Blog ini berkisahkan...

Cerita-cerita semut, harimau dan binatang-binatang liar. Ketahuilah macam mana semut dengan berbekalkan semangat yang kuat dan sikap bekerjasama yang hampir perfect dapat menjatuhkan harimau yang tidak bertaring tapi lidah bercabang. Kalau nak tahu cerita sebenar, teruskan baca blog ni.

Sebenarnya,...

Ishykiel ingin berkongsi dengan korang semua, informasi terkini mengenai personal finance, internet marketing dan internet business, teknologi, self development dan lain-lain lagi untuk semua yang sudi menerima. Of course, do so at your own risklah. -Ahakz-

Archive: Personal Finance

Mari Belajar dari Warren Buffet

Member kita kat atas ni diiktiraf sebagai orang yang terkaya di dunia oleh Forbes International. Dia mendapat kekayaannya dari pelaburan-pelaburannya.

Untuk mempelajari dengan lebih mendalam lagi tentang nasihat-nasihat pelaburannya untuk pelabur-pelabur Berkshire Hathaway (Syarikat pelaburannya yang Utama), sila ke lelaman yang mengandungi nasihat dari Warren Buffet . Ia mengandungi banyak rahsia dan strategi pelaburan.

Tima kacih!

Harga Emas Naik ke paras US$945 hari ni.

Harga emas naik lagi dan ini juga disusuli dengan kenaikan harga silver di paras US$17.40 per ounce. Aku rasa harga Silver akan naik ke paras US$19.00 tak lama lagi kerana harga Silver selalunya akan mengikut harga emas dan perhubungan mereka diambil kira dengan menggunkan Gold-Silver ratio.

Kalau ratio ni semakin meningkat, ia menunjukkan harga emas yang naik dengan lebih banyak dari segi peratusan dari Silver. Kalau ia berkurangan, ia selalunya menunjukkan kenaikkan harga Silver yang lebih cepat dari emas. Selalunya, para pembeli dan penjual emas dan silver akan jual silver dan membeli emas jika gold-silver ratio berkurangan kerana selepas kenaikkan harga silver, selalunya akan disusuli dengan kenaikkan harga emas pula.

Pada post aku yang lalu “Harga Emas“, pada tanggal 27 Desember, aku menulis tentang harga emas yang telah mencecah US$827.80. Kalau korang membeli emas masa tu dan menyimpannya,korang dah pun kaup untung sebanyak lebih sedikit dari 10%. Not bad kan? Lebih dari apa yang bank kasi dengan interest yang pada aku agak sedikit dan tidak boleh membantu kita dari proses kemiskinan akibat kesan-kesan inflasi.

Harga minyak pun telah naik dan melepasi paras US$100. Ini buat aku macam nak jual kereta aje dan naik bas.Tapi, susah pulak aku nak travel sana sini nanti. Jadi, aku rasa aku akan kurang travel jauh-jauh kalau tak ada sebab-sebab penting dan mustahak. Tapi aku rasa kalau macam gini hidup ni aku asyik dibelenggu dengan tidak kecukupan wang. Jadi marilah kita sama-sama cari jalan untuk mempertingkatkan ilmu, mempertingkatkan daya penghasilan kita sendiri dan cuba mencari rezeki yang halal.

Bila aku jumpa cara-cara best untuk mencari rezeki, aku akan share dengan korang semua. Sekarang, aku kena pergi attend seminar Ewen Chia, tentang internet marketing.

-Ahakz-

Cerita Semut dan Belalang

Aku rasa korang mesti dah pernah tengok kartun Semut dan Kartun belalang Walt Disney yang telah ada agak lama jugak. Kalau korang tak pernah tengok , biar aku ceritakan sikit tentang kartun ni.

Kartun ni berkisah tentang belalang yang sentiasa bersuka ria semasa musim panas, apabila makanan dan minuman selalu banyak. Si belalang ni suka pulak suka mengejek si semut yang asyik bekerja, bertungkus lumus mencari makanan dan menyimpannya di dalam sarangnya sebagai persiapan musim sejuk. Si semut terus tidak mengendahkan si belalang yang merasakan bahawa si semut ni makhluk yang tak cool langsung.

Tanpa disedari, musim sejuk pun akhirnya tiba dan si belalang ni terus kesejukkan dan berasa sungguh lapar kerana pada masa tu susah nak cari makanan dan minuman. Si semut pulak duduk selesa di dalam sarangnya, menikmati hasil pekerjaannya semasa waktu-waktu senang pada musim panas. Akhirnya, si belalang dengan badannya yang kurus dan keadaannya yang hampir mati terpaksa mengetuk pintu si semut meminta pertolongan dari sang semut. Si semut dengan hati yang mulia, menerima belalang di rumahnya dan seperti banyak kartun Walt Disney, mereka berbahagia bersama minum teh panas di depan timbunan kayu yang dibakar untuk memanaskan diri mereka.  

Aku rasa, ada banyak yang boleh kita pelajari dari cerita Semut dan Belalang ni. Kalau korang dengar radio, tengok berita atau baca berita, korang pasti akan terdengar keluhan orang ramai tentang harga barang dan kadar inflasi yang terus meningkat. Berapa ramai orangkah yang faham mengapa ini terjadi dan berapa ramai orangkah yang bersedia untuk menangani masalah kenaikkan barang yang sedang terjadi sekarang?

Aku rasa, ada ramai jugak orang di luar sana yang tak faham akan bagaimana ekonomi bergerak dan apakah yang menyebabkan ia naik dan apa yang menyebabkan ia turun. Sedarilah saudara dan saudari semua, kita perlu pelajari bidang ilmu ekonomi dan perkara-perkara yang berkaitan dengan personal finance supaya kita dapat berbuat seperti apa yang semut lakukan semasa musim panas, iaitu membuat persediaan untuk musim sejuk yang penuh dengan kesusahan.

Korang mesti ingat yang semut tahu musim sejuk akan tiba sedangkan belalang tidak. Belalang tidak tahu yang musim akan berubah dan kerana dia tidak tahu bila musim akan berubah, maka itu dia tidak membuat persediaan langsung. Dia hanya fikirkan dirinya kelihatan cool dan bersenang lenang semasa rezeki melimpah ruah semasa musim panas. Semut pulak boleh dipanggil ahli cuaca di sini dan oleh kerana dia tahu tentang cuaca dan bagaimana cuaca mempengaruhi sumber rezekinya dan adanya cycle dalam alam, semut ni sebenarnya seorang ahli ekonomi.

Kalau pun semut ni bukan ahli ekonomi, dia ni sekurang-kurangnya mempunyai ilmu berkaitan dengan ekonomi dan belalang pulak tidak.

Jadi kat sini, aku nak nasihatkan korang semua tentang pentingnya menimba ilmu personal finance dan juga tahu sedikit sebanyak bagaimana ekonomi kita begerak dan berfungsi. Kalau kita tahu adanya cycle dalam ekonomi dan ada mempelajari dan menyiapkan beberapa indicator untuk memberi amaran kepada kita tentang penukaran iklim ekonomi, tentu sekali kita akan membuat persiapan selanjutnya.

Lagi satu perkara yang boleh kita pelajari dari semut ialah dia tahu macam mana dan bila waktu yang terbaik untuk bertungkus lumus mencari rezeki. Kita pun boleh buat demikian jugak. Kebanyakkan dari kita tahu untuk menyimpan wang di dalam bank tapi tahukah mereka yang keadaan mereka bukan semakin kaya tetapi semakin miskin jikalau wang mereka duduk terpendam di dalam bank?

Proses pemiskinan ini berlaku kerana kadar interest yang diberi bank terlalu sedikit, agak-agak lebih sikit dari 1% dan kadar inflasi on average agak-agak 4%. Inflasi mengurangkan “harga” sebenar duit kita. Jadi, kalau kita tak mengerjakan duit kita melalui pelaburan yang bijak (Asset Allocation) dengan baik, duit kita tu akan diamamah usia dan dari segi ”Actual Value” akan berkurangan dan berkurangan seterusnya.

Jadi, marilah kita pelajari dari sang semut. Pelajarilah ilmu mengenal musim (Ekonomi) dan apa yang menyebabkan musim (Ekonomi) berubah. Apabila kita dah tahu tentang adanya proses penukaran musim dan apa yang menyebabkannya, kita perlu pulak seterusnya tahu apa yang perlu dibuat pada setiap musim.

Kalau musim ekonomi baik, apa yang harus kita buat? Kalau ekonomi merosot, apa pulak yang harus kita buat? Kedua-dua musim memerlukan strategi yang berbeza. Pengetahuan ini sangat penting dan boleh membantu kita tak kira apa musim pun yang datang.

Itulah cerita semut dan belalang. Aku harap, korang semua dapat mempelajari sesuatu dari cerita ini. Aku akan cuba berkongsi apa sedikit ilmu yang ada. Semoga kita semua hidup happy happy setiap musim!!!

-Ahakz- 

:p

Mempelajari Cara-cara melabur dalam Saham

Sejak beberapa minggu ni, aku lihat pasaran saham semakin menurun. Ramai yang takut hendak membuat pelaburan sekarang kerana keadaan pasaran yang tidak menentu dan kemungkinan Amerika syaikat terjerumus ke dalam recession dan menghadapi kemerosotan ekonomi. Dengan kemerosotan ekonomi Amerika, tentu sekali ekonomi-ekonomi lain seperti ekonomi Asia, Eropah dan lain-lain ekonomi akan turut terjejas.

Walau macam mana pun, seseorang pelabur yang pintar dan yang berpengetahuan tentang pelaburan, pasti dapat memanfaatkan sebarang keadaan, samada keadaan pasaran yang meningkat (Bullish) ataupun yang menurun (Bearish). Pada pendapat aku, pasaran sekarang sedang memasuki Bearish cycle. Tahun-tahun yang lepas telah menampakkan kenaikkan pasaran dan mendatangkan keuntungan kepada ramai pelabur. Bagi aku, apa yang naik akan turun. Itu adalah peraturan semulajadi yang pasti. baik bagi pasaran saham sehingga ke hartanah (Property). Memang kita melihat kenaikkan harga hartanah sekarang di Singapura, tapi masanya akan adatang di mana harga hartanah di Singapura akan melihat penurunan juga. Agak aku dalam tahun 1011 gitu (Agak je tau).

Jadi, kita boleh membuat keuntungan dalam pasaran yang naik danjuga turun? Best kan tu? Jawappannya adalah ia. Memang kita boleh memanfaatkan diri kita dalam pasaran yang meningkat dan menurun. Apabila pasaran meningkat, dalam istilah Inggeris, kita “Go Long” atau kita membeli saham dan menyimpannya buat seberapa waktu dan melihat pelaburan kita itu berbuah. Tapi, dalam keadaan pasaran menurun, macam mana pulak? Kalau keadaan pasaran menurun, kita “Go Short”. Kita beli CFD (Contracts for Difference) atau Options yang membolehkan kita mendapat peluang membuat keuntungan. Untuk mempelajari lebih tentang CFDs, sila pergi ke lelaman SaxoTrader dan untuk Options pula, sila pergi ke lelaman web OptionsXpress. Kedua-dua website ini membolehkan korang membuat investment menggunakan “Leverage”.

Tapi, aku mesti ingatkan korang yang CFD dan Options ni boleh mendatangkan korang keuntungan yang berlipat kali ganda dan juga risiko kerugian yang sebegitu banyak juga. Sebab itulah, orang Melayu kita banyak tak kaya. Pasal apa? Pasal, kebanyakkan mereka tak mahu ambil sebarang risiko. Takut rugilah nak kaatakan. Sebenarnya, semua orang takut rugi tapi jikalau kita takut ambik risiko, janganlah kita merungut jikalau kita lihat orang lain meraih keuntungan pada masa-masa ekonomi menaik dan juga menurun. Bagi aku, kita tak harus takutkan risiko tapi kita harus cari cara untuk mengurangkan risiko. Itu pada aku tersangat penting. (more…)

MoneyTreeAsia - Program Literasi Kewangan untuk Kanak-kanak

Sekarang, ada jugak syarikat di Singapura ni yang menjalankan program untuk kanak-kanak di peringkat sekolah rendah dalam bidang literasi kewangan atau lebih dikenali sebagai Financial Literacy. Aku pun pikir yang orang-orang kita pun perlu akan ilmu literasi kewangan ni pasal aku kadang-kadang tak tahan tengok advertisement kat luar sana yang banyak target orang Melayu kita dengan skim-skim pembayaran ansuran untuk barang-barang yang pada aku bukan satu keperluan asas.

Ini tak bukan dan tak lain tapi untuk mengumpan orang-orang yang kurang financial literacy mereka untuk terjebak dalam masalah hutang. Pasal, yang banyak ambik skim pembayaran secara ansuran ni adalah orang-orang yang sebenarnya tak begitu mampu nak beli barang-barang mahal ni. Memang, ada orang yang baru berumahtangga atau baru pindah rumah dan memerlukan barang-barang tu. Tapi aku rasa lebih baik dorang jimat cermat dan simpan duit itu untuk masadepan dorang.

Itu pasal aku rasa yang program Moneytreeasia ni ada baiknya. Ia boleh memupuk nilai-nilai dan habit-habit yang baik seperti jimat menyimpan wang, membuat pelaburan bagi wang yang disimpan dan sebagainya. Check outlah website Moneytreeasia.

Mungkin ada sesuatu di sana yang boleh korang pelajari.

-Ahakz-

Aku nak Cancel Credit Card ni. Nah, ambik kau!

Baru-baru ni, aku rasa macam nak cancel aje credit kad aku yang kebanyakkannya aku tak pakai pun. Aku cuma selalu pakai satu atau dua aje credit kad yang ada pada aku. Yang lain tu kadang-kadang macam buat memberatkan wallet aku je. Jadi, tergerak pulak hati aku untuk cancel kad credit aku yang jarang-jarang aku pakai.

Tapi bila aku talipon bank-bank terbabit, punya susah nak get through. Macam nak dapat berbual dengan chief mafia pulak. Dahlah tu, punya banyak dia punya, “We will redirect you to the appropriate line”. Aku rasa macam nak hang up je phone tu, tapi tak boleh pulak pasal aku dah dapat beberapa sampul surat dari dorang ni yang memerlukan aku bayar renewing fees. Aku tak nak bayar renewing fees ni. Ada bank charge sampai 300 dolar kau. (more…)

Kejayaan dari segi Kewangan bermula dengan Personal Budgeting

Personal Budgeting

Banyak orang yang nak berjaya dari segi kekayaan dan simpanan. Tapi banyak orang jugak terperangkap dan terjerat dengan benda-benda ni:

1. Terlalu Banyak Hutang

2. Terlalu Sikit Wang Simpanan

3. Terlalu Banyak Belanja

Untuk tidak terperangkap di dalam perkara-perkara di atas, kita perlu adakan Personal Budget. Personal budget ni lah yang akan menjadi peta kita dan juga berfungsi seperti lampu isyarat supaya kita tak overspend atau berbelanja secara keterlaluan. (more…)

Invest Sendiri-sendiri atau cari Pak Financial Advisor?

Soalan kat atas ni memang perlu kita jawab kalau kita nak memulakan perjalanan investment (Investment Journey) kita. Kita harus membuat pemilihan kerana yang satu lebih memerlukan kita membuat banyak kajian dan bacaan dari yang satu lagi. 2 cara tersebut adalah:

1. Invest Sendiri-sendiri (Do-it-Yourself Investment)

2. Invest dengan mendapat Bantuan Finance Advisor (Ini korang kena berhati-hati)

Personally, aku suka cara yang pertama kerana cara yang pertama memberikan aku control dan empowerment pada diri aku. Aku rasa takde orang lain yang lebih baik untuk menjaga dan mengarahkan ke mana dan bagaimana untuk membuat pelaburan kecuali diri aku SENDIRI. Aku pun tak boleh salahkan orang lain kalau pelaburan aku mendapat kerugian. Harga saham menjunam tu memanglah perkara biasa dan ada cara-cara, strategi-strategi yang akan aku sampaikan pada lain post supaya kita tidak rugi apabila harga saham menjunam. Yang penting, kita tak terjunam sekali dengan saham tu atau terjunam dari tingkat sepuluh… ahakz. (more…)

Simpan Duit dan Invest Sekarang Brader!

Duit dan syiling

Ya Braders and Sisters semua. Simpanlah duit sekarang dan kemudian invest duit tu. Ramai orang kita yang tak berapa suka simpan duit kerana dorang kata kalau simpan duit banyak-banyak bukan boleh bawa ke kubur. Ah, ini adalah mindset yang salah pada pendapat aku. Memang duit tu tak boleh bawa ke kubur tapi duit tu juga boleh digunakan untuk kegunaan yang bermanfaat pada masa hadapan dan apabila diperlukan seperti untuk meneruskan pelajaran, menghadapi masa susah, membiayai kos hospital dan perubatan, pergi Haji dan bermacam-macam lagi. (more…)

Ad Spot Ad Spot Ad Spot

SUBSCRIBESINI

:
:

Informasi TerGerek Menuju Ke Arah Kejayaan

RECENTPOSTS

MYARCHIVE

  • ------------------ JAM DINDING ------------------


  • Free shoutbox @ ShoutMix

    Pembaca Setia. Inilah dia members-members aku yang paling cool dan gerek yang datang untuk membaca blog 24Tujuh!Recent Readers

    Desigual 1

    Desigual 2

    Desigual 3

    jeremy ville 3

    jeremy ville 2