Blog ini berkisahkan...

Cerita-cerita semut, harimau dan binatang-binatang liar. Ketahuilah macam mana semut dengan berbekalkan semangat yang kuat dan sikap bekerjasama yang hampir perfect dapat menjatuhkan harimau yang tidak bertaring tapi lidah bercabang. Kalau nak tahu cerita sebenar, teruskan baca blog ni.

Sebenarnya,...

Ishykiel ingin berkongsi dengan korang semua, informasi terkini mengenai personal finance, internet marketing dan internet business, teknologi, self development dan lain-lain lagi untuk semua yang sudi menerima. Of course, do so at your own risklah. -Ahakz-

Seminar Technical Analysis MetaStock

Jumaat ni dan Sabtu ni (22nd Feb dan 23rd Feb) ada seminar tentang technical analysis saham dan komoditi. Aku akan hadir untuk seminar ni bersama dua orang kawan aku yang juga berminat untuk mengenali dengan lebih dekat lagi tentang selok belok pelaburan. Kalau korang berminat untuk belajar sedikit sebanyak tentang Technical Analysis, jemputlah hadir pada hari kat atas di Raffles Place, seminarnya percuma dan bolehlah jugak korang belajar macam mana orang baca graph dan price history of shares untuk membeli saham.

Untuk mendapat lebih maklumat tentang seminar ni, sila klik di sini: FREE MetaStock Seminar. Kalau nak sign up pulak, silalah klik di sini: Registerlah.

Bagi sesetengah pelabur yang melabur duit mereka dengan membeli saham direct daripada market, mereka menggunakan Technical Analysis yang dapat memberi mereka isyarat sama ada untuk beli atau jual sesuatu saham. Aku pun pakai technical analysis bila aku ingin buat sesuatu decision tentang pembelian dan penjualan saham. Itu adalah sebahagian dari apa yang aku lakukan sebelum membuat keputusan. Ada lain perkara yang perlu diambil kira juga.

Kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut tentang technical analysis, pergilah ke site ni: TASS.org

Terima kasih kerana membaca! Semoga kita semua boleh jadi kaya satu hari nanti. :p

-Ahakz-

Cerita Semut dan Belalang

Aku rasa korang mesti dah pernah tengok kartun Semut dan Kartun belalang Walt Disney yang telah ada agak lama jugak. Kalau korang tak pernah tengok , biar aku ceritakan sikit tentang kartun ni.

Kartun ni berkisah tentang belalang yang sentiasa bersuka ria semasa musim panas, apabila makanan dan minuman selalu banyak. Si belalang ni suka pulak suka mengejek si semut yang asyik bekerja, bertungkus lumus mencari makanan dan menyimpannya di dalam sarangnya sebagai persiapan musim sejuk. Si semut terus tidak mengendahkan si belalang yang merasakan bahawa si semut ni makhluk yang tak cool langsung.

Tanpa disedari, musim sejuk pun akhirnya tiba dan si belalang ni terus kesejukkan dan berasa sungguh lapar kerana pada masa tu susah nak cari makanan dan minuman. Si semut pulak duduk selesa di dalam sarangnya, menikmati hasil pekerjaannya semasa waktu-waktu senang pada musim panas. Akhirnya, si belalang dengan badannya yang kurus dan keadaannya yang hampir mati terpaksa mengetuk pintu si semut meminta pertolongan dari sang semut. Si semut dengan hati yang mulia, menerima belalang di rumahnya dan seperti banyak kartun Walt Disney, mereka berbahagia bersama minum teh panas di depan timbunan kayu yang dibakar untuk memanaskan diri mereka.  

Aku rasa, ada banyak yang boleh kita pelajari dari cerita Semut dan Belalang ni. Kalau korang dengar radio, tengok berita atau baca berita, korang pasti akan terdengar keluhan orang ramai tentang harga barang dan kadar inflasi yang terus meningkat. Berapa ramai orangkah yang faham mengapa ini terjadi dan berapa ramai orangkah yang bersedia untuk menangani masalah kenaikkan barang yang sedang terjadi sekarang?

Aku rasa, ada ramai jugak orang di luar sana yang tak faham akan bagaimana ekonomi bergerak dan apakah yang menyebabkan ia naik dan apa yang menyebabkan ia turun. Sedarilah saudara dan saudari semua, kita perlu pelajari bidang ilmu ekonomi dan perkara-perkara yang berkaitan dengan personal finance supaya kita dapat berbuat seperti apa yang semut lakukan semasa musim panas, iaitu membuat persediaan untuk musim sejuk yang penuh dengan kesusahan.

Korang mesti ingat yang semut tahu musim sejuk akan tiba sedangkan belalang tidak. Belalang tidak tahu yang musim akan berubah dan kerana dia tidak tahu bila musim akan berubah, maka itu dia tidak membuat persediaan langsung. Dia hanya fikirkan dirinya kelihatan cool dan bersenang lenang semasa rezeki melimpah ruah semasa musim panas. Semut pulak boleh dipanggil ahli cuaca di sini dan oleh kerana dia tahu tentang cuaca dan bagaimana cuaca mempengaruhi sumber rezekinya dan adanya cycle dalam alam, semut ni sebenarnya seorang ahli ekonomi.

Kalau pun semut ni bukan ahli ekonomi, dia ni sekurang-kurangnya mempunyai ilmu berkaitan dengan ekonomi dan belalang pulak tidak.

Jadi kat sini, aku nak nasihatkan korang semua tentang pentingnya menimba ilmu personal finance dan juga tahu sedikit sebanyak bagaimana ekonomi kita begerak dan berfungsi. Kalau kita tahu adanya cycle dalam ekonomi dan ada mempelajari dan menyiapkan beberapa indicator untuk memberi amaran kepada kita tentang penukaran iklim ekonomi, tentu sekali kita akan membuat persiapan selanjutnya.

Lagi satu perkara yang boleh kita pelajari dari semut ialah dia tahu macam mana dan bila waktu yang terbaik untuk bertungkus lumus mencari rezeki. Kita pun boleh buat demikian jugak. Kebanyakkan dari kita tahu untuk menyimpan wang di dalam bank tapi tahukah mereka yang keadaan mereka bukan semakin kaya tetapi semakin miskin jikalau wang mereka duduk terpendam di dalam bank?

Proses pemiskinan ini berlaku kerana kadar interest yang diberi bank terlalu sedikit, agak-agak lebih sikit dari 1% dan kadar inflasi on average agak-agak 4%. Inflasi mengurangkan “harga” sebenar duit kita. Jadi, kalau kita tak mengerjakan duit kita melalui pelaburan yang bijak (Asset Allocation) dengan baik, duit kita tu akan diamamah usia dan dari segi ”Actual Value” akan berkurangan dan berkurangan seterusnya.

Jadi, marilah kita pelajari dari sang semut. Pelajarilah ilmu mengenal musim (Ekonomi) dan apa yang menyebabkan musim (Ekonomi) berubah. Apabila kita dah tahu tentang adanya proses penukaran musim dan apa yang menyebabkannya, kita perlu pulak seterusnya tahu apa yang perlu dibuat pada setiap musim.

Kalau musim ekonomi baik, apa yang harus kita buat? Kalau ekonomi merosot, apa pulak yang harus kita buat? Kedua-dua musim memerlukan strategi yang berbeza. Pengetahuan ini sangat penting dan boleh membantu kita tak kira apa musim pun yang datang.

Itulah cerita semut dan belalang. Aku harap, korang semua dapat mempelajari sesuatu dari cerita ini. Aku akan cuba berkongsi apa sedikit ilmu yang ada. Semoga kita semua hidup happy happy setiap musim!!!

-Ahakz- 

:p

Budaya Kumpulan Budaya Melayu Ke?

Masa aku belajar sociology di NUS dulu, aku terserempak dengan konsep “Group Culture”. Aku tertarik dengan konsep ni kerana konsep ni menerangkan bahawa seseorang individu seringkali melepaskan kelebihan yang ada pada dirinya apabila dia kepada sesebuah kumpulan apabila dia berada bersama kumpulan tersebut.

Pengaruh dan social influence dalam sesebuah kumpulan merupakan satu tenaga yang dinamakan Social Force yang sukar untuk seseorang individu melepaskan dirinya dari terperangkap dalam lingkungan pengaruh sosial tersebut apabila dia terlibat bersama sesebuah kumpulan buat jangka masa yang tertentu.

Aku rasa ramai orang kita yang tidak tahu tentang perkara ini. Mereka mungkin pernah dengar tentang Bad Influence atau konsep pengaruh buruk dari guru-guru mereka di sekolah menengah tapi tahukah mereka tentang adanya kajian dan buku yang ditulis tentang “Group Culture and Influence” (Budaya Kumpulan dan Pengaruhnya) yang dapat memberikan kita banyak informasi tentang kebaikkan dan keburukkan berkumpulan?

Buku-buku ini banyak menerangkan bagaimana proses dan budaya kumpulan itu seringkali memadamkan fikiran dan prinsip seseorang individu tanpa disedarinya (Subconscious level). Ini terjadi kerana pendapat ramai selalunya diambil sebagai pendapat yang mutlak sedangkan kumpulan itu sebenarnya merupakan microcosm yang kecil jika dibandingkan dengan masyarakat sejagat.

Aku sering jugak pergi ke Simpang Bedok untuk makan malam kat sana dan seringkali jugak aku observe orang-orang kita yang banyak kat sana. Aku rasa social interaction and socialising ni memang benda yang bagus. Tapi aku rasa kalau terlalu banyak buat benda-benda macam ni ada keburukkannya. Lebih-lebih lagi jika kumpulan yang kita campur itu ada cara pemikiran dan mindset yang kurang baik dan kadangkala boleh menghambat diri mereka sendiri dari mendapat kejayaan.

Seringkali aku lihat banyak anak melayu kita  duduk berfoya-foya. Pengalaman aku sendiri pulak apabila duduk secara kumpulan ini adalah selalunya orang takut nak cakap benda-benda yang serius dan bermakna kerana takut dipanggil “kental” atau tak cool. Tapi, kerana ini jugaklah mengapa ramai orang kita yang tidak dapat exposure kepada perkara-perkara yang dapat membantu diri mereka sendiri. Realisasi tentang sesuatu yang boleh mendorong seseorang untuk berjaya jarang datang dari sesebuah kumpulan yang suka bersembang sakan secara suka-suka.

Kat sini aku bukan nak larang sesiapa dari socialising. Cuma aku nak ingatkan untuk korang semua berhati-hati apabila berada dalam sesebuah kumpulan. Carilah maklumat mengenai Social Psychology dan Group Culture untuk memahami dengan lebih terperinci apa yang aku katakan ni. Maklumlah, takut diri kita yang sebenar ditelan kumpulan pulak kan.

-Ardy Ishykiel-

3 Perkara yang Penting dalam Sesuatu Negosiasi (Negotiation)

Dalam arena perniagaan sehingga ke arena menjual beli, kita sering menghadapi situasi di mana kita perlu mengadakan sesuatu negosiasi atau dalam bahasa inggeris, Negotiation. Yang boleh aku katakan ialah, semua orang mempunyai falsafah negosiasi di dalam diri dorang walaupun kadang-kadang dorang sendiri tak sedari tentang keberadaan benda tu.

Bagi sesetengah orang, falsafah negosiasi dia adalah untuk menang lebih sebelum deal itu dapat dipersetujui. Selagi dia tak menang lebih, selagi tu dia tak akan mengalah. Ini adalah cara Donald Trump kalau korang nak tahu. Donald Trump dalam buku dia “Think Big” ada mengatakan bahawa kalau dia tak menang lebih atau meraih sesuatu yang melebihi daripada sesuatu deal atau perjanjian, dia tak akan meneruskan perjanjian atau deal berkenaan. Bagi aku, Donald Trump bolehlah buat cam tu pasal kalau dia menang lebih dan kita menang sikit pun, yang pastinya untung yang diraih Donald Trump dan sesiapa yang membuat deal dengan dia pasti akan mendapat keuntungan yang besar dan bukan syiling-syiling dalam laci. :p

Tapi aku nak share dengan korang 3 perkara dalam sesebuah negosiasi yang terpaling penting. Benda ni simple abis dan senang untuk korang ikut. Bagi aku 3 perkara terpenting dalam sesebuah negosiasi ialah:

1. Adakah aku suka dan berkenan dengan orang yang bernegosiasi dengan aku itu?

2. Adakah orang itu suka atau berkenan dengan aku?

3. Sukakah aku kepada idea yang dibincangkan?

Ha. Itulah 3 perkara yang akan aku persoalkan dalam sesebuah negosiasi. Yang penting, aku mesti berkenan dengan orang yang berdiskusi dengan aku. Kalau aku tak berapa berkenan dengan dia, aku rasa lebih baik kita jangan teruskan perancangan yang telah dibincangkan. Orang itu pun mesti berkenan dengan aku dan cara-cara aku. Kalau tak, pasti deal itu tak akan menjadi. Akhir sekali, baru aku tanya diri aku samada aku suka akan idea yang dibincangkan.

Selalunya, orang akan memberi fokus kepada perkara ketiga, iaitu projek dan idea yang dibincangkan. Tapi pada aku, dalam semua projek yang berjaya, mesti ada dinamisme antara peserta-peserta projek. Kalau tak ada, jangan buang masa. Lebih baik pergi library baca majalah Gila-gila. :p

Human elements atau perkara-perkara yang bersangkutan dengan emosi manusia ni tersangatlah penting. Kalau kita nak orang sensitif pada kita, kita juga harus sensitif pada orang lain. Mutual respect mesti ada.

Aku dah beberapa kali terjumpa orang yang berbincang tentang idea-idea yang best-best untuk sesuatu projek atau bisnes tapi kadang-kadang aku rasa dorang ni lupa atau tak tahu yang sebenarnya projek yang dorang bincangkan tu dah gagal sebelum ia bermula kerana diri mereka ni sebenarnya belum bersedia untuk bekerjasama dengan orang lain. Dinamisme tidak ada dan emotional intelligence pulak kurang. Bukanlah aku nak cakap aku ni bagus sangat. Aku mengaku yang aku pun  sentiasa mencuba pertingkatkan diri dalam bidang yang dipanggil “Effective Human Communication and Interaction” yang sebenarnya adalah satu kunci kejayaan.

Kenalilah diri kita dan setelah itu cuba kenali orang lain dan fahami kehendak dan keperluan mereka. Ingat, mesti ada mutual repect. kalau ni takde, jangan teruskan partnership atau projek tu.

Harap apa yang aku katakan kat sini merupakan secebis ilmu yang dapat memanfaatkan korang.

-Ahakz-

Mempelajari Cara-cara melabur dalam Saham

Sejak beberapa minggu ni, aku lihat pasaran saham semakin menurun. Ramai yang takut hendak membuat pelaburan sekarang kerana keadaan pasaran yang tidak menentu dan kemungkinan Amerika syaikat terjerumus ke dalam recession dan menghadapi kemerosotan ekonomi. Dengan kemerosotan ekonomi Amerika, tentu sekali ekonomi-ekonomi lain seperti ekonomi Asia, Eropah dan lain-lain ekonomi akan turut terjejas.

Walau macam mana pun, seseorang pelabur yang pintar dan yang berpengetahuan tentang pelaburan, pasti dapat memanfaatkan sebarang keadaan, samada keadaan pasaran yang meningkat (Bullish) ataupun yang menurun (Bearish). Pada pendapat aku, pasaran sekarang sedang memasuki Bearish cycle. Tahun-tahun yang lepas telah menampakkan kenaikkan pasaran dan mendatangkan keuntungan kepada ramai pelabur. Bagi aku, apa yang naik akan turun. Itu adalah peraturan semulajadi yang pasti. baik bagi pasaran saham sehingga ke hartanah (Property). Memang kita melihat kenaikkan harga hartanah sekarang di Singapura, tapi masanya akan adatang di mana harga hartanah di Singapura akan melihat penurunan juga. Agak aku dalam tahun 1011 gitu (Agak je tau).

Jadi, kita boleh membuat keuntungan dalam pasaran yang naik danjuga turun? Best kan tu? Jawappannya adalah ia. Memang kita boleh memanfaatkan diri kita dalam pasaran yang meningkat dan menurun. Apabila pasaran meningkat, dalam istilah Inggeris, kita “Go Long” atau kita membeli saham dan menyimpannya buat seberapa waktu dan melihat pelaburan kita itu berbuah. Tapi, dalam keadaan pasaran menurun, macam mana pulak? Kalau keadaan pasaran menurun, kita “Go Short”. Kita beli CFD (Contracts for Difference) atau Options yang membolehkan kita mendapat peluang membuat keuntungan. Untuk mempelajari lebih tentang CFDs, sila pergi ke lelaman SaxoTrader dan untuk Options pula, sila pergi ke lelaman web OptionsXpress. Kedua-dua website ini membolehkan korang membuat investment menggunakan “Leverage”.

Tapi, aku mesti ingatkan korang yang CFD dan Options ni boleh mendatangkan korang keuntungan yang berlipat kali ganda dan juga risiko kerugian yang sebegitu banyak juga. Sebab itulah, orang Melayu kita banyak tak kaya. Pasal apa? Pasal, kebanyakkan mereka tak mahu ambil sebarang risiko. Takut rugilah nak kaatakan. Sebenarnya, semua orang takut rugi tapi jikalau kita takut ambik risiko, janganlah kita merungut jikalau kita lihat orang lain meraih keuntungan pada masa-masa ekonomi menaik dan juga menurun. Bagi aku, kita tak harus takutkan risiko tapi kita harus cari cara untuk mengurangkan risiko. Itu pada aku tersangat penting. Continue Reading…

Citra Seorang Pemimpin

Hari-hari bila aku baca surat khabar, pasti ada berita tentang ketua-ketua atau pemimpin-pemimpin yang mengetuai pelbagai institusi, syarikat atau negara. Tapi, berita yang aku dapat tentang mereka ni kadang-kadang bukanlah berita-berita yang baik tetapi berita tentang pemimpin yang telah melakukan sesuatu yang bukan sahaja memalukan diri mereka sendiri tetapi memalukan negara dan bangsa.

Di post ini, aku nak cakap sikit tentang kepimpinan dan bagaimana kepimpinan ni sebenarnya merupakan kebolehan seseorang untuk melakukan yang terbaik bagi dirinya dan orang-orang yang dipimpin.

Kalau kita tanya orang ramai tentang ciri-ciri yang harus ada pada seseorang ketua, kita akan dapati bahawa ciri-ciri yang disuarakan semuanya ciri-ciri yang murni. Kita biasa dengar yang seorang ketua seharusnya mempunyai kelebihan dari pengikut mereka seperti kepintaran, kebolehan berfikir secara analitikal, kebolehan memotivasikan orang ramai dan bermacam-macam lagi ciri-ciri yang mulia. Tapi, soalannya, bolehkah seorang pemimpin yang berhati murni dan penuh kemuliaan survive dalam sekitaran moden yang kita alami sekarang? Adakah seseorang pemimpin itu harus mengikut cara-cara yang kurang bermoral untuk berjaya?

Nak jawab soalan ni memang susah. Tapi aku dapat rasakan sesuatu yang sedang berlaku secara leluasa pada ketika ini di sesetengah institusi. Orang yang jadi ketua organisasi tersebut kadangkala kurang kebolehannya memimpin tapi lebih berkebolehan sebagai seorang administrator dan manager. Mereka berkebolehan dari segi menjalankan tugas mereka supaya sesuatu organisasi itu terus kukuh dan berdiri. Tetapi, ini berlaku dengan mengorbankan beberapa perkara yang seringkali mengongkong sesebuah organisasi itu untuk terus berinovasi dan terus maju ke hadapan. Yang teruk lagi adalah pemimpin yang memikirkan diri mereka sendiri lebih dari orang-orang yang sepatutnya dia bantu. Continue Reading…

Ciri-ciri yang Boleh Memusnahkan Seorang Usahawan

Kat tangan aku sekarang adalah sebuah buku yang berjudul SunZi’s Art of War. Kalau korang nak tahu, si SunZi ni adalah seorang pahlawan (General) yang unggul dan bukunya “SunZi’s Art of War” ni telah ditulis 2500 tahun dahulu dan yang menarik perhatian aku kepada buku ni ialah falsafah-falsafah yang terkandung di dalam buku ini dan bagaimana ia boleh digunakan untuk membantu seseorang membina sebuah perniagan yang kukuh dan sekaligus menjadi seorang usahawan yang berjaya.

SunZi mengatakan bahawa “Pengetahuan yang mendalam tentang diri sendiri dan tentang musuh-musuh kita adalah rahsia mencapai kejayaan”. Jadi kita semua harus mengetahui diri kita masing-masing, kekuatan dan juga kelemahan yang ada. Pada pendapat aku pulak, kita harus pelajari cara-cara mengenal diri kita sendiri. Cara untuk mengenal diri sendiri adalah dengan mengenal ciri-ciri yang ada pada semua manusia. Dalam agama Islam, bidang Tasauf yang mengajar ilmu ini dengan begitu mendalam dan mengajar kita untuk mengenal diri kita sendiri sebelum mengenal Tuhan. Kata-kata ni semua mempunyai makna yang mendalam dan untuk aku menghuraikannya agak payah dan aku rasa tak layak untuk menerangkan perkara-perkara kerohanian. Apa yang aku tahu adalah bidang Tasauf ada mengajar kita tentang ciri-ciri yang buruk dalam diri kita dan juga mengajar kita ciri-ciri yang baik yang perlu kita adakan dalam diri. Jadi, aku ada duduk terfikir sama ada si SunZi ni ada belajar tasauf pada masa tu. Tak mustahil kan? Continue Reading…

Selamat Tahun Baru Semua!

Sebelum terlalu terlambat, aku rasa lebih baik aku ucapkan korang semua Selamat Tahun Baru. Tahun baru ni, aku harap, aku dapat memanfaatkan semua orang yang membaca blog ini. Aku tahu kadang-kadang aku lambat update blog ini tapi apa nak buat, banyak kerja lain yang aku buat selain dari blog ni dan kadang-kadang aku simpan benda yang aku nak share dengan korang buat masa-masa yang lebih sesuai.

New Year’s Eve, aku duduk dengan emak dan bapak aku sambil berbual. Berbual panjang jugak dan banyak jugak berbual tentang agama. Aku berterima kasih pada mereka ni kerana sering mengingatkan aku tentang agama supaya aku tak tersasar jauh dengan keduniaan sahaja. Continue Reading…

Harga Emas pada tahun 2008

Aku nak keep this post short and simple dan nak juga share dengan korang sebuah artikel yang mengandungi info dari lebih dari 40 pakar ekonomi yang memberi kita sikit gambaran tentang apa yang boleh kita expect dari harga emas dalam tahun 2008. Aku rasa harga emas akan melebihi USD1000 per ounce pada tahun 2008. Hari ini, harga emas USD$827.80. Ada lebih dari 20% keuntungan kalau harga emas mencecah USD1000. Hmmm……

Emas berada dalam kategori commodities dan harga commodity lain seperti copper, lead dan minyak pun semakin meningkat. Aku rasa, harga minyak pun akan melebihi US$100 per satu barrel pada tahun 2008. Sekarang je harga minyak dah mencecah USD97.32 per barrel. Lihat je report ni: Oil Nears New Record. (Report ni juga memberitahu Mantan Perdana Menteri Pakistan Benazir Bhutto baru sahaja pulang ke hadrat illahi akibat serangan nekad ke atasnya. Mari kita doakan yang terbaik untuk Encik Benazir dan juga rakyat Pakistan. Amin.)

Ini semua akan mempunyai akibat kepada kita. Ini bermakna harga beli barang keperluan kita di NTUC dan di pasar akan meningkat sekali. Kenapa eh? Korang nak tahu? Pasal semua perniagaan menggunakan minyak. Harga transportasi akan meningkat kerana harga minyak naik dan ikan-ikan kat pasar nak sampai kat pasar terdekat rumah korang pun perlukan transport. Betul tak? Semua syarikat dan rumah perlukan elektrik dan elektrik juga dihasilkan dengan pembakaran fossil fuel, iaitu minyak. Senang cakap, hampir semua benda dalam hidup kita ni ada kena mengena dengan minyak. By products minyak juga diperlukan untuk membuat plastik dan bermacam-macam lagi bahan yang digunakan setiap hari. Continue Reading…

Apa itu Web 2.0?

Pada aku web 2.0 basically adalah web technologies yang membenarkan higher level interactivity dan communication. Tapi, kalau korang nak tahu dengan lebih mendalam lagi tentang benda ni, silakanlah melihat video ni.

Ad Spot Ad Spot Ad Spot

SUBSCRIBESINI

:
:

Informasi TerGerek Menuju Ke Arah Kejayaan

RECENTPOSTS

MYARCHIVE

  • ------------------ JAM DINDING ------------------


  • Free shoutbox @ ShoutMix

    Pembaca Setia. Inilah dia members-members aku yang paling cool dan gerek yang datang untuk membaca blog 24Tujuh!Recent Readers

    Desigual 1

    Desigual 2

    Desigual 3

    jeremy ville 3

    jeremy ville 2