Blog ini berkisahkan...

Cerita-cerita semut, harimau dan binatang-binatang liar. Ketahuilah macam mana semut dengan berbekalkan semangat yang kuat dan sikap bekerjasama yang hampir perfect dapat menjatuhkan harimau yang tidak bertaring tapi lidah bercabang. Kalau nak tahu cerita sebenar, teruskan baca blog ni.

Sebenarnya,...

Ishykiel ingin berkongsi dengan korang semua, informasi terkini mengenai personal finance, internet marketing dan internet business, teknologi, self development dan lain-lain lagi untuk semua yang sudi menerima. Of course, do so at your own risklah. -Ahakz-

Archive: Suka-suka

Politik Kampung.

Politik seperti sesuatu yang agak kurang sedap didengar. Kalau ada orang yang menyuarakan perkataan politik kepada aku. Pertama yang datang kepada otak aku adalah imej orang-orang yang gilakan kuasa dan yang hanya suka megambil kesempatan atas orang lain. Aku rasa, ramai di antara kita pun berfikiran begitu jugak kan?

Jadi, politik ni sentiasa dikaitkan dengan benda yang negatif sedangkan ianya adalah sesuatu yang sangat penting di dalam sesebuah masyarakat. Ia penting sebab ianya adalah satu kriteria untuk adanya satu sistem yang boleh berfungsi dengan aman dengan damai. Jadi, biarlah ahli politik bertekak antara mereka. Akhirnya, apa yang kita dapati daripada pertengkaran mereka adalah suatu jalan tengah yang dapat membahagiakan orang yang mereka wakili. Itulah sebab utama adanya parti politik. Mereka mewakili orang-orang di dalam masyarakat.

Aku pulak suka dengar aje apa orang cakap di akhbar dan media massa. Agak menarik bagaimana manusia menghidupkan sesuatu yang sememangnya tidak ada. Agak menarik lagi apabila ada pula orang yang menyokong apa yang diutarakan.

Kalau dulu, orang bergaduh dengan keris dan pistol, sekarang orang bergaduh dengan lidah dan media massa sebagai senjata.

Jadi, apa pulak dengan politik kampung. Politik kampung pada aku adalah apabila orang-orang bertekak tentang perkara-perkara kecil dan remeh. Apa yang menarik adalah perkara yang kecil itu dibesar-besarkan sehingga ianya dapat menggoyang fabrik sesuatu masyarakat atau kelompok manusia.

Jadi, lain kali, kalau kita nak bertengkar pun, cubalah teliti samada apa yang dipertengkarkan itu sesuatu yang berguna untuk dipertengkarkan. Janganlah kerana telur sebiji riuh sekampung pulak kan?

-Ahakz-

Ishykiel

Sedikit Jenaka untuk Hilangkan Stres

Jenaka

Kat post ni, aku selitkan sedikit beberapa jenaka yang aku rasa boleh menenangkan fikiran dan membuat kita happy. Jadi, tunggu apa lagi, relaks, sit back dan enjoy!

1. Bukak Baju

Semalam, bini aku suruh aku bukak kain batik dia.

Kemudian, dia suruh aku bukak baju panjang dia.

Lepas tu dia jentik aku kat telinga dan cakap ngan aku jangan pakai pakaian dia lagi.

-Ahakz-

2. Apek Mintak tolong

Satu kampung keluar tengok apek sorang apek ni tengah tolak barang-barang dia. Apek tu pekik, “Tolong Tolak! Tolong Tolak!” Semua orang pun turun ah apa lagi tanya apek tu. “Apek. Apek. Kita semua tolong tolak lu punya barang.” Apek tu dengan muka selamba macam Bradd Pitt pun cakap, “Wa bukan suruh lu olang tolong tolak wa punya barang. Wa ada sini jual Tolong (Sayur Terung) dan Tolak (Sayur Ketola)”.

-Ahakz-

3. Meeting Doktor-doktor

Satu hari yang menawan. Sekumpulan doktor psikologi baru saja keluar dari seminar tentang membantu pesakit-pesakit psikologi. Tiba-tiba sorang daring mereka berkata, “Orang asyik datang pada kita je untuk berbincang tentang rasa bersalah dorang dan apa yang sering mereka takutkan. Tapi kita lak, takda orang untuk kita beritahu masalah kita”, semua doktor-doktor tu pun mengangguk kepala.

Satu minit kemudian, seorang dari doktor tu berkata, “Kita kan professional, apa kata kalau kita beritahu satu sama lain tentang masalah-masalah dan pengakuan kita?”

Tiga doktor yang lain pun bersetuju.

Doktor pertama berkata, “Aku kan sebenarnya macam nak bunuh semua pelanggan-pelanggan aku. Apa? Dorang ingat dorang aje ke ada masalah? Aku takda masalah ke? Kalau ikutkan hati, akumacam nak ambik mesin gun dan tembak semua kat kepala, biar headshot macam aku main Counter Strike.”

Doktor yang kedua pulak berkata, “Aku ni pulak suka beli benda mahal-mahal dan suka berjoli dan berfoya-foya dengan pompuan-pompuan jambu yang aku kenal kat kelab malam. Bini aku tak tahu ni semua. Aku bikin secara diam-diam je lah kan. Jadi, untuk support aku nya lifestyle lah kan, aku cuba perah seberapa banyak duit dari pelanggan akulah. Dorang ni semua bengap dan bodoh. Apa dorang tahu. Apa aku suruh dorang beli, dorang beli. Bodoh macam bangau.”

Doktor yang ketiga pulak berkata, “Pernah aku nasihatkan beberapa pelanggan pompuan aku bercerai dengan laki dorang. Lepas tu, aku cari chance lah dengan dorang yang kesunyian. Aku mintak dorang belikan aku barang mahal-mahal, jadi macam sugarlady lah dorang. Fuyou, kaya aku dibuatnya.”

Doktor yang keempat pulak mula membuat pengakuan, “Aku tahu aku tak patut buat benda ni, tapi macam mana pun aku tahan, tetap aku gagal. Aku ni tak boleh simpan rahsia.”

-Ahakz-

Cerita Semut dan Belalang

Aku rasa korang mesti dah pernah tengok kartun Semut dan Kartun belalang Walt Disney yang telah ada agak lama jugak. Kalau korang tak pernah tengok , biar aku ceritakan sikit tentang kartun ni.

Kartun ni berkisah tentang belalang yang sentiasa bersuka ria semasa musim panas, apabila makanan dan minuman selalu banyak. Si belalang ni suka pulak suka mengejek si semut yang asyik bekerja, bertungkus lumus mencari makanan dan menyimpannya di dalam sarangnya sebagai persiapan musim sejuk. Si semut terus tidak mengendahkan si belalang yang merasakan bahawa si semut ni makhluk yang tak cool langsung.

Tanpa disedari, musim sejuk pun akhirnya tiba dan si belalang ni terus kesejukkan dan berasa sungguh lapar kerana pada masa tu susah nak cari makanan dan minuman. Si semut pulak duduk selesa di dalam sarangnya, menikmati hasil pekerjaannya semasa waktu-waktu senang pada musim panas. Akhirnya, si belalang dengan badannya yang kurus dan keadaannya yang hampir mati terpaksa mengetuk pintu si semut meminta pertolongan dari sang semut. Si semut dengan hati yang mulia, menerima belalang di rumahnya dan seperti banyak kartun Walt Disney, mereka berbahagia bersama minum teh panas di depan timbunan kayu yang dibakar untuk memanaskan diri mereka.  

Aku rasa, ada banyak yang boleh kita pelajari dari cerita Semut dan Belalang ni. Kalau korang dengar radio, tengok berita atau baca berita, korang pasti akan terdengar keluhan orang ramai tentang harga barang dan kadar inflasi yang terus meningkat. Berapa ramai orangkah yang faham mengapa ini terjadi dan berapa ramai orangkah yang bersedia untuk menangani masalah kenaikkan barang yang sedang terjadi sekarang?

Aku rasa, ada ramai jugak orang di luar sana yang tak faham akan bagaimana ekonomi bergerak dan apakah yang menyebabkan ia naik dan apa yang menyebabkan ia turun. Sedarilah saudara dan saudari semua, kita perlu pelajari bidang ilmu ekonomi dan perkara-perkara yang berkaitan dengan personal finance supaya kita dapat berbuat seperti apa yang semut lakukan semasa musim panas, iaitu membuat persediaan untuk musim sejuk yang penuh dengan kesusahan.

Korang mesti ingat yang semut tahu musim sejuk akan tiba sedangkan belalang tidak. Belalang tidak tahu yang musim akan berubah dan kerana dia tidak tahu bila musim akan berubah, maka itu dia tidak membuat persediaan langsung. Dia hanya fikirkan dirinya kelihatan cool dan bersenang lenang semasa rezeki melimpah ruah semasa musim panas. Semut pulak boleh dipanggil ahli cuaca di sini dan oleh kerana dia tahu tentang cuaca dan bagaimana cuaca mempengaruhi sumber rezekinya dan adanya cycle dalam alam, semut ni sebenarnya seorang ahli ekonomi.

Kalau pun semut ni bukan ahli ekonomi, dia ni sekurang-kurangnya mempunyai ilmu berkaitan dengan ekonomi dan belalang pulak tidak.

Jadi kat sini, aku nak nasihatkan korang semua tentang pentingnya menimba ilmu personal finance dan juga tahu sedikit sebanyak bagaimana ekonomi kita begerak dan berfungsi. Kalau kita tahu adanya cycle dalam ekonomi dan ada mempelajari dan menyiapkan beberapa indicator untuk memberi amaran kepada kita tentang penukaran iklim ekonomi, tentu sekali kita akan membuat persiapan selanjutnya.

Lagi satu perkara yang boleh kita pelajari dari semut ialah dia tahu macam mana dan bila waktu yang terbaik untuk bertungkus lumus mencari rezeki. Kita pun boleh buat demikian jugak. Kebanyakkan dari kita tahu untuk menyimpan wang di dalam bank tapi tahukah mereka yang keadaan mereka bukan semakin kaya tetapi semakin miskin jikalau wang mereka duduk terpendam di dalam bank?

Proses pemiskinan ini berlaku kerana kadar interest yang diberi bank terlalu sedikit, agak-agak lebih sikit dari 1% dan kadar inflasi on average agak-agak 4%. Inflasi mengurangkan “harga” sebenar duit kita. Jadi, kalau kita tak mengerjakan duit kita melalui pelaburan yang bijak (Asset Allocation) dengan baik, duit kita tu akan diamamah usia dan dari segi ”Actual Value” akan berkurangan dan berkurangan seterusnya.

Jadi, marilah kita pelajari dari sang semut. Pelajarilah ilmu mengenal musim (Ekonomi) dan apa yang menyebabkan musim (Ekonomi) berubah. Apabila kita dah tahu tentang adanya proses penukaran musim dan apa yang menyebabkannya, kita perlu pulak seterusnya tahu apa yang perlu dibuat pada setiap musim.

Kalau musim ekonomi baik, apa yang harus kita buat? Kalau ekonomi merosot, apa pulak yang harus kita buat? Kedua-dua musim memerlukan strategi yang berbeza. Pengetahuan ini sangat penting dan boleh membantu kita tak kira apa musim pun yang datang.

Itulah cerita semut dan belalang. Aku harap, korang semua dapat mempelajari sesuatu dari cerita ini. Aku akan cuba berkongsi apa sedikit ilmu yang ada. Semoga kita semua hidup happy happy setiap musim!!!

-Ahakz- 

:p

Budaya Kumpulan Budaya Melayu Ke?

Masa aku belajar sociology di NUS dulu, aku terserempak dengan konsep “Group Culture”. Aku tertarik dengan konsep ni kerana konsep ni menerangkan bahawa seseorang individu seringkali melepaskan kelebihan yang ada pada dirinya apabila dia kepada sesebuah kumpulan apabila dia berada bersama kumpulan tersebut.

Pengaruh dan social influence dalam sesebuah kumpulan merupakan satu tenaga yang dinamakan Social Force yang sukar untuk seseorang individu melepaskan dirinya dari terperangkap dalam lingkungan pengaruh sosial tersebut apabila dia terlibat bersama sesebuah kumpulan buat jangka masa yang tertentu.

Aku rasa ramai orang kita yang tidak tahu tentang perkara ini. Mereka mungkin pernah dengar tentang Bad Influence atau konsep pengaruh buruk dari guru-guru mereka di sekolah menengah tapi tahukah mereka tentang adanya kajian dan buku yang ditulis tentang “Group Culture and Influence” (Budaya Kumpulan dan Pengaruhnya) yang dapat memberikan kita banyak informasi tentang kebaikkan dan keburukkan berkumpulan?

Buku-buku ini banyak menerangkan bagaimana proses dan budaya kumpulan itu seringkali memadamkan fikiran dan prinsip seseorang individu tanpa disedarinya (Subconscious level). Ini terjadi kerana pendapat ramai selalunya diambil sebagai pendapat yang mutlak sedangkan kumpulan itu sebenarnya merupakan microcosm yang kecil jika dibandingkan dengan masyarakat sejagat.

Aku sering jugak pergi ke Simpang Bedok untuk makan malam kat sana dan seringkali jugak aku observe orang-orang kita yang banyak kat sana. Aku rasa social interaction and socialising ni memang benda yang bagus. Tapi aku rasa kalau terlalu banyak buat benda-benda macam ni ada keburukkannya. Lebih-lebih lagi jika kumpulan yang kita campur itu ada cara pemikiran dan mindset yang kurang baik dan kadangkala boleh menghambat diri mereka sendiri dari mendapat kejayaan.

Seringkali aku lihat banyak anak melayu kita  duduk berfoya-foya. Pengalaman aku sendiri pulak apabila duduk secara kumpulan ini adalah selalunya orang takut nak cakap benda-benda yang serius dan bermakna kerana takut dipanggil “kental” atau tak cool. Tapi, kerana ini jugaklah mengapa ramai orang kita yang tidak dapat exposure kepada perkara-perkara yang dapat membantu diri mereka sendiri. Realisasi tentang sesuatu yang boleh mendorong seseorang untuk berjaya jarang datang dari sesebuah kumpulan yang suka bersembang sakan secara suka-suka.

Kat sini aku bukan nak larang sesiapa dari socialising. Cuma aku nak ingatkan untuk korang semua berhati-hati apabila berada dalam sesebuah kumpulan. Carilah maklumat mengenai Social Psychology dan Group Culture untuk memahami dengan lebih terperinci apa yang aku katakan ni. Maklumlah, takut diri kita yang sebenar ditelan kumpulan pulak kan.

-Ardy Ishykiel-

Budak Gemuk ni Energetic Giler!

Ad Spot Ad Spot Ad Spot

SUBSCRIBESINI

:
:

Informasi TerGerek Menuju Ke Arah Kejayaan

RECENTPOSTS

MYARCHIVE

  • ------------------ JAM DINDING ------------------


  • Free shoutbox @ ShoutMix

    Pembaca Setia. Inilah dia members-members aku yang paling cool dan gerek yang datang untuk membaca blog 24Tujuh!Recent Readers

    Desigual 1

    Desigual 2

    Desigual 3

    jeremy ville 3

    jeremy ville 2