik yang perlu kita adakan dalam diri. Jadi, aku ada duduk terfikir sama ada si SunZi ni ada belajar tasauf pada masa tu. Tak mustahil kan? (more…)

Selamat Tahun Baru Semua!

Sebelum terlalu terlambat, aku rasa lebih baik aku ucapkan korang semua Selamat Tahun Baru. Tahun baru ni, aku harap, aku dapat memanfaatkan semua orang yang membaca blog ini. Aku tahu kadang-kadang aku lambat update blog ini tapi apa nak buat, banyak kerja lain yang aku buat selain dari blog ni dan kadang-kadang aku simpan benda yang aku nak share dengan korang buat masa-masa yang lebih sesuai.

New Year’s Eve, aku duduk dengan emak dan bapak aku sambil berbual. Berbual panjang jugak dan banyak jugak berbual tentang agama. Aku berterima kasih pada mereka ni kerana sering mengingatkan aku tentang agama supaya aku tak tersasar jauh dengan keduniaan sahaja. (more…)

Nanti Tak akan Tiba

Nanti“Nanti” adalah suatu perkataan yang popular. Yang aku rasa selalu digunakan apabila ada benda yang perlu kita buat tetapi agak malas nak lakukan kerana sebab-sebab yang tertentu. Aku sendiri pun selalu pakai perkataan ni semasa aku kecik-kecik dulu. Bila emak aku suruh pergi kedai beli barang atau pergi pasar yang agak jauh dimana aku perlu naik basikal dan kayuh selama 10 minit, aku akan selalu menggunakan perkataan “nanti”. Aku akan kata. “Nanti eh ibu, Is nak tengok TV kejap”. Tapi, sejak kebelakangan ini, aku ada duduk terfikir tentang perkataan ni. Aku rasa perkataan “Nanti” ni kalau digunakan selalu dalam situasi sekarang, akan melemahkan aku dan akan membuat aku tertinggal ke belakang. These days, aku suka gunakan perkataan “Sekarang” dan jarang-jarang gunakan perkataan “Nanti”. (more…)

Asian Idol Winner adalah Hady Mirza!

HadyTahniah aku ucapkan kepada Hady Mirza kerana telah berjaya mendapat gelaran Pemenang Asian idol pertama di dunia. Kemenangan ini adalah sesuatu yang dapat rakyat kita banggakan sebab kemenangan ini menunjukkan, walaupun kita sebuah negara yang kecil kita dapat mengharungi semua rintangan dan berjaya akhirnya.Ternyata, Hady telah memberikan yang terbaik di dalam peraduan ini dan kita pun dapat lihat yang walaupun judges tidak berada di pihaknya, dia tetap dapat menyerlah dan konfiden bernyanyi dan memberikan yang terbaik dia mampu.

Terus terang, aku rasa judges kat Asian Iddol ni macam lebih berpihak kepada idol negara mereka masing-masing. Aku rasa, kat area ni mereka perlu lebih professional dan memberi kritikan yang lebih objektif. Kalau tidak, aku rasa tahun depan nya Asian Idol, terpaksalah kita cari judges yang neutral dan lebih memberikan analisis yang lebih tepat.

Tapi, walau macam mana pun, aku mengucapkan tahniah pada Hady Mirza yang telah berjaya memenangi peraduan ini dan berjaya membawa negaranya dan muka seorang jejaka Melayu ke taraf Antarabangsa. Aku pasti, seluruh dunia yang meminati siri Idol ni nak tahu siapa pemenang Asian Idol.

Syabas Hady.

Ad Spot Ad Spot Ad Spot

SUBSCRIBESINI

:
:

Informasi TerGerek Menuju Ke Arah Kejayaan

RECENTPOSTS

MYARCHIVE

  • ------------------ JAM DINDING ------------------


  • Free shoutbox @ ShoutMix

    Pembaca Setia. Inilah dia members-members aku yang paling cool dan gerek yang datang untuk membaca blog 24Tujuh!Recent Readers

    Desigual 1

    Desigual 2

    Desigual 3

    jeremy ville 3

    jeremy ville 2